Jumaat, 12 Ogos 2011

INDAHNYA TAUBAT

aKafilah Ramadhan terus berarak lalu. Kita masih lagi berada di dalam dakapan Ramadhan. Menunaikan ibadah puasa , rukun Islam kedua. Semua umat Islam di seluruh dunia bersama-sama berlumba-lumba membanyakkan ibadah dan amal soleh dibulan mulia ini. Kerana bulatnya bumi yang Allah ciptakan ini, maka siang, malam, pagi dan petang berlaku diserentak dipelusuk planet bumi ini. Pernah tak kita membayangkan senario secara keseluruhan bumi ini , di mana setiap masa di bumi ini ada orang bersolat, ada orang bersahur, ada orang berpuasa dan ada yang sedang berbuka puasa... subhanallah.

 Sesungguhnya bumi ini hanya sebuah cakerawala yang kecil sahaja berbanding dengan plenet-plenet yang lain. Di bumi inilah telah dicampakkan Adam dan Hawa dari syurga berketurunan dan bergenerasi sehingga kehari ini. Dan tidaklah diciptakan jin dan manusia itu oleh Allah SWT melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya.

Sebagaimana ayahanda kita Adam, kita juga tidak sunyi dari melakukan kesalahan. Nabi Adam alaihisalam  manusia pertama yang diciptakan oleh Allah sujud kepadanya para Malaikat dengan perintah Allah kecuali Iblis. Namun ketika baginda melakukan kesalahan , apabila baginda termakan pujukan iblis supaya memakan buah dari satu pohon yang telah dilarang oleh Allah baginda tidak teragak-agak untuk memahon taubat dan keampunan dari pada Allah swt. Dan Allah telah menerima taubat baginda.

Satu contoh yang diabadikan oleh Ayahanda kita,  sepatutnya menjadi ikutan kita sehingga ke hari kiamat. Di mana apabila melakukan kesalahan bersegera memohon ampun dan taubat kepada Allah.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini marilah sama-sama kita memperbanyakkan taubat, semuga dosa-dosa kita yang lalu akan terhapus, amal soleh kita akan diterima.

Taubat, ertinya kembali dan rujuk semula. Sesungguhnya ia adalah satu perasaan takut di dalam hati seseorang yang mendorongnya untuk kembali kepada Allah . Kembali bersama dengan penyesalan dan azam untuk tidak mengulangi lagi sesuatu perbuatan yang salah dan dimurkai Allah itu. Seolah-olah ia menanggalkan semua dosa-dosa dan maksiat dari dirinya untuk pasrah menyerah diri kepada Allah.

Taubat di atas segala jenis dosa.. walau sebesar mana atau sekecil manapun dosa yang telah dilakukan. kedua-duanya memerlukan kepada taubat untuk ia di hapuskan.

Tidak mahu bertaubat , menggambarkan sifat degil dan sekaligus sifat sombong telah menguasai diri. Namun siapakah kita yang ingin bersifat angkuh dan sombong di sisi Allah ?

Sebuah kisah Bani Israil di zaman Nabi Musa a.s. Terdapat seorang lelaki yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun, dan tak pernah bertaubat memohon ampun daripada Allah walaupun sekali. Sehingga pada satu tahun berlaku kemarau yang teruk di negeri tersebut. Tumbuh-tumbuhan dan binatang banyak yang mati. Begitu juga air sungai menjadi kering. Lantaran itu orang-orang dari Bani Israil memohon kepada Nabi Musa supaya berdoa kepad Allah agar di turunkan hujan.

Nabi Musa pun mengajak kaumnya untuk sama-sama berdoa meminta hujan kepada Allah. Telah keluar bersama nabi Musa seramai 70 ribu orang Bani Israil, berkumpul di satu tempat. Mereka berdoa dengan doa yang bersungguh-sungguh. Namun ... hujan tetap tidak turun. Sehingga memaksa Nabi Musa untuk bertanya kepada Allah , kenapa masih lagi tidak turun hujan?? lalu Allah mewahyukan bahawa ada dikalangan kamu ada seorang lelaki yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubah walaupun sekali,, maka hendaklah orang tersebut keluar. Jika ia keluar hujan akan turun.

Nabi Musa meminta dikalangan bani Israil yang melakukan maksiat itu supaya keluar. Namun bagi empunya diri merasa malu untuk keluar, apabila dilihat ke arah sekelilingnya tiada siapa yang keluar, maka sahlah bahawa dialah orang yang di maksudkan. Lalu lelaki itu  bermunajat kepada Allah : " Ya Allah aku telah melakukan maksiat kepadamu selama 40 tahun dan Engkau melindungiku, Pada hari ini aku bertaubat kepadaMu jika aku keluar semua orang akan tahu, dan jika aku tidak keluar hujan tidak akan turun dan kami semua akan binasa, Ya Allah hari ini akau bertaubat, aku menyesal dan aku kembali kepadamu, terimalah taubatku dan lindungilah aku sekali lagi.. ", maka hujan pun turun.

Nabi Musa berkata : Wahai Tuhan hujan sudah turun sedangkan tiada seorang pun yang keluar ? (pelik). Jawab Allah : Wahai Musa hujan turun dengan sebab taubat hambaku yang memaksiatiku selama 40 tahun. Aku gembira dengan taubatnya.
Musa : Wahai Tuhan , tunjukkan kepadaku orang itu  , supaya aku juga gembira bersamanya.
Jawab Allah : Wahai Musa dia memaksiatiku selama 40 tahun dan aku melindunginya dan  hari ini  apabila dia bertaubat kepadaKu adakah patut Aku membongkarnya?

Maha suci Allah... manusia melakukan maksiat ke atasnya, namun pintu taubat di buka seluas-luasnya. Allah menjaga maruahnya untuk memberi peluang taubat kepadanya. Berlakunya kemarau sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan Allah , untuk menyedarkan manusia yang lalai supaya kembali kepadanya.

Alangkah indahnya taubat buat lelaki itu... Maksiat yang dilakukannya selama 40 tahun dihapuskan oleh Allah dalam masa yang singkat dengan taubatnya.

Rabu, 27 Julai 2011

RAMADHAN DATANG LAGI..

Tahun ke tahun Ramadhan datang menemui kita. Tepat pada saat waktu dan ketikanya, tanpa pernah lewat, lambat, maupun tercepat. Sesungguhnya Allah telah menjadikan cakrawala dilangit beredar diorbitnya agar memberi menfaat kepada manusia. Terjadinya malam dan siang. Bertukar hari kepada minggu, dan minggu kepada tahun. Malahan kita bisa menghitung dekad dan abad.

Subhanallah... maha suci Allah. Tuhan yang telah menciptakan hidup dan mati. Dia juga yang menciptakan tujuh lapisan langit. Namun tidak kita lihat disana sebarang kecaatan atau ketidak sempurnaan pada penciptaan langit yang luas itu.

Sama ada kita sedari atau tidak kehidupan kita di dunia ini sentiasa beredar bersama bulan, bintang, matahari dan plenet-plenet yang lain. Di samping ia adalah sebagai satu tanda kebesaran penciptanya , ia juga adalah untuk keselesaan, kemudahan dan kelangsungan hidup setiap yang hidup di muka bumi ini. Manusia, binatang dan tumbuhan mempunyai ketergantungan yang amat rapat dengan matahari, bulan dan bintang. Ringkasnya terlalu banyak untuk kita sebutkan disini, kerana ia akan berkait rapat dengan ilmu falak, ilmu sains, ilmu geologi,astronomi,  ilmu tumbuh-tumbuhan , ilmu kajihayat dan macam-macam ilmu lagi.

Sempena kehadiran Ramadhan ini kita sejenak memikirkan tentang alam bintang dan cakrelawala. Ketika senja melabuhkan tirai penutup Syaaban , anak bulan Ramdhan diintai akan kelahirannya. Yang tidak mampu ditelek dengan mata kasar. Diteropong dengan teropong yang berbagai jenama , yang mempunyai lebih kuasa kantanya.Di pastikan oleh para mufti, ulama' dan  ahli falak. Diisytiharkan kepada rakyat jelata oleh pemegang mohor Raja-raja Melayu [ di Malaysia sahaja]. Di wawarkan dicorong-corong radio dan kaca talivisyen. Tok imam dan para jemaah masjid dan surau diseluruh pelusuk negara bandar, kampung dan desa sudah bersedia dengan sejadah , untuk menunaikan solat tarawikh yang pertama.  Masing-masing mengharap Ramadhan kan menjelma...

Bermulalah pesta ibadah dibulan agung ini. Berbagai cara dan tradisi umat Islam menyambut dan menghidupkan malam dan siang. Tapi ingat ... Rasulullah pernah bersabda :

                                                  انما رمضان الصيام والقيام والقرأن
Maksudnya : sesungguhnya Ramdahn itu adalah berpuasa , menghidupkan malam dan Al Quran

Puasa , menghidupkan malam dan membaca Al Quran adalah ibadah asas dalam bulan Ramadhan. Sempurnakanlah  ketiga-tiga jenis ibadah tersebut dengan sebaik mungkin. Nafsu makan berlebihan, tidur dan bermalas-malasan adalah perosak amalan kita. Sedangkan Allah hadiahkan kepada kita Ramadhan ini untuk kita capai keampunan dan RahmatNya serta menyelamatkan kita dari api neraka. Allah ingin mempertingkatkan darjat kita kepada darjat al muttaqin. Seharusnya kita rasa amat teruja untuk melakukan yang terbaik...

Marilah kita sematkan azam untuk mendapat kualiti puasa dan ibadah yang paling tinggi pada tahun ini. Kita mahukan jiwa yang segar dan lebih bersemangat apabila keluar dari tarbiyyah madrasah Ramadhan. Mengikis segala amalan dan karat jahiliyah yang berbaki. Umpama kita menukar baju yang telah kotor, busuk dan ber bau hapak dengan baju yang bersih dan berbau wangi. Kita ingin merasakan bagaimana ringannya bahu kita yang selama ini menanggung beban dosa, kerana Allah menjanjikan  keampunan buat kita pada bulan Ramadhan ini ...  Tak lupa juga memasang impian untuk bertemu lailatul Qadr,, yang tidak berlaku pada bulan lain dan pertemuan yang tidak boleh di bayar dengan harta dan wang ringgit..!! Namun InsyaAllah keihklasan dan kesungguhan kita adalah galang gantinya.

Rabu, 29 Jun 2011

SIMPLE... TAPI BUKAN MUDAH

Semakin tinggi kedudukan kita semakin besarlah  amanah dan tanggung jawab yang perlu kita pikul. Dalam situasi ini " hati " kita juga mesti turut tinggi, iaitu tinggi di sisi Allah swt. Miliklah hati yang hidup dengan ma'rifatullah dengan kesuburan ruhiyyah.

Sentiasa menguatkan hubungan kita dengan Allah. Hubungan yang tidak pernah putus di samping sentiasa memohon inayah perttolongan dari Allah. Ia juga kita sebut sebagai " Iftiqar ilallah ", menjadikan diri kita ini faqir disisi Allah swt, sentiasa berhajat kepaNya.

Hati yang tidak lekang dari memperingati Allah swt. Menjalin hubungan intim dengan Allah kekasih abadi. Dalam masa yang sama juga kita perlu tampil ke tengah-tengah masyarakat. Dengan penampilan sesuai dan hebat. Maknanya dalam kita bersifat warak dan tawaduk bukan bererti kita mesti cincai atau seghebehh.. kerana kedua-duanya bukanlah dari ajaran Allah. Bukan juga menampilkan kesombongan dan takabbbur.    Sesungguhnya kesederhanaan tidak menghalang dari terserlahnya kehebatan seseorang.

Sedar atau kebetulan,, kadang-kadang kita sering atau suka memilih untuk duduk di kerusi-kerusi bahagian belakang ketika dalam majlis, seminar, muzakarah dan seumpamanaya . Di situ mungkin akan ada  tafsiran yang kurang molek bagi seorang yang bertaraf pimpinan. Seolah-oleh ingin  memasukkan tengkuk ke dalam badan di celah-celah hadirin yang lain.Yang sewajarnya datang awal dan duduk di barisan hadapan .

Bagi mereka yang sudah melalui proses tarbiah , yang sudah masak dengan tarbiah biasanya akan mudah terlepas dari hambatan nafsu. Ertinya kita membuat sesuatu bukan kerana nafsu tetapi atas nama syariat , atas nama Allah yang menyuruhnya . Bukan kerana manusia bukan kerana nama. Nampak simple.... tapi bukan mudah.

Rabu, 22 Jun 2011

HIDUP BERAGENDA

"Agenda ".. mungkin ini bukan bahasa Melayu asli, tetapi ia sudah berleluasa digunakan dan sudah difahami. Agenda bererti aturcara, wawasan atau perancangan. Agenda bukan hanya untuk mesyuarat, acara majlis dan seumpamanya, hidup ini juga perlu diagendakan. Hidup seorang muslim perlu diagendakan.

Sedangkan musuh punya agenda mereka tersendiri, kenapa pula tidak kita. Kita yang berada di jalan kebenaran ini, mesti lebih hebat agendanya. Supaya ia tidak di robek atau dilondehkan jati dirinya. Musuh mahu merosak dan menghancurkan keperibadian dan jati diri kita , supaya dengan itu mereka dapat menguasai kita. Apabila keperibadian berubah, pemikiran  berubah, neraca kita rosak dan bercampur baur maka tidak lain tidak bukan kelemahanlah yang akan kita alami. Pada ketika itu barulah kita akan sedar bahawa di sana tiada kesatuan dan tiada misi yang menjadi landasan perjuangan.

Terdapat agenda terancang untuk mengeluarkan orang melayu daripada agama mereka. Sedangkan agama lain sebenarnya sudah expired, Islam telah menggantikannya sehingga ke akhir zaman . Syariat Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw khatamul anbiya' sahaja yang diguna pakai. Atas landasan memperjuangan agama Islam yang suci inilah agenda kita dibina. Bukan kerana kepentingan peribadi, harta benda, pangkat dan seumpamanya.

Firman Allah yang bermaksud :
" Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku sempurnakan nikmatKu kepadamu dan Aku redha Islam sebagai agama. " [ Al Maidah : ayat 3].

Lantaran itu agenda kita dimuka bumi ini adalah untuk mencapai kesempurnaan ubudiyyah dan ketundukan kepada Yang Maha Esa secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. "Allahu ghayatuna " merupakan inspirasi tertinggi dalam kehidupan seorang muslim .

Memenuhi tuntutan Rabbani :
" Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan ketundukan seluruhnya hanya kepada Allah. " 
-[Al Baqarah : 193 ]

Jika demikianlah bunyinya ayat Allah ,  tidak mustahil satu masa nanti akan   ada satu suasana di mana orang bukan Islam tunduk sepenuhnya kepada Islam tanpa syarat. Ini bukanlah jenaka atau omong kosong, sejarah telah membuktikan di mana bangsa Tartar dengan sifatnya yang ganas telah berjaya mengalahkan kerajaan Islam yang sedang lemah, namun apabila ummat Islam bangun bangsa Tartar mereka tewaskan semula sehingga ramai dikalangan mereka memeluk Islam dan tunduk dengan kuasa pemerintahan Islam.

