Konvensyen wanita Islam Nasional 2010 yang berlangsung di Dewan Wawasan , Politeknik Port Dickson adalah sekelumit dari usaha untuk memberi kesedaran kepada para wanita.
"Wanita Mendepani cabaran Sosial Pasca Moden" merupakan tema yang bertepatan dengan iklim semasa. Isu ini perlu diketengahkan agar kelangsungan masyarakat kita tidak terus dihanyutkan oleh gelombang di era pasca moden, tetapi bangkit dengan penuh cekal, bergerak dengan segala bekal.
Konvensyen di resmikan dengan paluan gong oleh Datuk Hajjah Zainab , exco pembangunan wanita dan kesejahteraan keluarga NS. Tanggal 24 Julai 2010 , konwanis kali keempat telah berlangsung. Konvensyen yang di anjurkan oleh Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS.
Ucapan aluan Pengarah program setelah di dahului dengan ucapan aluan pengerusi acara, nyanyian lagu negaraku dan lagu Isma serta bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Dewan sesekali digemakan dengan bunyi gamelan ketika ketibaan jemputan utama dan ketika berakhirnya majlis perasmian. " MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT "