Sabtu, 27 November 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Sejenak merenung Firman Allah SWT  yang maksudnya :

" Dan dari penciptaan langit dan bumi serta berbagai bahasa kamu dan warna kulit  kamu , sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu tanda kebesaran Allah swt untuk seluruh alam . "

Jelas terlihat dalam ayat tersebut bahawa Allah menyatakan bahawa tanda kebesaranNya ialah penciptaan langit, penciptaan bumi , bahasa manusia yang berbagai-bagai di muka bumi ini , juga warna kulit mereka, yang diungkapkan dalam satu ayat. Apabila kita mengkagumi penciptaan langit dan bumi kita juga sepatutnya merasa kagum dengan ilham Allah kepada manusia yang menuturkan berbagai-bagai bahasa, disamping warna kulit mereka kepada beberapa warna.

Ayat di atas juga seolah-olah ingin mengatakan bahawa bahasa itu ada kaitan dengan bangsa [ yang diungkapkan dengan warna kulit di dalam ayat tersebut]. Secara umumnya setiap bangsa memiliki bahasa mereka sendiri. Tetapi manusia tidak mampu untuk menuturkan dan memahami bahasa-bahasa tersebut kecuali sedikit sahaja. Biasanya mereka hanya mampu menguasai bahasa ibunda, bahasa kedua dan ketiga sahaja, jarang-jarang sekali yang boleh bercakap atau memahami sehingga sepuluh bahasa.

Lantaran itu bahasa adalah kebanggaan sesuatu bangsa. Bahasa adalah jiwa bangsa. Apabila mati atau pupus sesuatu bahasa itu maka akan mengakibatkan layu atau matinya sesuatu bangsa. Pendek kata bahasa adalah salah satu dari identiti sesuatu bangsa.

Apakah itu "identiti "? Identiti  berasal dari bahasa Inggeris yang maksud Melayunya ialah "jati diri ". Oleh itu semakin popular sesuatu bahasa itu di mata dunia semakin masyhurlah pula bangsa yang menggunakannya. Seperti halnya bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan bahasa Perancis dipelajari serta digunakan dengan banyakkanya kerana bangsa-bangsa tersebut merupakan bangsa yang dominan di dunia.

Bagaimana pula halnya dengan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita Malaysia? Berbanding Singapura bahasa kebangsaannya bahasa Melayu , tetapi bahasa rasmi mereka adalah bahasa Inggeris.

 Apakah kita telah meletakkannya ditempatnya yang sebenar. Sejauhmanakah kebanggaan kita dengan bahasa Melayu. Sejauh manakah keselesaan kita apabila menuturkannya di khalayak secara rasmi atau tidak rasmi?  Kalau jawapannya masih belum seratus peratus maka usaha kita untuk memartabatkan bangsa melalui bahasa adalah amat jauh lagi.

Kebanyakkan kita semakin selesa berbahasa Inggeris. Malahan semakin tinggi pendidikan kita semakin  tidak menggunakan bahasa ibunda kita sendiri. Lidah seolah jadi berbelit untuk mencari perkataan Melayu. Ini satu fenomena yang tidak boleh dipandang ringan. Kalau tidak kita yang memartabatkan bahasa dan bangsa kita sendiri siapa yang akan memertabatkannya..?

Ketika mendengar satu rancangan di radio IKIM saya amat kagum dengan Prof.Emeritus Nik Safiah Karim yang dengan tegasnya mempertahankan keluhuran Bahasa Melayu di tanahair. Kerana baginya bahasa itu melambangkan jati diri sesebuah bangsa. Beliau seorang yang memang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bersama anak, menantu dan cucu malahan dengan jiran yang berbangsa Inggeris . Walaupun anaknya seorang guru bahasa Inggeris tetapi Nik Safiah Karim menetapkan agar anak-anaknya menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dalam keluarga. Anak jirannya apabila berjumpa dengan beliau akan mengucapkan " apa khabar nenek..!"

Kita yang berbangsa Melayu  yang sepatutnya menjadi contoh kepada bangsa asing yang mendiami negara ini , mengajak mereka sama-sama menggunakan bahasa kebangsaan kita. Bukan kita pula yang memandang asing terhadap bahasa Melayu dibumi kita sendiri.

Salah seorang pendengar membuat panggilan ke radio IKIM menceriakan bahawa ketika beliau dan suami pergi ke Mekah menunaikan haji beliau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya walau pun dengan pak-pak Arab. Malahannya suaminya sentiasa berbaju Melayu lengkap bersamping setiap waktu ketika tidak dalam ihram. Pelik tapi benar.... semata-mata untuk memperlihatkan budaya dan produk bangsa sendiri kepada orang lain .

Longgarnya kita dalam menggunakan bahasa Melayu jelas terlihat sehinggalah dalam majlis-majlis resmi,  dalam forum-forum dan pembentangan kertas kerja dalam seminar. Bahasa Inggeris seolah menjadi satu kebanggaan. Kalau tidak diselitkan dengan bahasa Inggeris seolah-olah tidak ada nilai akademik. Bukan tak boleh berbahasa Inggeris, tapi biarlah berpada dan bertempat. Kalau dalam mensyuarat atau pembentangan di peringkat antara bangsa tidak mengapalah kita menggunakan bahasa yang dominan di gunakan diperingkat antara bangsa, seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Budaya bahasa rojak seharusnya dihentikan.,,, bila bercakap bahasa Melayu bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya dengan ungkapan yang penuh sopan, halus dan indah. Jika bercakap bahasa Inggeris cakapkan bahasa Inggeris sepenuhnya.

.... kalau buka sms, terutama sms yang dihantar oleh anak-anak remaja, terlalu singkat sehingga menghilangkan nilai dan keindahan bahasa itu sendiri. Malah amat membimbangkan tabiat tersebut terbawa-bawa dalam surat-menyurat atau perhubungan resmi.

Akhir kata :

yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa