Rabu, 31 Mac 2010

HEBAHAN ; SEMINAR PASCA 60 TAHUN TREGEDI NATRAH

PERKHEMAHAN YANG INDAH

Isy... isy.. isy.. poie mano? Tompek tu keras..!!! Kalau emak poie bekhemah anak di rumah macammana..?/ tok sah bawak baby tu tinggalkan ngan wan...
- caabaaraann..!!

Sape kata orang perempuan mesti 24 jam duk kat dapur, memasak, mengemas rumah dan sebagainya... Kami sesekali nak keluar juga menjenguk alam, bermesra dengan kedamaiannya,,!
Mencari kekuatan untuk langkah ke hadapan, mencari kelemahan diri, mengenal Illahi Rabbi.

Di keheningan Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau ,Ns, jelas kelihatan tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha pencipta. Deruan air terjunnya, kedamaian hutannya, kehijauan suasana bisa menggamit suatu ketenangan.

Perkhemahan yang di isi penuh dengan pelbagai aktiviti, yang dipasak dengan disiplin Islami mampu memberi sedikit bekal untuk perjalanan ini. Mengukir kenangan abadi, mengukuh ikatan hati. Di sinilah erti persahabatan teruji, nilai kasih sayang termeteri. Kasih sesama insan demi mencapai redha Illahi.

Kekuatan fizikal dan mental diuji moga ia bertambah kental lagi. Semuga aktiviti lasak ini dapat melahirkan serikandi serba boleh.

Menuruni cerun bukit... bukan perkara biasa bagi anak milenium yang serba senang hidup mereka. Buka semata keseronokan yang mereka cari di sebalik aksi ini... Di sini ada nilai ketaatan, nilai setia kawan, kerjasama, kebijaksanaan dan ukhuwah. Mereka yang suka hidup sendiri, selfish, akan teuji keegoannya.

Mereka yang jauh dari Tuhan akan merasakan ingin mendekatkan diri denganNya.. maklum sajalah dalam hutan begini berbagai kemungkinan boleh terjadi, berbagai makhluk yang berbagai spesis yang berkongsi alam dengan kita sama ada halus, kasar, berbisa, membelit dan sebagainya tidak mustahil akan menjelma..

Seawal program doa masuk hutan telah kami panjatkan bersama kehadrat yang Esa.. " wahai bumi tuhanku dan tuhanmu adalah Allah...."

Berkampung di kaki Gunung ini walau tidak mendakinya sudah cukup melahirkan keinsafan bagi mereka yang ikhlas keperkhemahan ini. Menghancurkan perasaan individualistik, kedaerahan dan kenegerian. Kita semua sama. Walau peserta dari berbagai lapisan usia namun semua saling takaful, tafahum dan taawun. Dari anak dara belasan tahun hinggalah yang sudah menjangkau setengah abad, tidak jadi masaalah untuk hadhir ke sini. Satu pengalaman yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang mengalaminya. Perkhemahan wanita ISMA Zon Selatan.

Masing-masing datang dengan izin suami dan wali. Meninggalkan rutin harian. Mewakilkan sementara tugas mengasuh anak kepada ayahnya.

Bagiku, seorang anak desa , yang sudah biasa mencari kayu api di kawasan ladang getang, mencari cendawan ketika musim hujan di pepohon yang rebah, yang sudah biasa mandi sungai saban hari ketika alam kanak-kanakku... tapi ketika ini .... ketika usiaku semakin senja, ketika sendiku semakin longgar, urat sarafku sering lengoh ... yang sudah lama meninggalkan alam anak kampung tradisional , hatta berjalan kaki pun jarang sekali, kemana-mana berkereta, tidak pernah menggiling cili menggunakan batu giling, tidak lagi mengangkut air dari perigi.... segalanya senang dan mudah... suasana seperti ini perlu ku lalui kembali. Agar erti susah itu dirasai, erti syukur dihayati. Anak kampung tak usah berlagak sombong.!

Wanita dan para puteri serikandi...
Anda adalah harapan ummah. Bakal menerajui dunia dengan tangan kananmu sambil tangan kiri menghayun buaian. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara : Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati.

Ibnu Ummar pernah berkata kepada Abu Zar : Jadilah di dunia ini seolah-olah seorang yang dagang atau bagai sang musafir, apabila waktu pagi janganlah kamu menunggu petang, dan apabila waktu petang janganlah kamu menunggu pagi.

Jadikan perkhemahan ini satu kelaianan. Lain dari yang lain. Unik... Kalau di khemah sana bercampur sang teruna dan dara. Jadikan khemahmu khemah muttaqin. Jika mereka bersorak sorai , bertepuk tangan bergembira kosong, jadikan masa gembira mu ini penuh makna dan kesopanan. Ambillah mutiara-mutiara hikmah di mana jua kalian temui di sepanjang perjalanan ini.

Memang ukhuwah itu indah. Ukhuwah yang menyebabkan pertemuan itu manis, yang menyebabkan makanan itu lazat. Masak bersama.. walau berlauk telur dadar, sambal sardin, ikan masin dan berulam timun namun ia bagaikan masakan istana zaman silam.

Peliharalah apa yang telah kalian dapat di sini sebaiknya , kerana di sana ada sang penyamun yang sentiasa mencurinya, dari kalangan kealpaan nafsu dan tipu muslihat syaitan. Semuga obor kasih yang telah terbina seteguh gunung itu mampu kita pertahankan bersama..

Sayonara..,,, ini uhibbukunna fillah.

Khamis, 11 Mac 2010

TAK KENAL ATAU TAK TAHU?

Siapa nama adik ? Nama saya Urkhan. AAh Urkhan??! Apa makna urkhan tu? tak pernah dengar pun.

Demikianlah nasib si jundi ni setiap kali namanya di tanya oleh orang yang tak mengenalinya. Gharib dan asing bagi masyarakat Melayu dengan nama tu. Apakah nama tu memang pelik atau apakah sempenanya sehingga jundi ini diberi nama sedemikian?

Bukanlah gerangan hamba untuk memperkenalkan si kecil yang kacak ni.... tapi sekadar nak berkongsi rasa. Perasaan, bahawa kita sering mengulangi kegemilangan nenek moyang se Islam kita dalam menerajui dunia namun tidak ramai kita mengetahuinya secara detail.

Ramai di kalangan kita yang sudah hadam dengan "ISK'. Sering mendendangkan lagu " Adakah Kau Lupa ". Sememangnya "ISK" telah sedikit sebanyak membangkit jiwa anak-anak muda untuk bangkit semula menegakkan panji-panji Islam. Namun alangkah indah dan sempurnanya kita menganalisa pendetailannya secara personal? Buka balik buku-buku sejarah dan seerah bila-bila lapang. Melihat kembali senario perjuangan yang telah diukir ummat Islam, sejarah kepahlawanan dan gemilangan pejuang Islam. Kita mengenali Seolahuddin Al Ayyubi, Muhammad Al Fateh, Nuruddin Zinki . Apakah sekadar itu?

Bagi para daieyah dan pencinta Islam saya menyeru kepada mereka dan diri saya sendiri agar menghapuskan title buta seerah dari dairi kita. Jom kita selongkar kembali khazanah sejarah kita. Dari zaman sebelum kebangkitan Islam sehinggalah kepada kejatuhan khalifah Islamiyyah pada tahun1924 yang silam. Semuga ia akan mampu serba sedikit meniup semangat juang kita generasi hari ini.

Khalifah Islamiah berakhir pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Soalan bonus,,, Siapakah pengasaas kerajaan Turki Uthmaniyyah ? Tak Tahu..? tak pe..jumpa di entri akan datang.

ISTIMEWA TETAP ISTIMEWA

Seandainya teman-teman seangkatanku menatap gambar-gambar di entri kali ini pasti akan terimbau kembali kenangan demi kenangan ketika berada di bumi anbiya' ini. Bangunan-bangunannya , suasana jalan rayanya juga cuaca dan iklimnya pasti teringat kembali. Kembaraku ke lembah Nil kali ini memang agak singkat. Tidak sempat untuk ku jelajahi kota yang penuh nostalgia ini sepenuhnya. Namun syukur Alhamdulillah atas kembara ini.

Kini Madinat Nasr, daerah pertama ku kenal ketika berada di sini hampir 17 tahun yang lalu sudah banyak berubah... bangunannya semakin padat, tinggi-tinggi dan agak rapat. Jalan-jalan yang dulunya tiada kini sudah ada, malahan sangat sibuk pula. Kenderaan-kenderaan seperti kereta dan van / tramco sentiasa akif. Bunyi injin dan hon kereta memang sudah menjadi muzik wajib di kota ini. walau bagaimanapun motosikal merupakan pilihan kedua selepas kereta.

Metro.. seperti komuter di Malaysia yang menjadi transpot harian untuk kami ke Jami'ah dulu kini sudah diberhentikan perkhidmatannya [ tak pasti kenapa]. Kenderaan paling popular dizaman kami dulu, murah dan mudah. Kerana kebanyakan tempat tinggal akhawat pada ketika itu adalah di imarah-imarah yang berada di sepanjang laluan metro. Masakin osman, omar Afendi dan di Rabaah Adawiah merupakan kawasan yang diminati akhawat.

