Sabtu, 2 Oktober 2010

KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL 2010

Tangan yang menghayun buaian itulah yang akan menggoncang dunia..! Wanita bukan sahaja isteri atau ibu yang melahirkan malahan mereka juga adalah pencorak kepada warna dunia. Andai rosak akhlak wanita di sesuatu negeri maka akan hancur dan runtuhlah negeri tersebut. Sesungguhnya peradaban tamadun kemanusiaan telah membuktikannya.

Konvensyen wanita Islam Nasional 2010 yang berlangsung di Dewan Wawasan , Politeknik Port Dickson adalah sekelumit dari usaha untuk memberi kesedaran kepada para wanita.

"Wanita Mendepani cabaran Sosial Pasca Moden" merupakan tema yang bertepatan dengan iklim semasa. Isu ini perlu diketengahkan agar kelangsungan masyarakat kita tidak terus dihanyutkan oleh gelombang di era pasca moden, tetapi bangkit dengan penuh cekal, bergerak dengan segala bekal.
Konvensyen di resmikan dengan paluan gong oleh Datuk Hajjah Zainab , exco pembangunan wanita dan kesejahteraan keluarga NS. Tanggal 24 Julai 2010 , konwanis kali keempat telah berlangsung. Konvensyen yang di anjurkan oleh Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS.

Menonton video tema dengan penuh khusyuk dan keinsafan... barisan VIP, Ketua Wanita Isma, YB Zainab ,Tim. ketua wanita 1, Puan Maliah ( JHEAINS), tim. ketua wanita 2.

Dewan wawasan yang merakamkan segala ucpan aluan, perasmian, ceramah, pembentangan kertas kerja dan malam kesenian Islam. Perserta yang hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Hadirin terdiri dari ahli wanita Isma, guru kafa daerah P.Sickson, Seremban dan Rembau, pelajar IPT dan kolej, pelajar luar negara yang pulang bercuti serta wakil dari NGO-NGO.
Ucapan aluan Pengarah program setelah di dahului dengan ucapan aluan pengerusi acara, nyanyian lagu negaraku dan lagu Isma serta bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Dewan sesekali digemakan dengan bunyi gamelan ketika ketibaan jemputan utama dan ketika berakhirnya majlis perasmian.

Semuga konvensyen ini sedikit sebanyak akan membuka minda wanita Islam. Merasakan peri pentingnya menggilap jati diri dan memperjuangkan keutuhan bangsa dan agama. Melayu Islam tidak harus ketinggalan di dalam apa jua bidang dan aktiviti sosial, namun tidak lari dari kerangka agama, budaya dan akhlak mulia.

" MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT "