Sabtu, 26 September 2009

Pecah berderai

Inna lillai wa inna ilaihi roji'un... Segalanya milik Allah, kita hanya peminjam. Bila tiba tempoh masanya ia akan di ambil oleh empunyanya yang hakiki.. Tidak perlu di kesalkan atau 'kalau, kalau' begini dan begitu.. kerana segala itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan. Redhalah dengan segala yang terjadi. Masih banyak lagi barang-barang pinjaman kita yang mesti kita jaga dan syukuri.

26 september 09, bersamaan 6 syawal 1430, sebutir batu singgah di permukaan mungil cermin belakang Viva ku. Namun mesin rumput yang menyebabkab batu itu terpelanting masih meneruskan tugasnya memesin rumput. Sehinggalah hati sang pemesin rumput yang sedang rajin pagi itu seakan terasa lain. " Abu Naufal" tersentak melihat cermin kereta yang hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri seolah bergerak dan berombak,, lalu di tekuni bola matanya sekali lagi.. Aduh..!! pecah berderai cermin kereta..

Qonun sebab musabab telah berlaku.. biasanya sebelum memesin rumput kereta akan di alihkan keluar pagar, dan rumput biasanya di trim bahagian atas saja tapi pagi tu ditarah sampai ke akarnya. Musim eid begini sakunya yang sudah robek menjadi semakin robek. ..!!

Baru teringat kereta yang baru diperbaharui perlindungan takaful pada april lalu tidak di ambil untuk cermin sekali. so.... bayarlah sendiri... malang memang tak pernah berbau. Jangan lokek dan kedekut untuk takafulkan cermin tu... walau pun tak diwajibkan oleh JPJ. Konsep takaful perlu kita fahami, iaitu jika berlaku sesuatu musibah bayaran akan kita terima dari tabung takaful.. sebaliknya jika tiada apa-apa terjadi maka dapatlah pahala sedekah... tak ke berbaloi?

BILA IMAN BERBUNGA

اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه
هذه مصر ... صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية
الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر
مليون مصلي
(الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية)

terjemahan:
gambar yang mengejutkan dunia
tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan U.S Marine

Tidak boleh di sangkal lagi, tidak boleh disanggah lagi segala peri laku apabila iman mula berbunga, menguntum dan berkembang mekar.. Apabila di tatap gambar-gambar di atas terasa gerun, hebat dan izzahnya iman. Siapakah yang mendorong untuk mereka datang beramai -ramai menunaikan solat? Bukankah namanya iman??

Beruntunglah mereka yang berungguh-sungguh beribadat di bulan Ramadhan, yang merupakan satu anugerah buat ummat Muhammad SAW. Ramadhan yang di umpamakan sebagai satu 'madrasah' mampu melahirkan jutaan abid jika mereka benar-benar mengerti .

Ahad, 13 September 2009

KHATAM AL QURAN SAMBIL JANA KASIH SAYANG

Ramadhan ... pesta ibadah ummat Islam pada saban tahun. Malam dan siangnya adalah detik-detik berharga. Semuga kita tergolong di dalam golongan yang sedar .. kerana di sana masih ramai yang berpesta cara lain,,, pesta makanan dan ber jual beli,, bazar-bazar yang tidak wujud dalam bulan lain terkelihatan dalam bulan Ramadhan ini,, penjual dan pembeli saling ingin memenuhi hasrat duniawi mereka..

Alhamdulillah seawal minggu ke dua wanita di surau Ibn Khaldun telah selesai mengkhatamkan Al Quran melalui kumpulan tadarus masing-masing.

Kak Jan, yang selalu urus program surau ni cadang buat 4 kumpulan, so kumpulan pun di bentuk melalui cabutan undi. Masing-masing bersama ahli kumpulan mengkhatamkan dari Al Fatihah sehinggalah ke An Nas. Semuga ia akan menambahkan lagi pahala ibadah kami semua.

Gambar di abadikan di sesi akhir majlis, maklumlah masing-masing ada janji dengan Allah, cuma dulu kemudian je..

Manis-manis belaka... Kat depan tu ialah hadiah-hadiah kenangan... Dalam bakul tu..?? Kuih-kuih raya.. Sama-samalah rasa..

Pada 11 sept. hari jumaat yang lalu satu majlis khatam al Quran telah di adakan sesama kami.. di dahului dengan solat Dhuha, tazkirah dan khatam dari surah Ad Dhuha dan di akhiri dengan doa khatam Al Quran.
Aku sebagai hamba Allah yang 'free lance' ni meluangkan sedikit waktu untuk bersama-sama teman-teman di surau Lavender Heights ni. Biasalah tempat -tempat begini hanya menjadi pilihan suri ruman dan orang-orang pencen.. Tak pe... semuga sisa-sisa usia yang ada dapat dimenfaatkan sepenuhnya. Alhamdulillah di sana ada masyarakat yang hatinya masih terpaut dengan agama, bersedia untuk di didik.

Kak syam, kak Mazidah, Kak Syam, M.cik Sharomdan kak Nor adalah ahli kumpulanku. Sekali gus aktiviti -aktiviti surau ni akan dapat membina hubungan antara kami, menjadi contoh kepada tetangga yang lain yang mungkin tidak berkesempatan atau tidak berpeluang.

Rakan-rakan yang lain.. Odah, kak cik, kak Normah, Dijah, m.cik Hafsah , Datin Murni dan Datin Nor , kak leha, Fazli , k.Mariah,Major Jamaliah, fizah, Bedah dan cikgu Saodah adalah antara penyeri surau ini. Manis sebenarnya ukhuwah ini jika di bina dengan keihklasan... terharu sikit..

Ape nih..??

Ini ialah beg-beg hadiah buat semua peserta tadarus..!! Sumbangan dari surau juga. Dalamnya ada kain batik , pulut kuning, kuih raya dan roti jhon M.cik Hafsah.. Terima Kasih bebanyak...!

Taqabbalahhu minna wa min kum... Jumpa lagi semua selepas raya ni dalam aktiviti -aktiviti kita. Inni uhibbukum fillah..!!

CANDLE LIGHTS

Hari ini " 1 week 4 days" our annivesary... [ 21 tahun..] Allahumma barik fi usratina.. Amin. Semuga kehidupan berkeluarga ini akan sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada dakwah dan kecemerlangan Islam.

adalah merupakan satu dari tanda-tanda kebesaran Allah SWT menjadikan kita manusia berpasangan, firman Nya :

" Dan dari tanda-tanda kebesaranNya bahawa Dia telah menciptakan kamu dari diri kamu pasangan bagi kamu hidup tenang bersamanya, dan menjadikan diantara kamu saling berkasih sayang, demikian itu adalah adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.."

Sesungguhnya perkahwinan adalah satu nikmat, dan sesungguhnya perkahwinan adalah satu amanah. Semakin meningkat usia perkahwinan ini semuga semakin matang dan ceria.

" ustazah... candle lights kat mane..." satu soalan yang diajukan oleh seorang Datin kepada ku.. Sebenarnya tak pernah ku terima soalan seperti ini dari sesiapa pun sebelum ni.. Dengan sedikit terkejut dan gamam ku jawab sepontan,, " biasa je..." sebenarnya dalam hati... ooohhh!!

Sebab selama perkahwinan kami tidak pernah mengenal tradisi itu... Bagi kami orang Islam hanya menyambutnya dengan rasa syukur dan doa. Tak salah menyambutnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. " candle" bagi ku ia adalah syubhah [ samar-samar] yang elok di jauhkan.
Kerana Rasulullah pernah bersabda :
" yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata, manakala antara keduanya adalah musytahihah [ samar samar]."

Tambahan pula cande/ lilin adalah kebesaran dan tradisi kristien,,, so.. nak ikut ke??

Sesungguhnya kemegahan kita hanyalah pada Islam...

" HAPPY ANNIVESARY TO US "

Memburu Lailatul Qadr

Jom... berqiamullail, solat dan munajat di sepanjang malam-malam 10 terakhir ini. Inilah keutamaan kita dewasa ini. Kembara Ramdhan yang semakin sampai ke penghujungnya,, apakah sudah banyak bekalan-bekalan yang kita kumpulakan sepanjang Ramadhan ini?

Semuga lambaian aidilfitri yang mempesonakan tidak menggugat kesetiaan kita kepada Ramadhan yang hanya datang setahun sekali ini. Raihlah sebanyak mungkin pahala dibulan istimewa ini..!

Terasa sungguh pantas Ramadhan ini berlalu.. kesibukan duniawi yang rutin dan tidak berkesudahan sering membuatkan kita tenggelam. Ya Allah .. ampunilah kami.. berikanlah kami kekuatan untuk terus gagah di Ramadhan mu ini..

Rabu, 9 September 2009

GAMES SINDROM

Zaman berubah, tradisi pun berubah... Sekali air bah sekali pantai berubah..!! Lain ulu lain parang lain dulu lain sekarang, lain padang lain belalang... ini lah realiti yang terjadi dewasa ini. Tamadun dan kebudayaan manusia sering di pengaruhi oleh suasana persekitaran dan pencapaian semasa. Teknologi IT yang kian meledak membawa bersamanya pengaruh-pengaruh yang mewarnai kehidupan. Tempiasnya merenjis ke setiap sudut.

Permainan tradisonal kini hanya tinggal kenangan . Peralatannya beransur menjadi antik. Gasing, layang -layang , konda kondi, teng-teng, guli, galah panjang dan congkak semakin dilupakan. Tak best...!! itu jawapan anak-anak apabila di cadangkan untuk bermain sebagai mana ibu dan ayah main masa kanak-kanak dulu. Atau mereka akan tertanya-tanya,, macammana, macammana mainnye??

Ironinya kanak-kanak zaman melinum ini lebih terpaut hatinya dengan permainan elektronik, seperti play station, game komputer dan seumpamanya. Hatta anak-anak remaja yang bosan berada di rumah akan memilih cyber cafe untuk mengisi masa lapang dan bereakrasi. Di masa-masa tertentu perniagaan cyber cafe sememangnya laris oleh golongan baru nak mengenal hidup ini. Mereka jika tidak di bimbing akan terus terleka, berfoya-foya dengan alam game yang bervariasi . Ibu bapa semestinya peka dengan dunia anak-anak dan remaja mereka.

Dalam catatan ini, 10 sebab saya nak main game ini di buat oleh seorang kanak-kanak darjah satu,,, sedang kemaruk dengan game. berusaha meletakkan 10 sebab itu apabila di minta, dengan harapan ia akan menjadi releven pada fikiran orang dewasa..!

So... bagaimana nak menangani sindrom yang melanda ini?? Bagi ibu yang anak-anaknya masih kecil atau sudah dewasa mungkin tidak merasakan seriusnya perkara ini. Bagi ibu bapa yang sedang menghadapinya mestilah bijak dan tegas. Bertarik tali dengan anak-anak pastikan tidak ada yang cedera , pastikan ia berlaku dalam suasana harmoni dan penuh pengajaran. Ibu bapa mesti matang menangani ragam anak-anak zaman serba mencabar ini. [jangan pula ada ibu bapa yang sama kemaruk dengan anak-anak...!!]. Maklumlah game-game yang ada di pasaran amat menarik hati dengan berbagai efeck teknologi komputer.

Apabila di suruh solat, di suruh baca Al Quran atau buat home work dan ulangkaji pelajaran anak-anak akan segera membuatnya dengan harapan bila mereka minta untuk bermain game yang mereka sentiasa tungggu tunggu itu akan di penuhi. Anak-anak sekarang memang pandai politik..!! Ibu bapa jangan tak perasan..! Orang tua yang lebih dulu makan garam ni mestilah peka dan tahu taktik-taktik terkini para anak-anak dan remaja.

Bukan kita terus sekat, tapi membenarkan dengan syarat-syarat dan disiplin. Aqidah dan pengajaran agama Islam adalah asas utama dalam pembentukan akhlak anak-anak. Anak-anak yang jiwanya kosong dari agama akan susah di kawal , melawan dan melenting. Tanamkan dalam diri anak-anak nilai masa, nilai akhlaq dan harga diri. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Siapakah yang bertanggung jawab terhadap pendidikan anak-anak kalau bukan ibu bapa mereka. Usah biarkan , filem, game dan artis menjadi guru dan fokus mereka.

Anak-anak adalah amanah, generasi pewaris yang akan memjadi pemimpin di masa hadapan.

AL BAQA' LILLAH..

Setiap pertemuan ada perpisahan, yang hidup pasti akan mati. Kehidupan kita di dunia ini hanya sekadar musafir lalu, singgah sebentar mencari bekalan. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun... Al Fatihah....buat saudaraku se Islam , Allahyarhamah Dr Norfiza bt Isa. Telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Ramadhan yang mulia tanggal 8 Ramadhan 1430 hijrah bersamaan 30 ogos 2009, hari ahad. Perginya tak kembali lagi... Semuga mendapat kerehatan di syurga Allah setelah bertarung dengan virus H1N1 dan koma di hospital KPJ Seremban selama 21 hari. Allah lebih menyayanginya.

Meninggalkan ibu dan ayah serta suami tercinta. Satu ketentuan Illahi yang tidak mampu disanggah lagi. Usia muda 43 tahun bukan alasan, namun panggilan Illahi seruan ijbari, yang tidak akan tercepat maupun tertangguh walau sesaat. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Allahummaghfir laha wa afiha wa'fu'anha.. Amin.

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.50 pagi di KPJ. Beliau adalah seorang doktor dihospital yang sama di bahagian emergency dan pesakit luar. Rakah sejawatnya Dr Zainah, juga di jangkiti wabak yang sama , namun telah sembuh. Di zaman gadisnya arwah seorang yang aktif dan memberi sumbangan kepada perkembangan dakwah semasa, seorang yang komited.

Ramai rakan dan taulan, jiran tetangga dan saudara mara datang bekunjung ,, untuk kali terakhir.. sedih dan sayu merupakan lumrah satu majlis kematian. Namun ku lihat ibunya seorang yanga amat tabah dan pasrah. Suami arwah kelihatan amat sedih dengan pemergian isteri tersayang , walaupun pasangan bahagia ini tidak dikurniakan zuriat,, Allah maha mengetahui segala hikmah tersirat.

Jenazahnya ku mandikan bersama rakan yang lain, Dr.Norizam, Dr.Rohaya dan ustazahMurni serta ibunya dan ibu saudaranya... hati-hati.. bersarung tangan , memakai mask dan apron. Ku jirus air mutlak di tubuhnya yang pasrah. Semuga beliau sejuk sehinggalah di alam barzakh berbekalkan iman dan taqwa kepada Allah.Di semadikan di perkuburan Islam Paroi, bersebelahan stesyen minyak Mobil. Sesungguhnya kematian adalah sebuah peringatan..!

Di kala ini ku teringat seorang sahabat seangkatan ketika di bumi Mesir, arwah Kak su [Normizan Khamis] mendahului kami dan di semadikan di dibumi anbiyak. Tinggal serumah di syaah 104, imarah 79, masakin Osman, Madinat Nasr, Cairo. Mengidap SLE yang serius, sehingga mengalami kegagalan buah pinggang, Meninggal dunia ketika kami pelajar tahun satu menduduki hari pertama peperiksaan. Demikianlah Allah memilih sesiapa sahaja di kalangan kita.
Yang pergi sudah tentu pergi, bagi kita yang tinggal gunakanlah segala peluang yang ada untuk bekalan akhirat. Al Baqa' lillah taala.