Sabtu, 27 Jun 2009

JEMPUTAN UNTUK SEMUA,,!

BURUNG

Hari jumaat lepas jadual untuk ku menyampaikan kuliah dhuha di surau Ibn Khaldun. Menyambung semula pengajian tentang surah Al Mulk yang termiss satu kali kerana cuti pertengahan tahun sekolah selama dua minggu. Alhamdulillah.. Allah masih menyayangi kita, mengizinkan kita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan iman. Kuliah kali ini saja aku hadkan pada satu ayat sahaja , iatu ayat ke 19 daripada surah Al Mulk. Bererti sebuah kerajaan. Aku rasa perlu di renungi dalam-dalam ayat ini. Sesekali mentadabbur ayat Allah dari kitab sucinya ini sungguh terasa agungnya Pencipta dan betapa kerdilnya diri ini.

Siri sebelum ini telah di terangkan bagaimana Allah telah menciptakan 7 lapisan langit yang tiada cacat celanya. Kita di suruh memandang dan memandang berulang kali ke arah langit, namun walau sampai letih kita tidak akan menemui apa-apa yang silap pada kejadian langit itu. Allah juga telah menghiasi langit dengan bintang-bintang yang bergemerlipan , tenang hati apabila melihatnya, disamping ia dijadikan sebagai pemanah syaitan. Allah menciptakan bulan bagai lampu diangkasa. Langit ibarat satu dunia lain dari dunia kita. Mempunyai panorama tersendiri, mempunyai penghuni dan ciptaan yang hebat. Padanya terdapat plenet dan galaksi yang berlegar di orbit yang maha hebat penciptaanNya.

Dalam ayat ke 19 ini pula menyentuh tentang kejadian burung . " tidakkah mereka melihat burung di atas mereka yang terbang mengembang dan menguncup kepaknya, tidak ada sesiapa yang memegangnya [ daripada jatuh] melainkan Ar Rahman, sesungguhnya dia maha melihat segala sesuatu."

Apabila memerhatikan aksi penerbangan burung di langit seolah-olah kita juga sedang meyaksikan satu acara penerbangan yang unik dan mengasyikkan. Satu pemandangan yang indah. Kembang kuncupnya kepak sang burung siapakah yang mengilhamkannya?? Untuk terbang ke arah mana apakah radar atau panduan yang di gunakan oleh burung-burung tersebut?? Makhluk ini juga sering di dapati berpindah randah dari benua ke benua mengikut musim.. subhanallah.. kompas jenama apa yang mereka pakai ye?

Allah yang menciptakan burung dengan begitu kemas, mampu terbang dan seolah-olah terapung di udara. Tidak pernah kita lihat burung-burung berjatuhan dari udara [ kalau jatuh pasti kita penat untuk mengutip burung yang jatuh dari udara setiap hari kan..], malahan burung tersebut kelihatan bebas dan selesa. Keluar pagi dengan perut yang kosong dan pulang petang dengan perut yang penuh berisi. Tersirat di dalamnya rahsia berpagi-pagi, murah rezki dan masa kelihatan lebih tersusun.
Burung ada banyak spesis, ada burung balam, burung punai, kenari, cenderawasih, gagak, merpati , merbuk, nuri , ostrich , camar, helang , burung wak-wak.. waduh.. waduh.. banyak sekali..!! Tidak semua burung-burung itu kita kenal. Kalau sebut burung but-but , burung murai, burung pungguk dan burung tukang walaupun spesis yang habitatnya di negara kita , tapi tidak ramai dikalangan kita yang mengenalinya. Kita seolah-olah sudah terpisah dari haiwan ini, nenek moyang kita dulu sesungguhnya lebih mengenalinya, walau tidak belajar di sekolah dan tak pernah tengok ensaiklopedia, kerana mereka amat mesra alam.. lebih kerap berhubung dengan alam ..!

Bagaimana pula bila kita melihat burung pengguin yang tahan sejuk tinggal di kawsan salji dan berjalan terkedek-kedek..

Beburung berkicauan..bunyi yang berbagai. Suara garau seperti gagak, ada suara merdu . sehingga di jadikan binatang peliharaan dan komersil. Ada juga orang yang pandai tiru bunyi burung.

Kalau kita perasan, bagi orang Negeri Sembilan khususnnya , di tol Senawang dan di tol Rasah ketika hari senja beribu-ribu beburung berlumba-lumba pulang ke dahan pokok di sekitar tol.. sambil bising dengan kicauannya mereka mengambil tempat untuk menginap pada malam itu. Sesekali lalu di tol waktu begini seronok memerhatikan gelagat mereka . Begitulah pemandangan hari esoknya, esoknya dan seterusnya. Maha suci Allah maha luas kerajaanNya.

Burung-burung yang berbagai spesis itu juga mempunyai kolonial-kolonial mereka sendiri.. mereka tahu nak menjaga kelangsungan keturunan dan anak cucu mereka ye... apabila kita melihat sarang burung, pasti akan ketemu sarang yang berbagai bentuk, anyamannya kemas, seperti sarang burung tempua, semacam ada mesin tenun digunakan..!

Pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman baginda berdua memahami bahasa burung. Malahan manusia, jin dan burung adalah tentera Nabi Sulaiman. Firman Allah dalam surah An Naml ayat 16-17 maksudnya :

" Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia [Sulaiman] berkata " wahai manusia kami telah diajari bahasa burung dan kami di beri segala sesuatu, semua ini benar-benar kurniaan yang nyata. "

"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tentera dari jin, manusia dan burung, lalu mereka berbaris dengan tertib."

Boleh anda bayangkan macammana jin dan burung berbaris ?? Dengan tertib?? ....??

Dalam kisah yang lain pula , burung hud-hud yang menjadikan Nabi sulaiman murka dan ingin meyembelihnya kerana tidak hadir dalam satu perhimpunan. Tetapi , huddud pulang dengan membawa berita tentang sebuah kerajaan Saba' yang diperintah oleh puteri Balkis yang menyembah matahari. Yang akhirnya mampu mengislamkan satu kerajaan penyembah matahari yang besar..!!

"Sungguh ku dapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan di anugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar. Aku [burung hudhud] dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan [buruk] mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan Allah , maka mereka tidak mendapat petunjuk" - an Naml : ayat 24

" Pergilah dengan suratku ini, jatuhkanlah kepada mereka, kemudia berpalinglah dari mereka , lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan. Dia [BalQis] berkata, " wahai para pembesar! sesungguhnya telah sampai kepadaku sebuah surat yang mulia. " sesungguhnya surat itu dari Sulaiman yang isinya , " Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadku sebagai orang yang berserah diri." - An Naml : ayat 28-31.

Hebatnya kerajaan Nabi Sulaiman.. seekor burung menjadi tukang penbawa surat utusan diplomatik, merangkap sang pengintip atau mata-mata gelap yang hendak mendapatkan maklumat... Kisah menarik ini di rakamkan di dalam Al Quran dalam ayat yang panjang. Sehingga di akhir kisahnya dalam ayat 44, satu ending dan binding yang amat, amat, amat menarik sekali .. menginsafkanku,,,,...

" Dia[Balqis ] berkata , Ya Tuhanku , sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam."

Ringkasnya burung ini adalah makhluk unik dan istimewa. Tak sah kalau aku tak sebutkan di sini bahawa burung merpati sering dikaitkan sebagai lambang cinta dan lambang kebebasan. burung.. burung.. burung.. seribu satu kisah tentang burung.

Menjadi makanan high class untuk ahli syurga ... Dalam surah al waqiah , maksudnya : di dalam syurga itu terdapat buah-buahan yang engkau boleh pilih, dan daging-daging burung yang enak., dan para bidadari.

Dalam surah An Nur ayat 41 pula menyebutkan :
" Tidakkah engkau [Muhammad] tahu kepada Allah lah bertasbih apa yang ada dilangit dan di bumi, dan burung yang mengembangkan sayapnya .Masing-masing telah mengetahui cara berdoa dan bertasbih. Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan."

Betapa tidak patutnya kita yang kurang dan malas untuk memuji dan bertasbih kepada Allah. Sedangkan burung yang kita sangka kecil itu sentiasa melakukannya, dengan cara mereka.... Kita terlalu disibukkan dengan dunia dan kehidupan. Benarlah bagai di katakan bahawa, apabila dihadapkan amanah untuk di tanggung oleh gunung dan ganang mereka telah menolaknya, lantas di sanggupi oleh manusia , sesungguhnya mereka itu zalim dan jahil..

