Ahad, 31 Mei 2009

Teratak Tumpah Darah

pemandangan dari serambi teratak

Di teratak inilah membesarnya anak-anak pasangan Hj.Kamarudin & Hajjah Kalsom seramai 14 orang ,5 perempuan dan selebihnya lelaki. Sulungnya lelaki manakalanya bongsunya perempuan . Satu keluarga yang besar. Rasanya semua adik beradik lahir di sini , Allahyarhamah bonda tak pernah bersalin di hospital hianggalah anak terakhir. Bidan kampung belaka..

Sekarang sudah sampai kegenerasi ke empat , iaitu cicit. Kehidupan berjalan dengan serba sederhana . Ayahanda mencari nafkah kehidupan melalui perniagaan kedai runcit, yang sebelum itu pernah berniaga menjual getah dan menoreh.

Susah payah ayahanda dan bonda berdua membesarkan kami di sini, sebidang tanah pusaka pemberian atuk Fatimah [ maklumlah orang negeri Sembilan, anak perempuan dapat tanah pusaka] di kampung Renggoh, Johol,N.Sembilan, lebih kurang 9 kilometer ke bandar Tampin dan 15 batu ke bandar Kuala Pilah. Satu perkampungan yang terletak dalam jajahan undang Luak Johol, di bawah pemerintihan Parlimen Kuala Pilah dan DUN Johol. Tanah sawah untuk di kerjakan untuk mendapatkan beras.

Lokasinya masa saya zaman sekolah tidaklah jauh ke pendalaman. Bas awam [ Eng Giap] menjadi transpot utama untuk ke Tampin, Kuala Pilah mahu pun Bahau. Biasa ke sekolah, sekolah kebangsaan Nuri naik basikal , demikian juga ke sek. ugama.Pasit.

Bas Eng giap pernah mendapat saingan daripada syarikat Melayu milik sepupu arwah ayahanda sendiri [ Pak Ngah Kemaru ] iaitu Syariakt Kenderaan Johol, tapi.. akhirnya gulung tikar, rezki tidak menyebelahinya.

Walau demikian zaman pemerintahan Tengku Abd.Rahman dan Tun Abd.Razak kampung kami masih bercahayakan pelita dan lampu gaslin di malam hari dan air telaga sebagai sumber air. Sehinggala tahun 1975 , semasa itu saya darjah empat dalam kerajaan Tun Abd Razak kami dapat menikmati bekalan elektrik.. lepas tu barulah ada tv dan peti ais dirumah. Namun bekalan air hanyalah 3 tahun selepas itu iaitu tahun 1978, ketika saya sudah sekolah menengah. Pagi-pagi waktu subuh mandi air perigi , sejuk.. kalau musim kemarau air perigi kering, terpaksa mandi sungai walaupun subuh hari mau pun maghrib.

Segi jalan raya laluan untuk ke rumah bersejarah ini juga adalah jalan batu grewel, bila tiba musim hujan akan berlumpur.. inilah nostalgia kehidupan zaman kecilku. Tapi kalau nak ikutkan kehidupan adik-beradik yang terawal yang awwalun assabiqun lebih sempit dan sukar, seperti zaman bang Long dan bang Ngah. Ayahanda tak pernah ada kereta, cuma sebuah motor honda untuk kemana-mana. Menunaikan Fardhu Haji bersama Bonda sebanyak dua kali, itu pun bila anak-anak dah besar panjang dan bekerja.

Berkedai runcit di kampung banyak ujiannya. Orang berhutang satu masaalah besar..! Nak rolling duit modal jadi problem. Namun beberapa tahun sebelum mengakhiri hayatnya ayahanda sempat pencen dan berehat dari berniaga.. perniagaan di uruskan pula oleh kanda Mazlan, beliau menyewa rumah kedai dideret yang sama sehinggalah anaknya yang ke empat.

Bonda sebagai suri rumah, membesarkan anak-anak cara tradisi. Tidak pandai membaca. Pernah belajar membaca di kelas dewasa, tapi lama-lama beliau lupa. Al maklumlah anak lebih sedozen , nak ke sawah musim sawah, nak uruskan padi bila sudah di tuai. Namun bonda bagus dalam membaca jawi, itulah istimewanya orang yang pandai baca al Quran. Sewaktu kecil beliau arwah atuk lelaki dan perempuan beri asas didikan agama, al Quran dan fardhu Ain melalui tok-tok guru di kampung, antara gurunya ialah Tuan Hj.Ahmad Masjid Tua bapa kepada Mufti kerajaan N.Sembilan hari ini.

Bonda mula tidak ke sawah seingat saya lebih kurang akhir tahun 70an . Masa tu orang-orang kampung anak-anak dah besar dah bekerja pula, maka ramai yang tidak lagi bersawah, antara alasan lain juga bekalan air tidak begitu mencukupi. Sebenarnya saya sewaktu zaman anak dara pernah sesekali turun ke sawah menolong bonda mengerjakan sawah. Mengambil anak padi dari tapak semaian, mengubahnya ke dalam petak-petak sawah. "Meluluk " antara aktiviti wajib. Tapi zaman tu sudah amat jarang jumpa ikan di sawah berbanding tahun-tahun sebelumnya , mungkin penggunaan racun serangga sudah bermula.

Bonda pandai membuat tikar mengkuang. Dari mengambil mengkuang di sawah sehinggalah mewarnakannya menjadi tikar yang cantik beliau lakukan sendiri. Sayang kemahiran ini tidak seorang pun dari kami yang terdetik untuk belajar dan mewarisinya. Bonda pandai buat kuih tradisional Melayu , antaranya kuih kering, kuih denderam dan kuih cucur... wajid & wajid sirat, kuih-kuih talam tak usah katalah.. itulah sarapan kami bertukar menu hari ke hari di samping kueh kodok dan lempeng yang menjadi kesukaan ramai, plain je tiada apa-apa di dalam selain garam dan sedikit gula, cicah kuah semalam..! . Mungkin berkat air tangan ibulah yang membuatkan anak-anaknya menjadi.. walau pun tak sehebat mana , itu mungkin salah sendiri, tak berapa rajin belajar atau juga kurang peluang. Bonda tak suka masakkan nasi goreng dari nasi sejuk.. katanya nati sakit-sakit urat.

Satu kenangan manis alam kanak-kanakku yang tidak dapat ku lupakan dan tidak dapat di rasakan oleh anak-anak sekarang ialah mandi sungai. Ramai-ramai cempogho mandi sungai satu aktiviti yang amat seronok bagi kami anak kampung... diving dari atas tebing lagi..fu yoo..

Sebenarnya sebab masa tu bekalan paip tak ade, membasuh kain pun terpaksa angkut baidi dan besen baju baju kotor ke sungai melalui batas-batas sawah untuk di sental dan di bawa pulang untuk di jemur, perjalanan 500 meter lebih kurang pergi balik. Sekarang sungai tu ada lagi,, tapi sudah tidak dikunjungi... airnya pun semakin cetek, kecuali bila hujan lebat airnya akan dalam.

Teringat juga zaman sekolah rendah dulu ada projek tanam kacang tanah di kampung simpang, saya selalu juga ikut kakak-kakak pergi mengerjakannya, yang seronoknya dalam perjalanan pulang makan rojak mamak di kedai depan masjid sebelah rumah Busu Sarah ... sangat sedap rasanya,, sampai hari ni rasanya tak jumpa lagi rojak mee yang sebegitu enak.

Tau tak.. masa kecik-kecik dulu dalam sekolah rendah tahap dua biasa masuk ladang getah cari kayu api. Memasak masih menggunakan dapur kayu, walaupun kadang-kadang ayahanda buya belikan kayu dari lori tapi bonda masih suka mencari kayu-kayu dan ranting-ranting getah buat umpan. Periuk belanga memang hitam warnanya.

Diari dan memori zaman awal aku mengenal kehidupan tidak mugkin di lupakan. Malahan imbauan kenangan lalu adalah bekalan untuk hidup hari ini. Pengalaman adalah suatu yang tidak dapat dijual beli. Mengapa zaman susah, ayah bonda susah.. mereka mampu membesarkan anak-anak, memberikan mereka pelajaran, makan , pakai dan tempat tinggal. Kita hari ini susah sikit pun tak mau. Anak-anak balik asrama berhantar dan berjemput... tak reti atau rasa amat payah untuk naik kenderaan awam. Apakah semangat orang zaman moden ini tidak setabah orang dulu ..??

