Ahad, 19 Februari 2012

AMANAH KESIHATAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Setiap hari malahan setiap ketika kita mesti bersyukur kepada Allah atas setiap nikmat yang Allah anugerahkan buat kita. Yang pertama sekali tentulah bersyukur atas nikmat iman dan nikmat Islam . Kedua, ketiga , keempat dan keseterusnya terlalu banyak nikmat Allah yang kita nikmati, yang harus kita syukuri. Allah sendiri menyebutkan dalam firmannya yang bermaksud : Sekiranya kamu mengitung nikmat Allah ke atas kamu nescaya kamu tidak akan terhitung .[ an.nahl ].

Kesihatan tubuh badan adalah satu nikmat yang paling hampir dengan kita. Lantaran itu kesihatan adalah nikmat dan kesihatan juga adalah amanah yang perlu dijaga.

Tarik nafas...! Tahan nafas...! tarik.... inilah satu aktiviti yang selalu kita lakukan ketika bersenam. Ya, senaman adalah salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan.

Senaman amat penting dalam dunia kesihatan. Begitu juga bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, mesti mengawal cara pemakanan dan bersenam. Menurut seorang pakar pemakanan hospital Pantai Ampang, Dr.Syamimi Ahmad : Program mengurangkan berat badan tanpa senaman amat tidak logik.

Membelek-belek akbar Berita Minggu ada beberapa maklumat kesihatan untuk saya sharekan di sini sebagai satu info yang berguna.

  • Senaman amat perlu untuk mengeluarkan tenaga daripada makanan , jika tidak ia akan ditukar menjadi lemak. 
  • Senaman perlu dilengkapi dengan penjagaan makanan bagi memberi berat badan yang ideal.
  • Senaman yang dilakukan seperti berjogging atau berjalan kaki akan menyebabkan kadar degupan jantung yang tinggi selain pengeluaran peluh meningkat. 
  • Berkebun selama setengah jam boleh membakar 100 kalori. 
  • Semua aktiviti senaman dan makanan bergantung kepada usia dan berat badan seseorang.
Petua di atas kelihatan simple dan mudah, namun memerlukan disiplin yang tinggi untuk menjadikannya satu budaya dan amalan. Bersenam memang seronok, tapi nak mantain seminggu tiga kali dengan kesibukan-kesibukan yang pelbagai bukan semua orang mampu bertahan.. 

Itulah cabarannya.. pendek kata sesuatu yang baik itu tidak akan dapat diperolehi dengan mudah, tetapi perlu kepada usaha, perlu kepada istiqomah. Hangat-hangat tahi ayam satu sikap yang mesti dihindari.

Kita sentuh pula pasal makan. Kita memang tak boleh lawan fitrah yang Allah dah sediakan ni... makan adalah satu tabiat dan keperluan manusia untuk hidup. Ada orang malas makan dan ada orang yang terlalu suka makan. Tapi yang Islam kehendaki ialah makan dengan besederhana, untuk memenuhi keperluan tubuh. Makan berlebihan membawa mudharat. 

Beberapa disiplin makan yang perlu kita jaga ialah, 
  •  Makan ikut waktu
  • Memilih makanan yang betul 
  • Pastikan kalori yang perlu diambil setiap hari.

Berkait dengan pemakanan juga, sarapan pagi adalah satu sesi yang tidak boleh kita abaikan. Ramai di kalangan rakyat Malausia yang tidak suka bersarapan. Dengan alasan tiada selera atau situasi mereka yang sentiasa mengejar masa tidak mengizinkan mereka untuk duduk seketika dimeja makan. Sedangkan pada permulaan hari tubuh amat memerlukan tenaga untuk segala aktiviti yang berpanjangan selama satu hari. Sarapan pagi yang sesuai amat penting untuk kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.

Seperti yang dikatakan di awal tadi kita tidak boleh melawan fitrah kejadian kita. Ramai yang akhirnya mengidap penyakit yang berkaitan pencernaan makanan seperti gasrik, radang usus dan sebagainya, akibat tidak mengambil makanan pada masanya,

Oleh itu perlu diingatkan disini pastikan waktu makan setiap hari adalah sama. 
  • Bermula dengan sarapan pukul 7 hingga 9 pagi 
  • Makan tengahari pukul 12.30 hingga 2.30 petang 
  • Makan malam seelok-eloknya empat jam sebelum tidur atau sebelum pukul 8 malam

Pernahkah anda mendengar orang diet untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat? Pernah kan... Malahan ada pihak-pihak yang menyediakan hadiah untuk sesiapa yang mampu mengurangkan berat badan dengan kadar yang paling tinggi. Adakah cara tersebut cara yang terbaik?