Jelas juga di sini jati diri sesuatu bangsa itu amat penting. Menjadi penentu jatuh bangunnya sebuah tamadun. Berapa banyak kerajaan yang jatuh kerana kelemahan akhlak dan pegangan agamanya. Dan berapa banyak kisah gemilang ummat Islam terdahulu yang menceritakan episod kejayan demi kejayaan yang mereka capai setelah mereka bergerak diatas agenda yang kukuh.

Ya agenda yang meletakkan tauhid dan agama di hadapan. Agenda yang meletakkan permasaalahan ummat dihadapan. Di negara kita bangsa Melayu adalah bangsa majoriti. Jika rosak bangsa ini ironinya akan rosak jugalah negara ini. Seandainya bangsa minoriti yang bukan Islam mengambil alih untuk menentukan hala tuju negara, sudah pasti hala tuju mereka tidak sama dengan apa yang kita ingini. Biarlah kita susah dahulu asal tidak sesal kemudian.

Bangunlah wahai bangsaku...
Padamkanlah kisah-kisah gejala sosial, dadah, mat rempit, perzinaan, buang anak dan budaya hedonisma dikalangan semua lapisan masyarakat dari dairi sejarah kita. Mari sama-sama  kemaskan semula sistem agama, politik, sosial dan ekonomi kita. Menjana akhlak dan keperibadian mulia. Menutup segala lubang-lubang negatif bahkan yang terang-terang dilaknat dan dimurkai Allah, yang akhirnya akan menghancurkan.

Agenda kita besar. Bukan sekadar untuk bahagia keluarga, kejayaan akademik anak-anak, cukup makan minum atau menjadi pengundi ketika pilihanraya. Orang yang berjiwa besar akan berfikiran besar, pro aktif, inovatif.  Kita punya peranan masing-masing. Batu bata yang saling lengkap melengkapi , bukan wujud kita umpama tidak wujud, dah lebih dahsyat lagi jika dalam senyap secara tidak sedar kita dipergunakan oleh oleh musuh.

Jangan biarkan hidup kita terawang-awang tanpa agenda. Seperti lalang ke kiri ke kanan mengikut angin. Dalam apa jua keadaaan kita punya agenda dan prinsip kita sendiri.

Isnin, 11 April 2011

JOM MAIN...

Dalam era pasca modenisasi ini gaya hidup kita masyarakat Malaysia banyak mengalami perubahan. Perubahan dalam banyak sudut. Sudut kekeluargaan, pergaulan, pemakanan, tidak ketinggalan juga dari segi permainan. Permainan?? Apa pentingnya topik permainan untuk kita bincangkan di sini? Apakan permainan itu satu keperluan? Sedangkan hari ini rata-rata kita mementingkan kecemerlangan akademik. Mengejar straight 'A' dalam setiap peperiksaan. Malahan ibu bapa selalu marah-marah apabila anak bermain.

Ohh anak-anak mesti stress .. belajar, belajar dan belajar. balik sekolah tuisyen, malam tuisyen , hujung minggu pun tuisyen lagi.. kesian anak-anak tu mereka tidak ada masa untuk diri mereka sendiri. Pergi sekolah bawa beg yang sarat dan berat, balik rumah kena pergi kelas KAFA, home work banyak.

Apakah tulisan ini untuk menyebelahi anak-anak? beri muka kepada mereka, bila keputusan peperiksaan teruk siapakah yang perlu dipersalahkan? Baik,, bertenang.. bertenang. Inilah fenomena semasa yang perlu kita hadapi dengan bijak. Era pasca modenisasi sememangnya berlainan dengan zaman sebelum Jepun atau era selepas merdeka.

Kesan yang ketara yang kita boleh lihat ialah di mana ramai anak-anak masa kini yang anti sosial. Ini adalah akibat kurangnya pergaulan mereka dengan teman-teman dan orang-orang sekeliling. Mereka sekolah dari pagi sampai petang. Atau bila berada dirumah aktiviti mereka adalah bersifat in-door. Bermain play station, menonton talivisyen malahan ramai yang ada akaun face book. Aktiviti-aktiviti seperti ini sebenarnya tidak sihat untuk perkembangan anak. Mereka sepatutnya aktif dan cergas, meneroka alam sekitar dan bersosial.

Kalau kita imbas kembali permainan zaman 70an yang popular seperti bermain layang-layang, bermain congkak, teng-teng, galah panjang, konda kondi  ada nilai akademik dan nilai sosialnya yang tersendiri disamping faedah fizikal dan kesihatan yang tidak boleh disangkal lagi. Namun ia mungkin janggal pada kanak-kanak zaman kini, tak up to date konon..

                                                   satu dua tiga lekuk...