Aku terpaksa meninggalkan teratak ini pada oktober 1985, untuk menyambung pengajian di universiti Al Azhar, Mesir, ketika usiaku menginjak 20 tahun [masih remaja].. Arwah buya pada mulanya enggan melepaskan , dengan alasan dunia di timur Tengah tidak aman. Peperangan Israel dan Palestin masih tidak berkesudahan. " Kalau dokek-dokek sini kau buleh balik den buleh poi... kata ayahanda "Dengan cucuran air mata ku khabarkan hajat dan tekadku kepada dua insan mulia ini, bonda tak kesah dia mengikut saja [ bonda seorang yang cintakan ilmu dan hati kecilnya amat tabah], akhirnya mereka berdua bersetuju jua tapi dengan syarat mesti balik tiap-tiap tahun.

Pakistan Airline membawa ku terbang pada 24 oktober1985, transit di Pakistan semalam kemudian ke Kaherah. Ramai sanak saudaraku yang menghantar keairport adik beradik, sepupu sepapat, rakan dan teman sekolah dulu. Sedih.. maklumlah tak pernah berpisah jauh dan tak pernah travel jauh merentas awan dan lautan.

Ayahanda sangat rajin mengutus surat mengirim berita.. malahan menghantar bungkusan kuih raya bikinan bonda sendiri. Begitulah hati ibu dan bapa terhadap anaknya..

Akhirnya kedua insan yang telah berpenat lelah membesarkan anak-anak ini menutup mata menemui Illahi, dahului oleh ayahanda pada 15 januari 1991 bersamaan 1 sya'ban 1411 - 18 tahun yang lalu . ketika saya masih di Mesir , belum sempat balik walau dah tamat pengajian .

Pemergiaannya di rahsiakan dari kami, walaupun ketika sakitnya adik bongsu kami yang beritahu. Tiket di kirim suruh balik anak beranak, Naufal sudah berumur enam bulan. Kami pun berangkat, sampai di lapangan terbang Subang pada 27feb 1991.Di air port aku bertanyakan kanda Hasnah dan beberapa keluarga lain yang datang menyambut, mereka mengatakan ayahanda sihat..

Namun bila sampai di Bandar Tun Razak untuk berehat seketika sebelum pulang ke kampung Kanda Faridah memberitahu sebenarnya ayahanda sebenarnya sudah tiada.. innalillahi wa inna ilaihi rojiiun.. luluh rasanya hati .. Bayangkan.. dah hampir sebulan.Namun kemudian pasrah menerima kenyataan.

kali terakhir bersama ayahanda pada tahun 1988, waktu menuaikan haji di Mekah dan balik kahwin, usia 23 tahun - [ sempat jua melihat menantunya yang satu ni.. hensem orangnya..].

Ayahanda cuma sempat menatap gambar anakanda Naufal yang lahir pada jun 1990 melalui photo yang dikirimkan. Pernah menulis surat mengatakan.." bilakah ayahanda akan dapat berjumpa cucunda ini mendengar gelak tawanya ..."

Masa tu tak de handphone, tak de sms,, semuanya dengan cara klasik surat menyurat dan menggunakan bahasa persuratan yang amat indah. Berbanding hari ini masing-masing guna bahasa sms sampai kadang-kadang tak faham atau salah faham!

Dan ikuti bonda pada 27 Januari 1997 bersamaan 18 Ramadhan 1417, 12 tahun yang lalu [ ketika saya mengandung adik Fida' 6 bulan ]. Juga menyahut panggilan illahi, ketika berumur enam bulan pada 18 ogos 1997... [setakat ni saya rasa tak ada di kalangan adik beradik yang merasakan kematian anak kecil sekecil Allahyarham Fida'..].

Semua kita akan ke sana jua. Kekanda Azmi dan Mustafa sebenarnya telah mendahulu ayahanda dan bonda sendiri . Manakala Allahyarham Badrul pada ogos 2003 kerana kemalangan jalan raya. Bagi kita yang tinggal carilah bekalan , buatlah yang terbaik. Jadilah hamba Allah yang soleh yang berbakti kepada ummah.

Sesekali bila ada kelapangan jenguk-jenguklah kampung. Kak Lang dan bang Lang sedia menunggu. Sesekali berkumpul riuh-riuhan. Blog Badan Kebajikan Keluarga [BKK] pun boleh di kunjungi bila-bila masa, dapatkan maklumat dan info-info terkini , usah ketinggalan.

Rabu, 27 Mei 2009

NINA NAIK QURAN

Farah, Nadia, Nurul , Farisha, Fazreeq, Nina, Nayain & Urkhan

nina & Farisha

makanan ringan ganti nasi kunyit..!

" Ustazah.. ni mak saya bagi.." iye.. kenapa pulak ? " Sebab Nina ni haa.. mak saya tak pandai buat nasik kunyit..! ". Begitulah bunyi kalam Nurul Akma yang mewakili adiknya Nurin Irdhina, sambil di tangannya mengendong sebuah paper beg yang penuh isi dengan wajahnya tersenyum.

Rupa-rupanya bawa hadiah... sebab adiknya Nina dah habis Iqra' dan baca Quran..!

Betapa seronok hati anak yang telah berjaya menghabiskan iqra'nya dalam tempoh lima bulan. Terpancar keseronokkan hati Nina di wajahnya, sentiasa senyum dan ketawa. Nurin Irdhina Abd.Rashid, pelajar tahun satu yang belajar mengenal huruf al Quran sejak awal tahun. Malahan ibunya Puan Rozita pun turut merasakan demikian.

Masyarakat melayu kita yang kaya dengan adab sopan masih lagi ingin mengamalkan tradisi memberi hadiah kepada guru Al Quran. Walau pun mereka dari masyarakat biasa dan tak bertudung pun [ Allah yahdiki.. ] namun masih menghargai guru Al Quran dan gembira apabila anak sudah pandai membaca Al Quran.

Di sanubariku mengharapkan semuga kelas al Quran yang di hadiri oleh anak-anak jiranku setiap petang sejurus pulang sekolah akan memberi impak yang baik untuk mereka. Sesekali mereka ku suruh menghafaz , alhamdulillah sekarang ni semua dah hafaz 11 ayat dari surah al mukminun. Mereka seronok, lebih-lebih lagi apabila mereka di beri hadiah walau pun murah. Bila seorang dah terima ganjaran yang lain yang masih belum hafal rasa teruja.

Inilah antara bi'ah yang aku dapat sumbangkan untuk anak-anak ini daripada mereka berkumpul di depan talivisyen di rumah. sekurang-kurangnya sejam dua mereka membaca Al quran setiap hari akan memberi kesan kepada hati mereka yang masih lembut . Semuga ini juga adalah merupakan salah satu sejarah dan pengalaman manis dalam hidup mereka yang akan menjadi nostalgia alam kanak-kanak mereka.

Aku berharap Quran yang mereka pelajari turut akan memberi kesan kepada peribadi mereka di masa depan, menjadi ahli masyarakat yang bertaqwa.

Sehari dua ni nampaknya tak habis lagi senyum nina, bertambah semangat membaca Al Quran, maklumlah dapat Quran baru. kalau dulu baca iqra' tapi sekarang dah baca Al Quran , duduk sebaris dengan kakak-kakak yang lain. Semuga anak-anak yang lain akan terus rajin untuk menghabiskan iqra' mereka. Dan yang paling penting mereka mengamalkan segala fomula dan cara membaca al quran yang telah mereka pelajari. Syabas buat semua..!

Isnin, 25 Mei 2009

walimatul urus Ayu & Naza

Selamat di ijab kabul.. anakanda NorAyu Ghazali dan Nazaruddin. Walimah disambut dengan kehadhiran sebahagian besar sanak saudara, jauh dan dekat. 3mei 2009 hari sabtu berlangsungnya majlis yang tak kurang meriahnya. Di kesempatan inilah peluang untuk berjumpa antara adik beradik, ipar duai dan anak-anak buah juga kaum kerabat. Konvensyen Wanita Islam di Intekma resort Syah Alam terpaksa di hadiri sehari sahaja dari dua hari. Kedua-duanya dianggap penting dan mesti hadhir.

