Rabu, 28 Oktober 2009

JEMPUT KE SEMAI MESRA..!!

Bagan Pinang.. DUN 31

Pemandangan- pemandangan waktu malam pilihanraya. Persiapan dan usaha terakhir dari kedua-dua belah pihak. Lawan tetap lawan.

Suasananya memang meriah mengalahkan pilihanraya umum. Manakan tidaknya pilihanraya kecil.. di hadiri oleh penyokong-penyokong dari seluruh pelusuk negara... tertumpu di situ sahaja.

Demografi di bagan Pinang yg berbilang kaum bolehlah dianggap spt model kecil utk negara Malaysia (cuma peratusan penduduk India dan cina terbalik-yg mana India lebih ramai).

Perang poster...

Tanpa poster tak rasa berlawan pulak...

Poster antara senjata untuk memancing undi.. Ada yang di tampal, di sangkut , di gantung dan di kibarkan...
Harapan BN mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor, 54, semalam akibat jangkitan dalam darah. Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil pa 11 okt lalu. Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Adat bertanding.. ada menang ada kalah >>> Namun semua yang bertanding mengharapkan kemenangan.

BAHASA NOGOGHI...

" Antara tanda kebesaran Allah bahawa Dia telah menciptakankan langit dan bumi dan menjadikan kamu berbeza dari segi bahasa dan warna kulit, sesesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi seluruh alam " .. Surah Rom.

Lidah merupakan satu anugerah yang di berikan oleh Allah kepada manusia . tiada manusia yang hidup di dunia ini yang tidak berlidah. Hatta yang bisu pun punya lidah walau tidak boleh bertutur. Kerana selain untuk bercakap lidah di gunakan untuk merasa makanan.

Dari lidah yang unik itulah terbitnya dailek dan loghat bahasa yang pelbagai, bahasa dituturkan mengikut daerah , negeri, negara dan rantau di mana seseorang itu berada... atau puak, bangsa, kaum dan keturunan seseorang itu. Dalam pendidikan kanak-kanak mengatakan bahawa di dalam otak seorang bayi itu ada satu channel untuk bahasa. Kanak-kanak akan boleh bertutur dalam beberapa bahasa jika di cipta channel tersebut sejak ia kecil oleh ibu bapanya melalui pembelajaran dan pembiasaan . Inilah keajaiban otak..!!

Bahasa negoghi... kini nampaknya sudah semakin haus dan hakis. Anak-anak sudah mula tidak menuturkannya seasli yang di tuturkan oleh nenek moyang mereka dulu. Bahasa sudah bercampur aduk dengan lohgat lain atau sudah tidak di gunakan sama sekali.

Bagi anak-anak kelahiran tahun 60an atau awal 70an di n. Sembilan terutama yang tinggal di kampung-kampung selalunya terror dalam cakap bahasa nogoghi ni. Dailek nogoghi ni mempunyai kaedahnya yang tersendiri ... seperti huruf t dihujung perkataan akan jadi k .. lambek.. copek... dokek..
Manakala huruf L dihujung selalunya di abaikan.. seperti gatal = gata, katil= kate, kenal = kona..

Abjad A biasanya di tukar jadi o.. besar= bosa..
hurus s di hujung pula jadi h ... maleh= malas, paneh=panas , kapeh = kapas.

Namun ada perkataan yang tiada dalam bahasa persuratan,, tetapi sama erti dengannya..
contoh : Ngaho = mengapa ?
poie = pergi
godang = sangat besar

Mughan ... adalah dari perkataan jemuran.

Dan mungkin juga yang di bawah ni langsung tak ada asal usul dari bahasa persuratan .. :

kopoh .... menunjukkan bedak di muka yang over putih.!!
melangok... pergi berpeleseran..
Bentong.. [ e baris bawah ], maknanya kecil , tak besar-besar.. [ utk manusia]

..... Sebenarnya orang melayu memang kaya dengan bahasa...!! Dengan kaedah ringkas di atas sesiapa pun bolehh cuba-cuba bercakap dalam loghat N.Sembilan. walau tak lengkap,, tapi dah memadai.

Semuga bahasa ini tidak akan hilang di telan zaman...

Jumaat, 9 Oktober 2009

ROH IBADAH ...

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : " Wahai Rasulullah sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu amat banyak, dan tidak semuanya bisa aku laksanakan. Maka, beritahulah aku sesuai yang Engkau ingin aku lakukan dan bisa ku tekuni, dan janganlah Engkau memberi yang banyak kepadaku yang membuatkan aku melupakannya".

Dalam riwayat lain " Sesungguhnya syaria-syariat Islam telah cukup banyak bagiku, sedangkan aku sudah tua, maka beritahulah aku sesuatu yang bisa aku tekuni."

Maka Rasulullah menjawab:
لا يزال لسانك رطبا بذكرالله
" hendaklah lidahmu selalu basah oleh zikrullah."
- HR. At Tamizi. Ibn Majah dan Ahmad.

Di Riwayatkan dari Muazbin Jabal, bahawa dia berkata : " Saya bertanya kepada Rasulullah apakah yang paling dicintai oleh Allah swt? Rasulullah saw menjawab : " engkau mati dalam keadaan lidahmu basah oleh zikrullah." [ HR. At tabrani dalam mu'jam Al Kabir dan Ibnu Hibban.]

Lantaran itu jadikanlah seluruh kehidupan kita ibadah dan sentiasa dalam keadaan mengingati Allah . Sentiasa merasakan kasih sayang Allah. di samping amat berhati-hati terhadap muraqobah Allah.

Ibadah itu unik... ia memerlukan kepada hati dan anggota jasmani. Solat contohnya , solat yang sempurna rukunnya, tertib rukuk dan sujudnya namun masih tidak mampu untuk di katakan sempurna apabila tidak di sertai 'kehadiran hati'. Dalam kamus Islam kehadiran hati di kenali sebagai " khusyuk". Lalu apalah maknaya sujud dan rukuk tanpa kehadhiran hati??

Di sinilah letaknya keunikan tadi.. Ada parameter multi dimensi dalam perlaksanaan ibadah. Yakni nilai sejati suatu ibadah tidak dinilai hanya dengan pergerakan fizikal sahaja. Kekhusyukan hati wujud dari keberesan hubungan denganRabbnya.. yang merupakan ruh ibadah itu sendiri.
kekusyukan dalam solat, keikhlasan dam berinfak dan dalam ibadah-ibadah lain, adalah petunjuk kepada kehadiran hati tersebut.

Yang membimbangkan kita ialah pada titik ruh ibadah, inilah kita sering kecundang. Kita sering tertipu dengan aktiviti fizikal semata, malah sering terjebak pada rutinasi ibadah tanpa ruh! Sedangkan .. apalah erti solat tanpa kusyuk? apalah erti sedekah tanpa keikhlasan .

Ya, ibadah, sesungguhnya adalah indah dan nikmat. Dapatkah kita bayangkan, bahawa dalam solat, saat membaca Al FAtihah, sebenarnya terjadi dailog antara seorang hamba - yang serba lemah - dengan Allah, pencipta yang Maha Kuasa? atau, dalam keheningan sepertiga malam, seorang yang tenggelam khusyuk bertahajjud.