Sebenarnya ini adalah anggapan yang salah. Kalau di luar negara, terutama negara-negara maju mereka lebih menitik beratkan belajar sambil bermain, Keadaan tersebut membuatkan pelajar-pelajar relax dan tidak tertekan, hasilnya mereka lebih ceria dan kreatif, berbanding dengan anak-anak yang banyak di ajar secara teori dan dalam suasana yang tertutup. Mereka mengenal alam hanya melalui gambar dan video. Secara realnya mereka tidak pernah lihat apatah lagi untuh menyentuhnya. Anak-anak hari ini hanya menyanyikan lagu riwayat kupu-kupu, tapi sayang mereka tidak pernah melihat sendiri bagaimana rupa kepompong dan ulat beluncas.

Akhirnya anak-anak kita pada masa depan akan menjadi generasi seminar dan kursus, semua perkara mesti diseminarkan dan dikursuskan. Kerana sepanjang usia kehidupan mereka pengalaman kehidupan amat kurang. Ketokohan tidak tergilap sejak kecil.. seperti juga sifat berani, cerdik dan tahan lasak . Lantaran itu keperibadian mereka tidak kukuh, jati diri mereka tidak boleh dijamin,, ia hanya terbentuk apabila dewasa melalui seminar-seminar atau kelas-kelas pengajian, bukan sudah sebati dari awal lagi. Tidak hairan hari ini kaki rasuah itu adalam pemimpin itu sendiri, tidak hairanlah pengkhianat bangsa itu adalah orang yang bergelar pemimpin.

Sebelum fenomena ini menjadi lebih tenat sebagai individu yang berwawasan kita mesti bertindak pro aktif. Sebagai ibu bapa atau yang memegang jawatan dalam masyarakat seharusnya membuat sesuatu, buat satu action plan. tidak hanya berserah kepada keadaan atau menyerahkan tengkuk kepada sistem yang sedia ada. Masih ada ruang untuk kita memperbaiki keadaan walau tidak dinafikan ia selalunya menuntut kepada pengorbanan dan kecekalan.

Bermain adalah satu hak kanak-kanak yang semakin dinafikan ke atas mereka. Barat memperkenalkan kepada kita sistem pembelajaran yang exam oriented, tapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak mempraktikkannya dinegara mereka sendiri. Mereka menjadikan kita pasif dan anti sosial dengan cara halus.
                                                                      seronoknya main....

Walaubagaimanapun semua yang kita hendak lakukan mestilah dengan besederhana,, seimbang .. tidak berlebihan dos atau kurang. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak mereka, memantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.. Memastikan rohani, jasmani, emosi dan sosial anak-anak berada dalam keadaan baik.

Sesekali membawa anak-anak keluar bermain di taman, berkelah di pantai, mendaki gunung maupun meredah hutan. Pengalaman - pengalaman tersebut penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Malahan sekarang terdapat badan-badan yang menganjurkan kem jati diri, perkhemahan dan seumpamanya. Ibu bapa sepatutnya merebut peluang ini, kenapa perlu berkira demi kebaikan anak-anak,,,,?/

encem-encem anak-anak ni...

Rabu, 9 Februari 2011

ANTARA SEMUT, LEBAH DAN LABAH-LABAH

Seusai halaqah maka beredarlah semua ahli yang terlibat , pulang menuju kediaman masing-masing atau destinasi-destinasi tertentu. Membawa bersamanya hasil bicara dan pembentangan mingguan untuk perjalanan keseterusnya. Acara ijlis bina nu'min saah selesai untuk episod kesekian kalinya , buat bekalan dan senjata dalam perjuangan.

Senario mingguan ini adalah sebagai wadah meneguk ilmu, fikrah dan ukhuwwah . Meninggalkan kesan yang pelbagai dalam diri setiap yang hadhir. Murabbi dan mutarabbi saling tabaddul fikri ... tampak klasik perlakuan sebegini namun ini adalah asolah yang perlu dipelihara. Mata bertemu mata, lutut bertemu lutut menghasilkan aura dan cas yang tersendiri. Umpama batu-bata yang saling ikat mengikat antara satu sama lain menghasilkan bangunan yang kukuh dan indah. Menjadi medan  takwiniyyah daieyah impian.

Lihatlah di luar sana sang semut yang  sangat rajin bekerja untuk mengumpulkan makanan dan membuat sarang. Apa saja yang ditemui akan diangkutnya , dari sisa makanan, dalam tong sampah, di celah -celah pokok kayu di mana-mana jua. Kesemua itu adalah untuk memastikan kelangsungan hidup kaum semut .

Lihat pula pemandangan sang lebah yang sangat menarik. Mereka sering berterbangan di kuntuman-kuntuman bunga, menghisap madunya. Mereka mengumpulkan madu-madu yang mereka dapat ke dalam kumpulan-kumpulan lebah yang ramai. Sehingga akhirnya terhasillah madu lebah yang manis dan enak untuk menfaaat yang pelbagai.

Di samping lebah, ada juga di sana makhluk yang bernama labah-labah. Hidupnya sering membuat sarang dan sesawang di sudut-sudut rumah. Namun sarangnya melekit, kotor dan tidak boleh untuk di menfaatkan. Bahkan selemah-lemah rumah adalah rumah ankabut (labah-labah).

Setelah kita membawa fikiran kita menerobos alam ketiga- tiga haiwan itu tadi mari kita pergi semula kepada diri kita sendiri .  Mari kita koreksi pula diri kita. Apakah sifat semut, lebah atau labah-labah yang kita miliki.?/

Pergi dan pulang kita ke dalam majlis ilmu yang mendapat naungan para malaikat saban minggu, apakah kekuatan di sebaliknya?  Kalau kita inginkan aktiviti sosial semata kita boleh dapat di mana-mana, di pasar, dikelab di internet dan sebagainya. Jika inginkan teman bersembang kita sentiasa di kelilingi kawan-kawan sekerja, adik-beradik , sanak saudara dan jiran tetangga. Apakah yang mengikat dirimu hingga bisa  memberi komitmen yang bukan sedikit untuk  'berhalaqah'?

Ya..  langkah demi langkah yang dihayunkan  adalah untuk menjadikan diri kita seekor lebah. Mencari sumber makanan yang baik-baik untuk menghasilkan makanan yang baik untuk mereka yang inginkan yang terbaik. Menjadi daie yang soleh wa musleh. Menjadi manusia apabila bercakap hanya akan menghamburkan kalam-kalam yang toyyib.

 ومن أحسن قولا ممَّن دعا إِلى الله وعمل صالحًا وقَال إِنني من المسلمين
- Siapakah yang paling baik kata-katanya dari mereka yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata sesungguhnya aku dari orang-orang muslim.

Menerima dan memberi dua keadaan yang wajib digandingkan. Seseorang itu tidak akan mampu memberi jika dia tidak punya apa-apa. [ فقد شئ لا يعطى ] . Jangan pula jadi seperti semut, mengambil dari segala sumber tetapi akhirnya tidak boleh diambil menfaatnya oleh orang lain. Sementelah pulalah keadaan seperti seekor labah-labah, yang tidak mampu untuk surviv untuk diri sendiri apatahlah untuk ditumpang sekaki.

Jadilah lebah yang sebenarnya,  bukan  lebah plastik atau boneka yang menjadi mainan anak-anak kecil.  Menjadi lebah yang mampu menyengat .. . dan mampu  memberi madu yang bersumberkan bunga-bungaan di alam semesta. Sehingga menjadi kuat pula mereka yang menghirupnya, menjadi pahlawan dan serikandi yang bakal menggoncangkan dunia.! Allahu akbar..

Ahad, 6 Februari 2011

Gout yang menyakitkan.

Aduhh ..!! sssakitnya ibu jari ku! Pedih, nyilu, perit, bisa semua ada..!.
 Apa agaknya yang sedang berlaku di dalam tu ye..
 tengoklah gambar di atas macam tulah keadaan sebenarnya, 
sebab tulah sakit sangat ,
 susah nak berjalan, terjengkot-jengkot dan sakit bila pakai kasut. 
Sebenarnya keadaan di atas bukan saja mengganggu
 dari segi pergerakan fizikal tetapi juga dari segi pergaulan sosial dan kerja-kerja seharian .
 Nak pergi jemputan kenduri pun kena fikir banyak kali,
 maklumlah nanti jalan terjengkot-jengkot ramai pula yang menegur sapa. 
Nak drive dan trevel jauh-jauh pun masaalah juga. 
Nak bersukan pun tak boleh. 
Nak bergerak dalam rumah pun malas, 
akhirnya duduk tercongok depan tv atau baca surat khabar, 
akhirnya jadi obesiti pulak..

Macam tulah kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang mengidap gout...
 Inilah yang di katakan gout. 
Yang menyerang siapa saja, lelaki mau pun perempuan, tua mau pun muda. 

Apakah itu sakit gout? 
Gout ialah satu keadaan yang di hasilkan daripada kristal asid uric
 yang tersimpan di dalam tisu tubuh.
 Gout ialah kerana asid uric yang berlebihan dalam badan (hyperuricemia), 
ia akan menyerang secara berulang kali dalam bentuk peradangan sendi.
 Gout juga adalah kerana purin yang terhasil melalui makanan yang kita makan. 
Dan yang paling menakutkan ialah
 gout bukan saja menyebabkan sakit sendi 
tetapi ia boleh juga menyebabkan batu dalam buah pinggang 
dan penyumbatan buah pinggang
 yang akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang..
 Amat menggerunkan..!!

Beginilah rupa kristal dalam tubuh pesakit gout, umpama jarum.. 
tajam-tajam.. patutlah sakit sangat... !
 maklumlah banyak jarum dalam badan.. sakit memang sakit,
 malah kalau terkena kain selimut ketika di tarik untuk berselimut pun tak tertahan rasa sakit dan nyerinya..!! Begitu juga ketika bernafas , 
seolah-olah ia sakit mengikut denyut nafas!