Hijau warna tema pilihan. Pengantin pakai hijau, emak pengantin , abah pengantin dan adik beradik pengantin semua memakai pakaian hijau. Apalah agaknya rahsia hijau pada mereka ye.. mungkin untuk sentisa nampak muda kot..!! kalau coklat nanti warna daun luruh pulak kaaann..

Gambar di atas adalah sebahagian daripada keluarga Hj.kamarudin dan Hjh.Kalsom. Ambil pun secara spontan je, bukan di rancang pun kat atas pelamin tu.. untuk meraikan pengantin... Semuga akan bahagia ke anak cucu, mendapat berkat dari Illahi.

Perkahwinan di dalam Islam adalah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan, menjaga maruah kehormatan dan menjaga nasab keturunan. Islam begitu tegas dalam hal ini supaya tidak berlaku kecelaruan dalam masyarakat dari sudut kekeluargaan juga pembahagian harta pusaka .

Jika kita teliti kita akan dapat lihat di sana bahawa dengan melaksanakan sunnah perkahwinan ini beberapa maqasid syari'yyah telah terlaksana, iaitu pertama hifzu deen, mudah-mudahan dengan perkahwinan ini akan lebih terjaga agamanya. Kedua hifzu aradh, iaitu menjaga kehormatan dan ketiga hifzu nasab, menjaga nasab keturunan.

Firman Allah bermaksud ; " dan dari tanda kekuasaanNya Dia telah mencipta kamu daripada diri kamu pasangan agar kamu tinggal bersamanya dan menjadikan antara kamu mawaddah wa rahmah, sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir."

Cinta dan kasih sayang, perasaan ingin mencintai adalah anugerah Allah kepada manusia bahkan juga kepada makhluknya yang bernama haiwan. Dengan perkahwinan, walaupun dengan lafaz ijab kabul yang ringkas ,cinta yang suci boleh di perolehi dan kasih sayang boleh di salurkan kepada yang halal lagi di redhai oleh Allah. " aku terima nikahnya.." Sehingga kita mengiklankan pasangan yang baru berkahwinan itu dengan kenduri kahwin atau walimah untuk di isytiharkan kepada khalayak sekali gus meraikan pasangan pengantin.

Tidak salah untuk bersuka ria di majlis perkahwinan, seperti memalu gendang dan kompang. Asal tidak melanggar batas syariat seperti pergaulan bebas lelaki wanita, muzik-muzik yang melampau dan pembaziran. Kerana di samping kita seronok, yang paling penting ialah keberkatan. Apa gunanya kita memanjatkan doa ketika bermulanya majlis sedangkan majlis berjalan dan suasana yang tidak digalakkan oleh Islam.

Bertambahlah besan dan menantu kak long dan bang long. Begitulah sunnah kehidupan, berkembang dan berkembang, manusia saling membina hubungan dan silaturrahim. Semuga rumah-rumah muslim yang beriman akan melahirkan masyarakat yang beriman. Melahirkan zuriat dan anak cucu yang soleh solehah. Terbentuknya ummah yang kuat dan sejahtera.

Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang telah memberi kepada kita nikmat iman, Islam dan Ihsan. Dengan ketiga-tiga elemen ini kehidupan kita di muka bumi ini menjadi tersusun dan terpimpin. Semuga Islam itu dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, bukan dalam upacara perkahwinan dan istiadat kematian semata-mata. Kerana Allah telah menciptakan kita untuk beribadah, mengabdikan diri kepadanya setiap masa.

Bagi kedua mempelai selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Menjadi lebih matang dan dewasa menguruskan kehidupan yang bermacam warna.

Selepas ini akan menyusul pula Syukri dan Syahir yang akan khenduri pada hari yang sama. Dua orang teruna yang telah bertemu jodoh masing-masing dan aka menjalani kehidupan sendiri. Demikianlah anak-anak yang sudah dewasa seorang-seorang akan dimiliki oleh orang lain. Namun wahai anak-anak , walau sudah berkahwin tanggung jawab terhadap ibu bapa janganlah di abaikan, mereka telah mendidik dan menjaga kita dari kecil hingga dewasa.

