Ahad, 20 Oktober 2013

ROH YANG BANGKIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Roh dan jasad yang kita miliki harus dibangunkan . tidak wajar jasad dibiarkan merana derita kurus kering tanpa makanan minuman kerehatan rawatan dan seumpamanya. Lebih-lebih lagilah roh . Walau pun ia tidak boleh dilihat susuk atau jisimnya namun kita tetap merasakan kehadhirannya. Roh juga mengalami jatuh bangunnya, mengalami kesihatan yang memuaskan atau menderita sakit.

Apakah tanda atau indikator kepada roh yang bangkit atau roh yang sihat ? sebenarnya kita mampu untuk mengukurnya melalui tingkah laku seseorang, melalui tabiat dan perangainya.

1. Wajhun toliq : wajah yang ceria.
roh yang bangkit akan terserlah melalui air muka seseorang. kemanisan wajahnya, atau keceriaannya menggambarkan dalamannya juga demikian. Mereka tidak diulit perasaan sedih berdukacita. Kerana orang yang rohnya bangkit sentiasa redha di atas setiap ketentuan Allah. Tidah pernah mengeluh di atas kesusahan. Menghadapi segala ujian kehidupan dengan dada yang lapang.

Sebaliknya mereka yang Rohnya jatuh sering akan terpancar diwajahnya raut-raut duka. susah untuk tersenyum. Jauh sekali bermanis muka. wajahnya seakan-akan kelat . Rohnya mungkin tidak di didik agar menerima kehidupan ini dengan sabar dan redha. sering menyalahkan takdir dan orang lain. Serba tidak kena apabila bertemu dengan manusia.

2. Mudah untuk memuji .
Ramai orang yang sangat mudah mengeji dari memuji. Lidahnya seolah berat untuk melontarkan pujian kepada seseorang. Berbanding orang yang jiwa atau rohnya bangkit, tiada masaalah baginya untuk menghulurkan pujian. Suka menghargai budi bahasa orang lain. Rasa bahagia dengan kejayaan orang lain. Inilah karakter seorang yang rohnya bangkit. Tidak suka mengamalkan nilai-nilai negatif dalam pergaulannya.

3. Tidak berminat kepada konflik
Sentiasa menjauhkan diri dari sebarang konflik . tidak berminat berkonflik. sentiasa memaafkan orang lain dan suka meminta maaf. tidak berminat untuk membesar-besarkan isu yang kecil sehingga menjadi besar dan panas. Cukup berhati-hati dalam muamalah.

Tiga perkara di atas mungkin boleh ditambah lagi menjadi 4 ,5 ,6 dan seterusnya. Yang penting ialah istiqomah dalam perbuatan-perbuatan yang baik . Jika tiga perkara ini tidak kita miliki bagaimana pula kalau hendak ditambah lagi....

Jumaat, 18 Oktober 2013

Terlalu lama rasanya blog Al qowareer ini terabai .... tiada update , tiada sebarang kisah yang dipaparkan. Namun tidak pula pantas untuk dibiarkan blog ini terus terbiar.

Bagaimana pula dengan Roh kita jika terabai ? sudah pasti ia akan kurus kering dan tidak bermaya. Lantaran itu setiap yang kita miliki perlu dihargai. Terutama iman yang akan kita bawa mati. Iman merupakan benteng kukuh dalam diri seorang hamba Allah. Tanpa iman hidup ini tiada ertinya.

Ketika sang mentari memancarkan cahaya panas teriknya kita merasakan begitu hebatnya sang mentari. Bisa membakar dan menyinari semesta alam. Namun telahan itu nyata meleset ketika tibanya kepulan-kepulan awan yang berarakan sedikit demi sedikit, lalu menutupi sinaran mentari tadi. Lalu hati mengatakan, ohhh awan rupanya lebih hebat !

Awan berarak di udara, membentuk kepulan yang berbagai bentuk. Berarak dan terus berarak. Tiba-tiba ia terlangggar gunung yang tersergam di hadapan lalu pecah dan cair menjadi hujan. Ternyata kini bahawa awan juga adalah makhluq yang lemah, tidak mampu menepis gunung ketika berhadapan. Apakah gunung itu makhluq yang kuat dan hebat ? Megah memasak bumi .

Tiba-tiba terlihat dikaki gunung seorang tukang batu sedang menarah dan memecahkan batu-batan , sekali lagi nyata meleset mengatakan gunung yang tersergam itu kuat dan hebat. Rupa-rupanya manusialah makhluq ciptaan Allah yang paling kuat..!

Apakah benar manusia itu kuat? tidak bisa di tewaskan? Sesungguhnya ketahuilah bahawa manusia juga makhluk Allah yang punya kelemahan. Nafsu sentiasa datang menggoda. Seirngkali manusia lalai dan dan ditewaskan oleh nafsu. Ketahuilah.. bahawa hanya iman yang kuat boleh bertahan yang tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana makhluq. Hati yang sentiasa terpaut dengan tali Allah. tiada tempat sandarannya melainkan bersandar kepada Allah. Di situlah terletaknya iman .

Peliharalah iman, perkuat dan perkasakan ia. kerana ia adalah benteng hakiki kita.