Gout bukan hanya menyerang sendi kaki, ia boleh juga terjadi pada jari-jari tangan, lutut, siku dan bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Inilah cecair yang menemani pesakit gout selalu yang terdapat didalamnya kristal bak jarum.

Semenjak kebelakangan ini memang ramai orang yang mendapat penyakit ni. Seitar sejuta orang di Amerika Syarikat yang menderita kerana gout.
 Selain penyakit ini mungkin kerana ia diwarisi dari keturunan
 ia juga adalah akibat dari beberapa faktor yang lain ,
 seperti berat badan yang berlebihan (terutama ketika muda),
 pengambilan alkohol, fungsi buah pinggang yang tidak normal
dan gaya pemakanan harian. 
Ubat-ubatan juga tidak kurang sumbangannya terhadap pengumpulan uric asid dalam badan,
seperti aspirin, niasin dan lain-lain.
Selain ubat-ubatan penyakit yang sedia ada juga
 membantu pengumpulan asid urik di dalam badan ,
seperti penyakit leukimia, limfoma dan gangguan hemoglobin.
Satu kajian juga menunjukkan
mereka yang mengidap penyakit gout
 mempunyai kadar hormon tyroid yang rendah.
Setiap penyakit ada ubatnya
 dan pencegahan adalah lebih baik dari rawatan.
 Salah satu cara yang paling mujarab dan berkesan
untuk mengawal gout ialah dengan mengawal pemakanan seharian.
Makanlah banyak buah-buahan dan sayuran, kurangnkan makanan berlemak
 dan makanlah makanan yang rendah kalori.
Elakkah makanan yang mengandugi purin seperti daging,
 makanan laut, organ-organ dalaman seperti otak, hati dan ginjal.
 Roti manis juga tidak bagus untuk pesakit gout,
 apatah lagi makanan di dalam tin seperti sardin,
kacang pis, kacang panggang dan seumpamanya. 
Masa makan memang enak dan lazat,
tapi beringatlah sebelum kena.
Orang Arab menamakan penyakit gout ini " Da' al muluk : Penyakit raja-raja" ,,
 mungkin sebab raja-raja yang makanan mereka mewah yang selalu dapat gout
 (Yang mungkin dah jadi makanan kita rakyat biasa hari ni juga ).

So,
 makanlah dan minumlah, dan janganlah kamu malampau,,,,

Jumaat, 4 Februari 2011

Dairi Kasih.

Salam buat semua ahli BKK [Badan Kebajikan keluarga Hj.Kamarudin dan Hjjh.Kalsom].. 

Dalam suasana yang masih sendu ini mari  kita hadiahkan Al Fatihah buat Arwah Hj.Hamdan yang dikasihi, semuga rohnya akan di tempatkan bersama roh para siddiqin dan dan solihin.
Janjinya dengan Ar Rahman telah tiba , beliau pergi meninggalkan kita bersemadi di alam baqa. Satu perjalanan yang pasti.

Tanggal 29 Januari 2011 bersamaan 24 Safar 1432 telah mengukir tarikh seorang hamba. Mengakhiri hayatnya di sisi anak-anak dan isteri tercinta menutup tirai kehidupan duniawi. Ketika malam berlabuh, ketika babak mimpi sedang bermula , kurang lebih detik jam 11.45mlm deringan telefon terngiang ditelinga yang sudah mula belayar.. , isyarat mesej menyelinap memasuki telefon-telefon bimbit ahli BKK... terdetik dihati ," ada urgent atau hal penting ". Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun...

Anak kelima dari 12 orang adik beradik, meninggalkan seorang puteri dan tiga orang putera. Setelah sekian lama berada didalam ujian Allah. Setelah selama 20 hari menjadi penghuni  wad 7A dan 7C Hospital Tuanku Jaafar . Zikir dan doa menjadi penguat jiwa , walau terpaksa menanggung sakit pada diri , menanggung derita proceeder rawatan.Sempat jua pulang ke rumah walau tak sampai sepekan sebelum hujung nafasnya berakhir. Sekadar setahun bersara dari perkhidmatan sebagai guru sekolah menengah. Beliau juga adalah mantan setiausaha yang pertama BKK yang telah bertugas dengan penuh dedikasi. Sesungguhnya Allah lebih mengasihi beliau. 

Walau dalam masa hanya sebulan lebih akan menyambut menantu sulung, namun janjinya tidak boleh dimungkiri. Derita  yang ditanggung sejak 2004 lagi sudah ternoktah kini. Semuga ia menjadi kifarah segala dosa. Malah menjadi peringatan buat kita.

Pemandangan ketika pengkebumian

Syahdunya suasana dengan titisan demi titisan hujan yang turun membasahi bumi. Seolah-olah turab ini mengucapkan ahlan wa sahlan dengan kedinginannya. Sanak-saudara, adik beradik, sepupu sepapat, ipar duai, jiran tetangga dan sahabat handai meluangkan masa untuk mengucapkan selamat jalan.. [sila abaikan audio dalam video di atas].