Seorang demi seorang dari kalangan adik beradik yang menyambut menantu dan menimang cucu, bergelar datuk dan nenek. Begitulah putaran hidup yang tidak mampu untuk kita mungkiri. Doa dan harapan jua yang kita iringkan untuk semua.. selamat berbahagia!! Amin.

Khamis, 21 Mei 2009

PERIBADI MUSLIM

Sepuluh ciri keperibadian muslim yang telah dicatitkan oleh asy Syahid Hassan Al Banna menjadi neraca dalam pembentukan syahsiyyah. Sepuluh, tak cukup untuk di kira dengan jari sebelah tangan, perlu dikira dengan dua tangan. Ingat jari jemari ingatlah sepuluh ciri peribadi muslim.

Dalam perjalanan ini kita sering menempuh pelbagai situasi. Jatuh dan bangun itu perkara biasa. Jangan pulak jatuh tak bangun-bangun. Kerana kita orang Islam mempunyai wawasan, jiwa yang besar dan cita yang besar. Kerja besar, tak boleh dibuat sambil lewa. Kalau dipejabat kita ada KPI yang perlu di capai, kenapa tidak dengan Allah? Sedangkan Allah bos kita yang maha Besar. Perhitungan amalan kita akan berlangsung di padang mahsyar.

Kehidupan yang kekal abadi adalah diakhirat nanti. Namun ia sering terabai dari perkiraan. Kita sibuk mengirakan kehidupan dunia yang sementara ini. lalai dan alpa.

Oh Tuhan.! Bantulah hamba mu ini untuk mengingatimu, mensyukurimu dan menyempurnakan ibadah kepada mu.

Dunia amat memerlukan peribadi yang baik-baik. Agar muka bumi ini dapat di makmurkan, membesarkan Allah, menjalankan peritahnya dan meninggalkan larangannya. Carilah asbabul hidayah. Sesungguhnya hidayah Allah akah diperolehi dengan melakukan ketaatan.

Masa muda yang sedang kuat susuk tubuh, semangat jiwanya perlu digunakan dengan sebaiknya. Usamah bin Zaid dan sultan Muhammad Al Fateh adalah dua contoh pemuda yang hebat. Demikian juga Mus'ab bin Umair anak hartawan Mekah namun wafat dalam keadaan kain kafan yang singkat, tarik ke kaki keluar kepala tarik ke kepala kelihatan pula kaki, akhirnya Rasulullah mengarahkan agar di tutup bahagia kepalanya manakala bahagian kaki di tutup dengan sejenis rumput yang wangi baunya. Mereka telah menjual jiwa mereka, sesungguhnya bagi mereka syurga Allah.

Dunia silam tidak ketandusan qudwah. Barisan para sahabat, sahabiyyah , tabiin dan seterusnya, sentiasa melahirkan peribadi-peribadi unggul. Setiap zaman ada tokoh dan mujaddid. Merekalah contoh terbaik untuk kita. Tiada alasan untuk kita mengatakan mustahil membentuk syahsiyyah muslim seperti yang di gariskan oleh Al Quran dan sunnah. Lantaran itu, ayuh bersegeralah , serius dan fokus.

Rabu, 20 Mei 2009

DEWASAKAH KITA ?

Untuk mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada, supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan di masuki ayam.

Satu perbidalan atau perbandingan yang perlu kita renungi. Jadikanlah iman itu sebagai satu kecintaan dihati . Melalui cinta pula manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk di diami.

Dalam pendidikan anak-anak contohnya, ada lagikah sekarang ini orang yang mengikat anaknya dipangkal pokok dan meletakkan kerengga di atas kepala anak itu ? Bodoh sungguh orang yang melakukan seperti itu kepada anak sendiri . Cuba letakkan kerengga-kerengga tersebut di tubuh sendiri , tidakkah ia merasakan betapa sakitnya.

