Sabtu, 29 November 2014

MUSIM HUJAN, CUTI SEKOLAH DAN MAJLIS PERKAHWINAN.

Musim tengkujuh semakin menyerlahkan dirinya sejak beberapa hari ini. Setiap tahun bulan November dan Disember sememangnya sudah dimaklumi bahawa ia adalah musim tengkujuh. Setiap hari hujan turun membasahi bumi. Pokok-pokok dan tumbuhan kelihatan segar , sambil kita dapat menghirup udara yang nyaman. Hujan yang berterusan menyebabkan banjir dibeberapa negeri di Malaysia, di kampung-kampung, bandar-bandar serta taman perumahan di genangi air.

Walaupun musim hujan, namun acara dihujung tahun ini tetap meriah, kerana ia adalah  bersamaan dengan cuti panjang bagi persekolahan di seluruh negara. Ibu bapa mengambil kesempatan untuk turut bercuti. Menghabiskan masa dengan keluarga, pergi bercuti, makan angin, berkelah , melancong dan sebagainya.  Selain itu  jemputan ke majlis-majlis perkahwinan , majlis berkhatan dan berbagai majlis lagi sentiasa memenuhi kalendar hujung minggu.

Suasana di jalanraya dan lebuh raya mengalami "jam" ketika waktu-waktu puncak seperti waktu tengahari dan petang. Bagi yang ingin berjalan jauh selalunya memilih untuk memulakan perjalanan sama ada sebelum subuh, di awal pagi mau pun waktu malam bagi mengelakkan kesesakan di jalanraya.

Tidak kurang juga ada yang terpaksa patah balik, membatalkan perjalanan apabila terserempak dengan kesesakkan melampau di persimpangan-persimpangan tertentu mahu pun di plaza-plaza tol. Oleh itu seelok-eloknya rancanglah perjalanan dimusim-musim begini. Agar tidak menghancurkan harapan anak-anak yang sememangnya teruja untuk percutian,  tidak membazirkan masa begitu sahaja di jalanan atau terpaksa membatalkan program yang telah dirancang. Sifat beringat sebelum kena , sifat menyediakan payung sebelum hujan sangatlah relevan waktu ini.

Mengada majlis-majlis perkahwinan dimusim hujan ini juga satu cabaran. Tradisi Melayu yang menjamu tetamu di khemah-khemah yang didirikan khas juga sedikit sebanyak menjejaskan. Saya berharap bagi pihak keluarga yang terlibat bersabar dan bertenang walaupun tidak dapat meraikan tetamu seperti yang telah dirancang . Demikian juga para tetamu yang datang, ikhlaskan lah diri anda dalam memenuhi undangan yang disunnahkan itu. Doakan keberkatan buat pasangan pengantin dan keluarganya sambil menghulurkan buah-tangan serta sumbangan.

Alang-alang bercakap tentang majlis perkahwinan ini, suka saya untuk menyebutkan satu fenomena baru yang berlaku dimajlis-majlis perkahwinan masa kini. Yang mungkin satu anjakan baru dalam meraikan pengantin , yang mungkin tidak ramai yang kisah perihal ini. Yang lebih mirip untuk dikategorikan kepada adab-adab majlis. Adab apakah itu ?

Ya..  agama Islam sememangnya penuh dengan adab, yang sewajarnya kita merasa bangga untuk melaksanakannya, apatah lagi ketika majlis perkahwinan yang kita katakan mungkin sekali seumur hidup... Sambutlah tetamu yang datang dengan senyuman, wajah ceria sambil bersalaman. Kalau perlu perkenalkan pasangan kita kepada saudara mara dan sahabat handai terdekat. Mereka datang membawa doa dan berkat untuk kita, bukan semata ingin menikmati makan free sedangkan mereka mampu untuk menikmati makanan yang lebih enak lagi.  Lantaran itu apalah salahnya kita hargai kunjungan mereka, mereka juga sudah memberikan sebahagian masa mereka untuk kita di hari tersebut.

Yang agak canggungnya  budaya anak muda hari ini ialah budaya menempah jurukamera khas untuk merakamkan saat-saat bahagia yang bersejarah dihari menjadi raja sehari tersebut. Tiada salahnya perbuatan itu,,,,,,  tapi biarlah berpada-pada. Hati-hatilah jika sampai terpaksa meninggalkan majlis sendiri untuk "shooting" ditempat-tempat pilihan. Yang tinggal ialah ibu bapa , adik beradik atau saudara mara sahaja melayan tetamu. Bila ditanya ,, '' mana pengantinnya..? " jawapannya ialah,,, " oohhhh....  pengantin pergi outing ada sesi photoggrafi " , maka seakan terloponglah tetamu yang menerima jawapan tersebut.

Sayang sekali,,, apabila kita membuat majlis berhabisan wang ribuan ringgit,  tetamu datang membawa doa dan semangat,  namun pulang dengan satu perasaan hambar. Berbaloikan situasi demikian untuk kita budayakan ?? Justeru itu untuk adil bagi semua pihak situasi ini perlu kepada penelitian  yang saksama,, mencipta satu suasana yang lebih harmoni . Perlu dilihat semula tujuan majlis walimah itu sendiri di adakan, di hayati hikmahnya dari segi agama dan kemasyarakatan. Kerana walimah meraikan pasangan yang mendirikan rumahtangga itu adalah ibadah , bukan sekadar adat atau untuk bersukaria.

Raikan hari bahagia dengan mengharap redha serta berkat dari Allah, mendoakan untuk pengantin agar berkekalan di dalam mawaddah wa rahmah melayari bahteri kehidupan berumah tangga  .