Sekarang hayyu "Asyir pula menjadi pilihan.. mungkin kerana sewanya yang lebih rendah. Tapi alahai... rumah-rumah yang akhawat duduk tu di aras yang tinggi-tinggi belaka.. al maklumlah kaki ku...! Sebenarnya kediaman mereka yang tinggi itu menggambarkan betapa tinggi semangat dan cita-cita mereka.

Kalau dulu akhawat mungkin agak mudah sikit dari segi pengangkutan [ bayangkan amat jarang akhawat naik bas ketika tu,,], kediaman di kawasan yang hampir dengan kuliah, lebih selesa , duduk di imarah-imarah yang ada lif . Suasana Madinat Nasr ketika tu pun adalah merupakan bandar baru, yang masih baru dan tidak padat. So.. bagi saya ,, keadaan sekarang ini amat berbeza.

Bila di bandingkan dengan adik-adik sekarang ni -betapa selesa dan manjanya generasi kami ketika tu.. -

Allah takdirkan generasi hari ini berada dalam suasana sedemikian rupa pasti mempunyai seribu satu macam hikmah disebaliknya. Mereka akan lebih teruji dengan kehidupan yang memerlukan kecergasan , kecekalan malahan sifat qana'ah. Mereka memang layak... Melihat mereka yang aktif keluar masuk, turut naik tangga dengan selambe jer. Bergerak cergas dari satu bandar ke satu bandar, dari satu muhafazoh ke satu muhafazoh.

Inilah istimewanya mereka ni.. walaupun biasa dengan kehidupan selesa di Malaysia namun mereka tidak ada masaalah untuk menyesuaikan diri di negara asing ini. Bagiku tarbiah fadiyyah atau syahsiyyah muslimah yang mantap yang mereka perolehi membuatkan segalanya beres belaka.. syabas akhawat!!! namun poses ini perlu berterusan dan di teruskan..! Sesungguhnya syurga Allah itu ghaliyyah... tidak akan dimasukkan hambanya tanpa di uji.. ujian?? ya.. ujian ada bermacam bentuk dan kategori.

Gambar di atas ni ialah di hayyu thamin . Tapi sebenarnya aku sendiri agak keliru melihatnya.. macam tak pernah berada di sini dulu. Kesibukan jalan rayanya amat-amatlah sibuk berbanding dulu. Kalau nak berjalan sendirian seperti ketika anak dara dulu agak sukar gamaknya.. mesti ada seorang yang teman menjadi juru pandu. Hatta jalan nak ke kuliah pun ku rasakan tak keruan..

Bandar-bandar lain tempat kami selalu berkunjung dulu memang tak sempat untuk ku jejaki, entah macam mana pula senarionya ye.. Roxy, Medan Gamek, Garden city, Mohandiseen .. tak terbayang bagai mana wajah barunya.

Yang ini ialah di hayyu Asyir.. bawabah thalatha. Rumah tempat ku menginap ialah di tingkat satu dekat kereta biru tu. di sini ada kedai kilang isy [ roti Arab], kedai buah-buahan , kedai jual ikan, kedai runcit, kedai perabot, cyber cafe dan pharmacy serba ada di sini. Nak minum asir pun jalan kaki saja kat depan tuh.. yelah.. Mesir memang terkenal dengan berbagai jenis asir [jus buahan] mereka.

Akhawat tak perlu hujung minggu pergi Darmalak atau sayeda Zainab atau Atabah untuk beli ikan. Agak mudah... jimat masa. Akhawat boleh gunakan masa untuk ilmu dan aktiviti dakwah dan tarbiah dengan lebih aktif.

Satu perkara yang agak rasa cemburu kat depa ni yang tak dapat kami rasa ialah mereka boleh pergi belajar mengaji Al quran dengan ustazah-ustazah, menghafal dan mengambil sanad. Ambillah peluang yang terbentang luas ni.. rugi kalau tak pegi belajar..

Buat masa ni kos yang paling popular ialah Dirasat Islamiayyah dan perubatan,, sama naik mereka. .. tapi sesekali tengok pelajar perubatan sudah memenangi populasi mereka. Wah.. balik sebagai doktor yang hafaz Al Quran dan dapat tarbiah lagi... alhamdulillah. Sesungguhnya bumi Allah ini luas, usahlah kecewa dengan rahmat Allah, bersyukur dan bermujahadah.

Khamis, 18 Mac 2010