Kembali kepada kisah anak tadi, sudah tentu anak tersebut akan meraung sekuat-kuatnya.Kalau pun dia nakal takkanlah hukumannya begitu sekali. Takkanlah ia di perlakukan seperti seorang penjenayah. Ibu bapa yang hilang sabar dan menengking mungkin akan menjadi lebih ganas seperti menempeleng.

Zalim sungguh perbuatan ini. Jika anda belum bersedia menjadi ibu yang penyabar, tak usahlah berkahwin dahulu. Belajar dulu ilmu membelai dan memujuk kanak-kanak dengan rangsangan-rangsangan motivasi. Setakat mengherdik, mencubit , memukul, menampar dan mengikat dipokok, orang yang tinggal di gua batu pun tahu melakukannya.

Sewajarnyalah belajar psikologo kanak-kanak dan memahirkan diri dengan tabiat kanak-kanak. Kanak-kanak sifatnya memang suka merengek, menangis, merajuk, memekik dan berbuat salah. Dan namanya kanak-kanak, takkanlah nak disamakan dengan orang dewasa. Alangkan orang dewasa pun ramai yang tak senonoh.

Kanak-kaak belum sempurna akal, belum cukup usia, belum faham erti banyak perkara. Yang dia tahu meminta. Yang dia tahu mesti dapat apa yang dia mahu. Kalau tak dapat , apa lagi yang dapat dilakukannya selain merengek dan menangis?

Sebahagian besar rezki yang kita perolehi setiap bulan adalah untuk anak-anak. Kita sebagai perantara. kanak-kanak adalah insan unik. Dengan semua kekurangan yang masih ada pada diri mereka, mereka mampu hidup bersama-sama orang dewasa. Mereka mampu menurut semua kehendak orang dewasa. Cuma kadang-kadang mereka mempamerkan identiti mereka yang sebenar.

Mereka adalah kanak-kanak, mereka berbuat sesuatu mengikut pertimbangan mereka, mengikut ilmu yang ada dalam kepala mereka. Tugas kita memberitahunya bukan menghukumnya apabila berbuat salah sedangkan kita tidak pernah memberitahu mereka kedudukan sesuatu perbuatan itu. Jangan expect mereka tahu semua perbuatan itu betul atau salah.

Di sinilah keistimewaan kanak-kanak . Disamping menguji kesabaran orang dewasa mereka sebenarnya sedang melalui alam mereka , alam yang penuh imaginasi dan indah menurut perkiraan mereka.

Kegagalan kita mengakui kedudukan kanak-kanak melambangkan kegagalan kita untuk bergelar orang dewasa yang sempurna akal atau ibu bapa yang memiliki cukup ilmu untuk melayari bahtera keluarga.

Tidak dinafikan hak ibu bapa memukul anak ketika terlalu nakal. Islam membenarkan tindakan ii dan jelas di sebut apabila seorang kanak-kanak enggan solat ketika mencecah usia sepuluh tahun dia boleh disebat.. Mugkinkah ini memberi erti hanya kanak-kanak yang telah mencecah sepuluh tahun sahaja layak disebat jika melakukan kesalahan.

Bimbang sekali jika insan-insan yang bernaung dibawah satu bumbung rumah menjadi mangsa kebodohan dan tindakan orang dewasa. Apakah rumahtangga kita syurga bagi anak-anak atau neraka bagi mereka . jawapannya ada pada diri kita masing-masing . Muhasabahlah diri.

Coretan ini adalah untuk kita melihat kembali dimanakah kedudukan kita di sisi Allah dalam tanggung jawab sebagai ibu bapa. Hati yang penuh iman pasti amalan zahirnya jua adalah terjemahan dari iman. Iman, Islam dan ihsan dalam diri kita sebenarnya perlu kita teropong kembali, lihatlah sehingga kepada perkara-perkara yang sering kita anggap kecil atau remeh sahaja.

Belum pasti seseorang itu berjaya memimpin manusia di luar ruamahnya mampu memimpin masyarakat kecil di dalam rumahnya sendiri. Karektor di luar dan di dalam rumah sering berbeza. Di manakah silap kita?

Tulisan ini adalah adaptasi dari buku 'membina hati bahagia ' , Dr.HM Tuah Iskandar.