Khamis, 25 Februari 2010

BUMI IRBID YG KU ZIARAHI

Jauh perjalanan luas pemandangan. ..
Musafir ke bumi Jordan sambil menikmati musim syita' / winter yang masih belum tamat. cuaca agak sejuk , 5-8 darjah celcius. Tinggal di groud floor,ardhiah.. lebih sejuk dari cuaca di luar rumah. Sesungguhnya kejadian malam dan siang, perubahan musim menunjukkan adanya Pencipta dan pentadbir yang maha Agung. [tak pandai nak pusing gambar ni, kenalah lentokkan sikit leher, maaf].
Di samping merasakan betapa lemah dan kerdilnya diri ini,, sejuk sangat tak mampu nak hadapi, panas sangat juga tak mampu nak tempuhi . Berpakaian tebal, berselimut tebal masih lagi terasa di ancam kesejukan.. subhanallah.. Tak terbayang bagaimana azabmu di akhirat kelak ya Aziz ya jabbar..!

Allah telah membelah-belahkan bumi ini kepada beberapa bahagian [surah Abasa], di suburkannya dengan berbagai jenis tanaman dan tumbuhan yang beraneka macam. Semuanya tidak lain membuktikan kebesaranNya jua. Buah strawberry... warna merahnya amat menarik , walau rasanya agak sedikit masam .

Harganya agak berpatutan di sini .. 2 dinar satu kilo [ 1 dinar = RM5]. Cadangnya kalau rajin dan ada kelapangan nak buat jem. emm..!! sebagai buah tangan pulang nanti..
satu yang agak menarik, ketika membelinya di pasar (orang sini kata balad) memang teruja melihat strawberry yang besar-besar di susun dalam kotak,, menyebabkan keinginan untuk membelinya lebih terangsang. Tapi... rupa-rupanya bila balik rumah bila di buka ... hanya yang besar saja kat atas tu, yang dalam-dalamnya adalah yang saiz sederhana dan kecil saja. Biasalah tu taktik orang berniaga..

Makanan Arab memang sedap..!!
Tak kira di Mesir mau punJordan, bagi saya yang sudah biasa duduk lama di negara Timur Tengah ni agak terliur nak merasa pelbagai makanannya. Malam pertama sampai sudah di hidangkan dengan nasi dan ayam bakar.. aromanya amat menyelerakan. Terima kasih adik-adik yang menyambut. Perjalanan dari Amman ke Irbid memakan masa 2 jam dengan menaiki teksi tidak terasa letih mana selepas menaiki kapal terbang satu jam setengah dari Kaherah , mungkin sebab terlalu gembira untuk berjumpa mereka-mereka ni.

Negara Arab memang terkenal dengan rempah ratusnya, yang serbuk dan dalambentuk biji banyak terdapat di sini. Sebab tu makanan mereka sedap kot.. campuran dari rempah2 yang berbagai terhasilnya makanan-makanan yang enak tu.. namun tak di nafikan ada juga makanan yang tak kena pada selera kita.. maklumlah anak melayu tulen..

Pasar.. biasalah sibuk , macam pasar malam kita. Cuma barang dagangannya yang agak berlainan dari pasar malam kita. Sayuran dan buahan di sini segar.. dan kekadang saiz yang berlainan dari yang kita biasa tengok. Tak lama sangat kat pasar ni.. sebab nak jalan-jalan kat kedai-kedai pakaian pulak..

Semuga ziarah atau musafir ini akan mendapat keberkatan dari Allah. Menitipkan maani ukhuwah dan dakwah, menyuburkan ilmu dan thaqafah. Di kejauhan ini semuga kasih dan cinta terhadap Ad Deen ini akan terus mekar, membakar semangat , mencurahkan penorbanan.