Rabu, 15 Julai 2009

3 TIP ASAS CAPAI MATLAMAT

1: KEINGINAN

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan yang kuat [ qawiyun iradah ] . Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah
pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai. Innamal a'malu binniah.. sesunggunhnya sesuatu amal itu mestilah dengan niat. Berniatlah kerana Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Rasakanlah perkara yang hendak anda buat itu besar dan anda adalah di kalangan orang-orang yang berjiwa besar.

Satu kisah yang boleh kita kongsi :

seorang lelaki pergi berjumpa seseorang dan menyatakan:

Inni laka huwaijah [ aku ada hajat kecil darimu],
maka jawabnya : fas al biha rujailan [ maka engkau mintalah pada orang yang kecil].

2: KEYAKINAN

Lagu yang sering kita dengar sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya agak rancak , tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Lagu ini sering mainkan dalam seminar-seminar motivasi untuk menaikkan semangat peserta. Ia juga menarik minat sebuah perniagaan MLM sebagai lagu tema kumpulan mereka...

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai - itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi,
matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahunadalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
3: TULISKAN MATLAMAT ANDA

Ini AMAT penting. Menurut satu kajian, dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

Ketiga-tiga tip ini adalah salah satu cara pengurusan diri. Seorang muslim yang berjaya ialah mereka yang teratur dan bersistem dalam urusan kehidupannya [ munazzam fi syuunih]. Keinginan, keyakinan dan pencatatan adalah tiga langkah asas untuk anda melonjak lebih jaaauh lagi. Baru 3 tip , sebenarnya ada banyak lagi...!!

Isnin, 13 Julai 2009

MENGGAPAI MATLAMAT UMPAMA MENDAYUNG SAMPAN

Visi dan misi seringkali kita lakarkan untuk mencapai hala tuju. Matlamat, hadaf atau ghayah maupun objektif adalah prediket-prediket yang menggambarkan sesuatu cita dan harapan. Untuk sampai kepada matlamat pasti di sana ada rintangan . Kesungguhan dan ketabahan hati seseorang adalah penentu kejayaan.

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.

Tiba-tiba, datang ombak... menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung.Tetapi, ombak menolak lagi... lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain...

Sampai, kita give up... and kata... alamak, susahnya nak capai pulau yang tu... takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain.... dan lain... dan lain...

Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Tetapi, akibat "ombak" yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain... sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Selasa, 7 Julai 2009

AL QURAN - HIDANGAN ALLAH

Wahyu pertama di turunkan kepada junjungan besar kita Muhammad SAW di Gua Hira', ialah ayat : Iqra'... ayat yang menjadikan baginda gementar... " Bacalah dengan ( menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan . Dia telah menciptakan kamu daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia."

Saranan supaya membaca Al Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu dan akan kekal sehingga ke hari kiamat. Al Quran merupakan satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad saw yang dapat kita tatapi. Merupakan satu pusaka baginda yang sesiapa mengambilnya tidak akan sesat selama-lamanya.
'Al Quran al -karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al Quran adalah alat terbaik untuk para ahli ibadah mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan cara membacanya.

Ungkapan-ungkapan yang amat mudah untuk ku lontarkan melalui gerak tari jari jemari di key board komputer. Otak pula dengan mudah boleh memahaminya dengan persembahan bahasa ibunda . Tapi... dari segi rohaninya memerlukan mujahadah yang tinggi untuk merealisaikannya. Apakah segala aspek hipdupmu di muka bumi ini sudah berdasarkan al Quran?? Seringkali kita terlalai, menjadikan nafsu dan logik aqal sebagai sandaran kehidupan. Serting kali secara sedar dan tak sedar ism-ism manusia yang menjadi pegangan dan keutamaan.

Malah... membaca Al Quran yang sepatutnya menjadi rutin harian pun aku seringkali 'skip'. Belum berjaya menjadikan Al Quran teman kesunyian, teman kesusahan mau pun teman kebahagiaan. Ya Allah... kuatkanlah jiwa hambamu yang selalu alpha dan lemah ini..

Kalau makan, mau yang enak-enak saja. Setiap hari mesti makan punye.. tak pernah miss, walau puasa kita akan makan juga ketika bersahur dan berbuka kan..?? Tetapi ketahuilah bahawa Al Quran adalah hidangan Allah!! Yang mesti kita santapi .. oh.. bagaimana tu..

Dalam sebuah hadis Abdullah bin Mas'ud r.a Nabi saw bersabda :

" Al Quran adalah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu.
Al Quran adalah tali Allah ( cahaya yang menjadi petunjuk),
cahaya yang terang dan ubat yang mujarab,
pengawal bagi orang yang berpegang dengannya,
penyelamat bagi orang yang mengikutnya,
sesiapa yang tersesat akan di pandunya,
sesiapa yang menyimpang akan di betulkan,
keajaibannya tiada henti,
keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas
walau sekerap mana sekali pun diulang.
Bacalah kerana Allah akan memberi kamu ganjaran
jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran.
Saya tidak katakan alim Laam Miim sebagai satu huruf
tetapi alif satu huruf
dan Laam satu huruf
serta miim satu huruf. "

- Riwayat al Hakim.

Allah tidak pernah lokek pahalanya.. cuma kita yang liat untuk mendapatkannya.... al maklumlah pahala tu barang yang tidak nampak di pandang dek mata , tak dapat di nilai dengan angka. .. berbanding uwang ribuan dan jutaan kalau di tawarkan berbondong-bondonglah manusia dari selurh pelusuk keluar untuk mendapatkannya.

Begitulah sifatnya manusia.. sering melihat dengan mata dunia , lantas tertipu.

Sedangkan Allah berfirman , maksudnya :

" Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar ".

[ Al Mulk : 12].

Dalam wasiat , Rasulullah saw kepada Abu Zar r.a pula ;

Maksudnya : Hendaklah kamu membaca Al Quran kerana ia adalah cahaya untuk mu di bumi dan simpanan untukmu di langit .

-[ Riwayat Ibn Hibban dalam sebuah hadith yang panjang ].

Banyak hadith-hadit nabi juga kalam Allah di dalam Al Quran sendiri yang menceritakan tentang kelebihan Al Quran. Buat waktu ini cuba perhatikan dulu dua hadith di atas. Fahami maksudnya dengan baik dan pahatkan dalam hati , terjemahkan dengan perbuatan, istiqomahkan sehingga menjadi darah daging.

Sangat sedih.. , zaman kini Al Quran sudah hampir di lupakan peranannya. Al Quran setakat khatam ketika sekolah rendah, atau di buat majlis sebelum akad nikah atau diraikan mengikut adat setempat berbunga telur berpulut kuning. Atau amat ghairah di khatamkan ketika Ramadhan , namun di bulan lainnya ia di lupakan.

Kalau baca pun sekadar bacalah.. sedangkan makna, maksud dan tafsirnya tidak di ambil kisah. Maka lebih jauh lagi untuk melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan yang termaktub di dalamnya. Betapa ruginya kita..!!

Al Quran yang diumpamakan sebagai hidangan Allah itu adalah untuk diambil zatnya setiap hari. Memberi kekuatan kepada peribadi, menjadi sumber inspirasi kepada sebuah ummah.