Dalam menjawab soalan ini mari kita lihat apa yang yang Dr.Syamimi ingin kongsikan ;

     " Diet tanpa senaman atau dikatakan sebagai " yo-yo diet" biasanya akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana kehilangan otot.
       Diet ini menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak. Diet sebegini amat tidak digalakkan ".

Mereka yang mengamalkan diet seperti diatas mempunyai risiko:
  •  Bertambah berat badan dua kali ganda
  •  Kerosakan buah pinggang
  • Haid tidak teratur
  •  Mood tidak betul 
  • Tekanan darah tidak stabil 
  • Paras gula dalam darah menurun sehingga kadangkala menyebabkan pengsan.
Biasanya penurunan berat badan yang ideal ialah 10 peratus dalam tempoh enam bulan.

DIET POPULAR

Diet yang paling popular sekarang ialah pengambilan protein yang tinggi dan rendah karbohidrat, tetapi diet ini tidak boleh diambil berterusan kerana akan memberi kesan kepada buah pinggang.Biasanya ia hanya dilakukan selama 60 hari dan diikuti dengan senaman seperti berenang , berbasikal dan berjogging mengikut kesesuaian.

MENU SEMINGGU

kalau betul-betul anda nak diet tidak boleh tidak kena jaga makan. Tujuh hari dalam seminggu, pastikan 5 hari dengan masakan bakar, kukus atau sup sementara hari lain dengan goreng atau bersantan.

Kesimpulannya pemakanan dan bersenam amat berkait rapat dengan menjaga amanah kesihatan. Makanan yang hanya mengikut selera yang tajam amatlah tidak digalakkan. Kefahaman tentang makanan dan kesihatan boleh membantu kita  dalam displin makan. 

Ingat.. kesihatan adalah amanah Allah. Lantaran itu kita akan ditanya bagaimana kita menggunakannya dan bagaimana kita menjaganya dihari perhitungan kelak. 

Dalam kesempatan ini kita juga tidak lupa memanjatkan doa kepada Allah supaya sentiasa memimpin kita untuk istiqomah dalam disiplin makanan dan pemakanan yang baik, sentiasa bersyukur dan menjaga kesihatan.

Semuga entry kali ini bermenafaat.

Isnin, 6 Februari 2012

CINTA KITA KEPADA RASULULLAH SAW

Sejak mula menjejak kaki ke  alam  tadika anak-anak kecil berusia empat hingga enam tahun sudah diperkenalkan tentang peribadi Rasulullah saw yang unggul. Perasaan kasihkan Rasulullah dipupuk sejak usia rebung mereka. Lagu-lagu telah digubah supaya anak-anak seronok  gembira  untuk mendendangkan lagu-lagu yang bertemakan cinta Rasul. Sekali-sekali cikgu menarik perhatian mereka melalui teknik  penceritaan tentang akhlak dan peribadi Rasul.

Maka tidak hairanlah jika anak-anak tadika sudah boleh menghafal sifat-sifat Rasul yang masyhur itu, iaitu sifat,Sidiq, amanah, tabligh dan Fatanah. Anak-anak juga sudah menghafal serba sedikit profil baginda saw, seperti nama ibu bapa dan datuk baginda, bila baginda dilahirkan, dan siapa yang menjada baginda setelah ketiadaan ibu dan bapa baginda. Anak-anak juga boleh menghafal berapa orang anak-anak Rasulullah.

Demikianlah suasana  pendidikan anak-anak  Melayu muslim dizaman ini. Taska dan tadika Islam berlumba-lumba untuk melahirkan produk muslim kecil. Masyarakat  menyambut baik perkembangan tersebut walau  pun  terpaksa membayar lebih berbanding tadika-tadika  KEMAS atau tadika-tadika Perpaduan . Ringkasnya , ibu bapa kelihatan ghairah untuk mencorakkan anak-anak mereka dengan acuan Islam.

Melihat kepada senario tersebut kita sebagai  rakyat Malaysia tumpang rasa gembira dan bangga. Seolah-olah ada cahaya dihujung sana untuk anak-anak terus melangkah kehadapan  dengan selesa menuju alam  dewasa . Malahan menjadi pemimpin di masa hadapan.

Namun bila kita alihkan lensa teropong  kepada anak-anak remaja dan komuniti dewasa harapan  cerah tadi seolah – olah  berubah menjadi  suram atau samar-samar. Ke mana perginya anak-anak kecil yang dahulunya sopan , pandai membaca doa malahan ada yang menghafal  surah-surah Al Quran dan menghafai surah Yasin ? Dulu mereka belajar tentang cintakan  Allah dan rasul tapi kini mereka lebih kepada mengagung-agungkan cinta “kekasih”. Berpeleseran lelaki dan perempuan ke sana ke mari. Anak-anak remaja  semakin mabuk cinta , walau pun cinta itu buta. Mereka sibuk mencari cinta, memburu cinta. Cinta Rasul sudah semakin terpadam dari hati mereka. Kalau dulu selawat ke atas nabi menjadi irama yang membasahi bibir mereka , tetapi kini lagu-lagu cinta menyesakkan gegendang telinga.  

Sebahagian kecil sahaja pelajar yang masih  setia dengan peribadi Islam sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah saw. Selebihnya mengalami kecelaruan identiti. Mereka lebih mengenali bintang filem, pelakon atau ahli sukan dari Nabi sendiri. Lebih seronok membaca novel-novel  ringan dari mempelajari kisah tokoh-tokoh Islam.  Walaupun nama kelas-kelas mereka disekolah menggunakan nama tokoh-tokoh agung  Islam, tetapi bila ditanya siapa peribadi-peribadi tersebut  dari sudut profilnya mereka geleng kepala, tak tahu…

Kisah - kisah benar di atas menuntut kita untuk melihat semula pendekatan pendidikan  masa kini, terutama pendidikan Islam . Hal ini sama juga keadaannya dengan sambutan mulidur rasul yang kita sambut setiap tahun, tapi masyarakat masih berada ditakuk lama , masih gagal untuk mengaplikasi  sunnah dan ajaran Rasulullah dalam kehidupan. 

Objektif pengutusan Rasulullah saw oleh Allah swt kepada umat manusia ini adalah untuk mengajar manusia tentang agama Islam . Di samping itu sifat peribadi Rasulullah itu sendiri menjadi contoh tauladan kepada kita.  Segala sifat, perbuatan, kata-kata dan perakuan baginda adalah sunnah. Baginda bercakap berpandukan ilham dan wahyu dari Allah, bukan dari hawa nafsu.
وما ينطق عن الهوى ان هو الا وحيو يوحى
Maksudnya : Dan dia tidak berkata-kata daripada hawa nafsu melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.  (An Najm : 3-4 )

Lantaran itu al Quran dan al hadith  kedua-duanya adalah sumber rujukan kita yang paling utama. Selari dengan ucapan syahadah yang kita sering ulang-ulang iaitu “aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Rasullallah.

Inilah konsep dan objektif  yang perlu di fahami oleh umat Islam. Jika sewatu di alam tadika anak-anak hanya menghafal fakta-fakta mudah mengenai peribadi nabi , manakala di alam remaja dan dewasa sebagai seorang Muslim yang sudah baligh dan mukallaf ,mereka perlu mempelajari bagaimana untuk memahami ajaran-ajaran yang di bawa oleh nabi, bagaimana untuk menghayatinya dan bagaimana untuk menterjemahkannya dalam praktik amali kehidupan .

Kerana kita ingin melahirkan masyarakat yang faham. Bukan hanya beremosi dan mengalirkan air mata apabila disebut-sebut tentang Rasulullah, sedangkan banyak sunnah dan ajaran baginda yang diabaikan. Kita inginkan syafaat baginda diakhirat kelak , namun ajaran dan sunnahnya di dunia ini mestilah  terlebih dahulu sudah terlaksana dengan sempurna. 

Dalam contoh yang lain, ramai orang tahu tentang fadhilat selawat. Di mana Rasulullah pernah menyebutkan “ sesiapa yang berselawat kepadaku sekali  Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali “. Sehingga budaya selawat ini sudah menjadi satu budaya, contohnya bila ibu-ibu membasuh beras selawat dulu, bila student  nak masuk pereksa baca selawat, bila makan ubat didahului dengan selawat , dan banyak lagi contoh. Kita rajin selawat kerana inginkan fadhilatnya. Tapi, pernahkah kita selawat semata-mata rindu dan kasih kita kepada baginda?

Selain itu sejauhmanakah keinginan kita untuk menjadikan cara hidup Rasulullah itu cara hidup kita. Mencontohi  Ibadat baginda, ketaatan, keikhlasan, semangat juang, ketegasan dalam menentang kemungkaran dan  keseriusan baginda dalam menyebarkan perkara ma’ruf. Baginda telah mengajar kita memparktikkan Islam yang syumul . Baginda telah membawa syariat yang sempurna dan tiada lagi nabi selepas baginda. Lantaran itu kita perlu ambil semua itu secara total, tanpa pilih-pilih. Tidak hanya terhad dalam urusan nikah kawin, poligami, makan minum dan pakaian sahaja.

Akhir sekali marilah kita renungi Firman Allah maksudnya : “ Ketahuilah bahawa ditengah-tengah kamu ada Rasulullah . Kalau dia menuruti (kemahuan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan  dan menghiaskannya di dalam hati kamu , serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran dan kefasikan dan kedurhakaan . Mereka itulah orang yang mengikuti jalan yang lurus . “
( Al Hujurat: 7).