Isnin, 25 Januari 2010

KOBANNA

Jemput kepada semua warga Malaysia terutama Melayu yang berusia lewat 18 tahun ke atas untuk hadhir ke konvensyen ini. Sudah sekian lama kita berada di dalam kemelut demi kemelut politik . Isu demi isu yang terpaksa kita telan. Namun sampai bilakah ini perlu untuk kita biarka ia terus berlaku. Bimbang ia akan menjadi semakin parah .Kita sering melaungkan slogan perpaduan, dan terkini 1 Malaysia. Ke mana sebenarnya hendak kita tuju. Apakah kita hanya berserah kepada keadaan untuk menentukan masa depan negara kita? Apa sumbangan kita sebagai Melayu Islam dalam melakar agenda bangsa.

Kita sebagai bangsa Melayu harus faham , harus mengerti tentang cintakan watan. Di mana jati diri kita orang melayu dalam mempertahankan bangsa dan agama. Pengalaman penjajahan sudah di rasai oleh nenek moyang kita terdahulu, wallau sudah merdeka dan terlepas dari cengkaman penjajahan namun agenda mereka ke atas bangsa Islam tidak pernah padam. Kalau nak ikutkan waktu sekarang lebih mudah untuk mereka kembali menjenguk dan mengikut jejak langkah kerabat mereka dulu. Manakan tidak.. budaya, gaya hidup dan fikiran kita sudah lama di jajah , hanya tunggu masa untuk masuk menapak.

Sebenarnya bahang penjajahan ini bukan hanya dinegara kita, ia adalah agenda global yang terancang. Asy Syahid Hassan Al Banna seorang tokoh yang amat merasakan peri pentingnya kita bangsa Islam ini untuk bangkit semula. Walau berbangsa Arab Mesir, namun beliau meluahkan idea dan gagasannya untuk seluruh ummat Islam. Dengan harapan ummat Islam akan kembali berada di bawah satu sistem khalifah.

Lantaran itu apakan gagasan yang beliau lontarkan untuk menyelamatkan ummah ini? Apakah releven untuk kita guna pakai di zaman kini? Maka marilah kita luangkan masa untuk mendengar serba sedikit perbincangan yang berkaitan dengannya di konvensyen yang di anjurkan khas untuk membuka minda kita. Moga akan terpecah kepompong kita yang selama ini kita rasakan hebat. Agar kita melihat semua penjuru alam yang luas ini. Moga akan terungkai tali-tali yang mengekang untuk kita melangkah jauh selama ini, yang menyebabkan kita hanya sering memikirkan perkara-perkara kecil kononnya untuk suvival dan kehidupan yang stabil. Dalam masa yang sama umat terus tenat, fasad terus menjadi parah, kejatuhan akhlak , kegawatan ekonomi, percaturan politik dan sebagainya.

Demi kasihnya kita kepada watan bangsa kita tidak seharusnya berdiam diri atau terus hanyut mengukir sejarah baru yang hodoh coraknya.

Apakah yang akan di bincangkan nanti ? Memandangkan masa hanya sehari sahaja , pasti tidak mampu untuk mengupas semuanya . Tapi sudah cukup sekadar membuka minda kita. Sebanyak 3 kertas kerja yang akan di bentangkan :

Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Ustaz Mohd Rusdi bin Haji Alias.
Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Ustaz Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman.
Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni.

Konvensyen ini adalah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia [ISMA] sebuah NGO Islam. Mungkin anda tidak mengenali siapakah pembentang-pembentang kertas kerja di atas, tapi itu bukan alasan atau halangan untuk anda tidak hadhir. Selagi kita tidak dengar, tidak menghayati serta memahami fikrah yang ingin di sampaikan oleh Asy Syahid Hassan Al Banna yang ingin di ketengahkan itu selagi itulah kita tidak dapat menilainya.

Bertemu kita di sana ...

TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
TARIKH : 30 JANUARI 2010
PENDAFTARAN : 8.00 AM
TAMAT : 5.30 PTG.

sila layaran laman web ini untuk maklumat lanjut ; http://www.kobanna.ismaweb.net

Ahad, 10 Januari 2010

AMALAN GOOD MOTHER

Sesekali melihat email-email lama terjumpalah pulak benda-benda yang sayang untuk di delete, tapi rasa nak simpan dan kongsi dengan orang lain pula. Memang ramai kengkawan yang rajin hantar email-email yang bagus.. timakasih...!!

Di perturunkan salah satu bahan tersebut diblog ni agar jadi pusaka warisan hingga tujuh keturunan ye... sekaligus anda bakal menyandang gelaran " good mother".

========

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak . Ada menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak .Salah satu
teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.

Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa
seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam
otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka
menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya. Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh
menimbulkan rasa bosan

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan
perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – " Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan bising " .

Rabu, 6 Januari 2010

AYUH.. SAHAM AKHIRAT !!

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban berbesar hati menganjurkan projek wakaf bangunan. Bagi sesiapa yang berminat sila baca maklumat yang tertera di bawah atau layari isman9.wordpress.com/:

Tujuan paparan ini bukanlah untuk menagih simpati, meminta belas kasihan,, tetapi di samping hajat besar untuk memiliki bangunan sebagai satu kemudahan untuk menjalankan aktiviti , ISMA seremban ingin membuka peluang bersedekah untuk meraih pahala di sisi Allah. Amal Jariah ,,, iaitu pahala berterusan walaupun kita sudah tiada di muka bumi ini,, selagi waqaf atau sedekah itu di menfaatkan oleh manusia.

Ayuh bersegera lah.. sesungguhnya pahala sedekah itu umpama setangkai biji benih yang setiap tangkainya ada seratus biji.