كل نفس ذائقة الموت  ٍ
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Semua kita akan di semadikan jasadnya di bumi, sementara ruhnya akan di angkat oleh malaikat ke alam arwah menanti dibarzakh untuk menunju alam akhirat yang kekal abadi. 

 kenangan semasa akad nikah Syafini di KL
Tenangnya wajah seorang isteri melepaskan suami berangkat. Belai kasih mu, sabar letihmu pasti mendapat ganjaran besar dari sisi Illahi Rabbi. Allah memilihmu untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Semuga kecekalan dan ketabahan mengiringi kehidupanmu yang mesti diteruskan.

Kami tetap bersamamu.. disamping kasih dan inayah Illahi yang amat mengasihi hambaNya.
 Buat anakanda-anakanda semua selamat menyambung kehidupan dengan lebih semangat, semuga  berjaya di dalam segala bidang yang diceburi. Dikedewasaan kalian kini Allah menghendaki kalian lebih berdikari, jangan lupa iman dan taqwa adalah bekalan paling utama. Dedikasikanlah  doa anak soleh dari lubuk sanubarimu  tanpa rasa jemu disamping ibunda tercinta .

Inilah dairi kasih  dariku yang tidak berpeluang bersama di hari-hari terakhirmu...Ku doakan rohmu bahagia di sana. Amin ya rabbal alamin..

Isnin, 24 Januari 2011

MAWAR BERDURI DI JALAN ALLAH

.
Musafir kehidupan di atas muka bumi Allah ini terus berlalu dan berlangsung. Meninggalkan di belakangnya jejak-jejak yang jelas. Memori, kenangan, nostalgik, tidak kurang juga parut-parut kesedihan, dendam , kesal dan phobia. Namun apakah engkau rasa serik berada di dalam musafir ini? Mahukah engkau hentikan sahaja perjalanan ini. Tidak tergambarkah dalam mindamu akan destinasi indah yang menanti? 
Atau... apakah selamanya engkau akan berada di alam dunia ini? Menikmati  keseronokan, kekayaan, kemewahan dan segalanya. 
Oooh... persoalan demi persoalan. Persoalan yang berbaur emosi, bersulam kesayuan . Lambang kelemahan sebuah jiwa.. seolah - olah melihat  masa depan yang sangat kabur..
Aahhh!! Mengapa kau membiarkan perasaan menentukan masa depanmu. Sesungguhnya kita ada ALLAH Yang Maha Esa, Yang Maha Pentadbir. KepadaNyalah tempat selayaknya untuk kita mengadu, menghamburkan segala kelemahan. Allah amat suka mendengar rintihan dan keluhan hambaNya. Semakin kita merintih semakin Allah dekat dihati. Satu terapi kehidupan yang sangat mujarab.
Ketika sedang berdiri tegak, rukuk dan sujud di dalam solat mu, adakah engkau menyerahkan dirimu sepenuh hati kepadaNya. Apakah khusyukmu dicemari dan dicuri oleh syaitan dan nafsu yang sentiasa di sisi. Di sinilah letaknya nilai ubudiyyah seorang hamba..  Sebetulnya semakin kurang khusyuknya semakin kuranglah kualiti hubungan intim seseorang itu dengan Pencipta. 
Ya.. selama ini kita sering terleka. Tidak meletakkan Allah di hadapan. Sering sempit dada dengan segala bentuk ujian yang melanda,  merasa tertekan dengan posisi kesihatan, status ekonomi dan perhubungan awam. Sedangkan kesemua itu adalah umpama exersice atau vitamin untuk stamina dan kekuatan otot-otot rohani. Perlu di tempuh dengan penuh semangat, tabah, sabar dan redho. Empat sekawan yang tidak boleh dipisahkan dimana jua kita berada. 
" Ya Allah... bantulah aku untuk sentiasa mengingatimu dan bersyukur di atas segala nikmatmu. Bantulah aku dalam melakukan ibadah terbaik buatMu.. Aminnnn!!!  "
Sesungguhnya jalan menyeru kepada jalan Allah ini sangat menguji. Di atasnya ada lorong-lorong sempit yang amat mencabar. Di atasnya juga ada lurah dan bukit yang menguji kecekalan.Namun aku pasti pada setangkai mawar berduri ada embun sejuk yang menyamankan.
Benarlah seperti kata seorang penyair :
وترى الشوكة في الورود وتعمى أن ترى فوقها الندى إكليلا
“Engkau melihat duri-duri yang menghiasi batang-batang mawar. Namun engkau seolah buta untuk melihat di hujung dedaun itu ada embun yang menyejukkan”

Buat diriku, teman dan sahabat seperjalanan ...
langkah-langkah mu adalah barakah seandainya ia disalut dengan keikhlasan. Derapnya lebih rangup dengan pengorbanan . Thabat, tajarrud serta ukhuwwah adalah rencah yang amat mempengaruhi bau , rasa dan imej perjalanan ini . Yang akan menghasilkan produktiviti amal yang berkualiti tinggi. Setanding dengan jihad yang suci.

Selamat berjuang dijalan mulia ini.. sebagai tanda ketaatan kepada Yang Maha Tinggi. Demi mentahqiqkan bai'ah yang telah termeteri.