Sabtu, 20 Jun 2009

KISAH NAIK BASIKAL

Ingat tak semasa mula-mula belajar naik basikal dulu?? Pasti seronokkan..! Selagi tak pandai selagi itulah kita cuba dan cuba. Pagi petang siang malam fikiran asyik teringat nak naik basikal. Selalu menangis berebut basikal nan sebuah dengan adik beradik. Kadang-kadang sepupu dan jiran pun suka menyakat jugak.. Masa dulu semua basikal besar, ada palang di tengah, mana ada roda kecil di kiri kanan tayar.. semangat tak pernah luntur untuk belajar naik basikal.

Ada kalanya terjatuh. Ada kalanya terlanggar pokok. Dan yang agak dahsyat sikit ialah ketika terjatuh longkang. Namun tak jemu untuk meneruskan perjuangan. Luka dan terkehel tu perkara biasa. Kalau turun bukit kadang-kadang terjajar ke bawah, sebab berek puutus!!

Pernahkah anda terfikir apakah rahsia semangat yang tidak pernah luntur belajar naik basikal tuh..! Sebab basikal baru ke? sebab nak jadi pelumba basikal ke? tidak.. tidak.. Sebenarnya seseorang yang tidak pernah menyerah kalah dan mengalah itu tersemat nun di dalam hatinya bahawa aku boleh..!!, aku mampu untuk berjaya...!! Cuba sekali tak boleh , cuba lagi , cuba dua kali tak boleh cuba lagi , sehinggalah berkali-kali, walau berpuluh kali malah beratus dan beribu kali. Akhirnya akan berjaya..!

Maka sesuatu yang berlaku atas diri anda itu adalah apa yang anda fikirkan. Think positif.. jika anda fikir anda boleh memanglah anda boleh,, percayalah bahawa anda boleh..!! kalau buat kerja sekerat jalan, hangat-hangat tahi ayam kata orang takkan sampailah kita kepada matlamat dan tujuan. Alang- alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..!! kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya...

Peristiwa yang kita lalui ketika zaman kanak-kanak tak salah untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran bila kita dah dewasa. Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar kita. Kenapalah bila dah dewasa ni kadang-kadang kita sering mengaku kalah, kecewa dan putus asa. Mungkin pada permulaan pekerjaan kita tu kita tak pasang niat betul-betul. Sedangkan masa budak-budak dulu kita bukan main hero lagi.

Fa'tabiru ya ulil albab..

Khamis, 18 Jun 2009

FADHILAT COCA-COLA??!

" Ramai orang di seluruh dunia yang dah terketagih dengan minuman popular ni. Memang sedap air nie. .. anda pun pun mesti ada yangg suka kan.. ? Sama ada suka atau tidak , sebenarnya air coke ni ada 10 'kebaikan' yang tak disangka-sangka. Saya dapat info ni dari emel yang adik saya kirim . Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. ... Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama je! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ke.. tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu boleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama je! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Sape-sape ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....best tak info ni?? Kalau masih ragu-ragu dengan info ni buatlah segala experimen yang di syorkan .

p/s : lepas nie nak minum lagi tak coke yang hebat tu ?/..........

Ahad, 14 Jun 2009

satu keinsafan buatku.

This is a poem was written by mujahid Abu Hafs, a member of the Islamic Army in Chechnya.

Isnin, 8 Jun 2009

HARI KELUARGA BKK 2009

Hari Keluarga BKK Hj.Kamarudin & Hjh.Kalsom berlangsung dengan penuh ceria di Port Dikcson. Dalam masa sehari AGM ke-4 dan sukaneka dapat di adakan. 6jun 2009 tarikh pilihan, sebahagian besar ahli telah hadhir menjayakannya. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu hari keluarga kali ini di atur dengan penuh berhemah . Namun objektifnya tetap tercapai jua. Bagi yang tidak berpeluang pada tahun ini jika panjang umur kita jumpa pada tahun 2011.

Orang yang berada di Pert, di Kota Kinabalu, di Kelantan juga Penang , tak ketinggalan yang berada di pantai barat tapi tak berkesempatan ...!! Walau jasad tidak dapat bersama namun hati tetap hadhir jua di sini..

Selain perhimpunan besar ini kita juga boleh bertemu d imajlis-majlis yang lain seperti khenduri, hari perkahwinan, hari raya dan ketika mesyuarat dan pertemuan-pertemuan berkala. Yang penting kita memahami peri pentingnya hubungan keluarga ini diperkukuhkan, mengambil tahu hal dan bertanya khabar antara satu sama lain. Dan yang paling utama adalah untuk kita berbincang, bertukar-tukar fikiran dan pandangan. Kalau dengan orang lain kita boleh tegur menegur, nasihat menasihati inikan pula sesama adik beradik.

Di sini kita berkumpul...

Ais kerim juga yang lebih enak... dek pancaran mentari yang semakin tinggi meruntun rasa untuk memanggil si penjual ais kering tampil dekat. wah..!! aiskerim kembar lagi...! Mereka ini adalah anak-anak kecil penyeri suasana, riuh rendah , jerit tangis mereka sentiasa mewarnai alam insan dewasa.

Si kecil ini... fahamkah ia erti keluarga dan persaudaraan?? Ibu-bapalah yang sewajarnya memupukkan makna kekeluargaan ini. Memperkenalkan mereka kepada ibu atau bapa saudara , nenek juga datuk saudara. Sesungguhnya keluarga kita ni ramai sayang..!!
Sepupu-sepapat sesekali berjumpa, bermain dan bersukan akan meninggalkan satu kenangan buat mereka. Pabila dewasa nanti kalian pula akan menjadi tunggak keluarga ini.

Sukaneka berjalan ceria. Yang jauh didekatkan yang dekat di rapat-rapatkan lagi. Walaupun pertemuan ini dwi tahunan namun harap-harap akan menautkan hati-hati ahli BKK yang dari berbagai lapisan ini. Air di cencang tak akan putus.

Pantai port Dickson menjadi pilihan hari keluarga kali ini. Sambil mengeratkan hubungan silaturrahim, sambil menghayati penciptaan Allah.

Satu keluarga besar yang bermula dari Ayahanda Hj.Kamaruddin dan bonda Hjh.Kalsom. Kini terus berkembang dan berkembang. Sudah sampai ke generasi ke tiga [ cicit], bilangan mencecah seratus lebih orang. Lihatlah di gambar di atas, terdapat pelbagai peringkat usia.

Anak-anak genearasi pewaris perlu persiapan lebih serius untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Buat lapisan kedua, yang berada di dalam bahtera rumah tangga yang masih muda semuga dapat menjalani kehidupan ini dengan baik demi mencari keredhaan Illahi.Bagi yang telah masuk ke dalam zon veteran atau 'orang lama' moga telah terisi dan tertunai segala tanggungjawab yang perlu di lunaskan. Agar tenang hati kita untuk bertemu Tuhan.

Selasa, 2 Jun 2009

DAIRI MEI 2009

SEMINAR PENDIDIKAN ANAK-ANAK & KELUARGA CEMERLANG :
17 mei. Pusat Dakwah islamiyyah - Anjuran Biro keluarga ISMA

KONVENSYEN WANITA ISLAM : Anjuran wanita ISMA
1-2 mei. Intekma Resort , Syah Alam
[ jadi panel Forum - Jiwa Tenang Hidup Sejahtera ]

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS [KBAZ]: 9 mei
PWTC, KL. Anjuran Persatuan Belia Nasional - Pembina

Malam Bina Iman & Taqwa [MABIT] - Surau Ibn Khaldun ,
Lavender Heights, 29 mei. Anjuran wanita Isma Seremban.

Rasulullah mengajarkan setiap kali kita selesai majlis agar di baca surah Wal 'Asr dan tasbih kifarah. Agar kita sentiasa ingat bahawa manusia [kita] sentiasa berada di dalam kerugian , melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran , berpesan-pesan dengan kesabaran.

Di akhir majlis kita memuji dan memuji Allah dengan tasbih dan tahmid serta dengan melafazkan ikrar bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.

Semuga Allah menerima amal kita, dan menjauhkan diri kita dari riak dan suka mengungkit-ungkit.

Isnin, 1 Jun 2009