Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

Rabu, 21 April 2010

FIKIR SIKIT....

Semua orang belajar.
semua orang membesar:
tetapi tidak semua orang menjadi dewasa.
Selagi hidup bersama masa, , maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak bersama usia.

Lima perkara pokok yang membentuk wajah dunia ialah realiti,
kebenaran,
ilmu
, sejarah
dan diri.
Realiti
merujuk kepada persoalan tentang hakikat kewujudan dunia, sama ada dunia ini hanya semata juzuk kebendaan ataupun mempunyai dimensi yang lebih dari itu.
Kebenaran
merujuk kepada pengesahan terhadap realiti dunia, dan ini bergantung kepada sumber kebenaran, sama ada ia legenda dan mitos, periwayatan, akal, ataupun wahyu.
Ilmu
merujuk kepada titik temu diri dengan kebenaran dari segi padanan kebenaran dengan diri dan sebaliknya.
Sejarah
merujuk kepada dunia sebagai persada titik temu segala yang terdapat di dalamnya, dan titiktemu ini memberikan satu gambaran tentang perencanaan dunia, termasuk sama ada ia mempunyai corak yang berulang ataupun ia bersifat rambang.
Diri
merujuk kepada persoalan tentang kewujudan jati seseorang, seperti persoalan tentang sama ada kejatian dirinya adalah melalui kelahiran ataupun ianya bergantung kepada faktor persekitaran, seperti budaya dan sejarah.

Rabu, 28 Oktober 2009

BAHASA NOGOGHI...

" Antara tanda kebesaran Allah bahawa Dia telah menciptakankan langit dan bumi dan menjadikan kamu berbeza dari segi bahasa dan warna kulit, sesesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi seluruh alam " .. Surah Rom.

Lidah merupakan satu anugerah yang di berikan oleh Allah kepada manusia . tiada manusia yang hidup di dunia ini yang tidak berlidah. Hatta yang bisu pun punya lidah walau tidak boleh bertutur. Kerana selain untuk bercakap lidah di gunakan untuk merasa makanan.

Dari lidah yang unik itulah terbitnya dailek dan loghat bahasa yang pelbagai, bahasa dituturkan mengikut daerah , negeri, negara dan rantau di mana seseorang itu berada... atau puak, bangsa, kaum dan keturunan seseorang itu. Dalam pendidikan kanak-kanak mengatakan bahawa di dalam otak seorang bayi itu ada satu channel untuk bahasa. Kanak-kanak akan boleh bertutur dalam beberapa bahasa jika di cipta channel tersebut sejak ia kecil oleh ibu bapanya melalui pembelajaran dan pembiasaan . Inilah keajaiban otak..!!

Bahasa negoghi... kini nampaknya sudah semakin haus dan hakis. Anak-anak sudah mula tidak menuturkannya seasli yang di tuturkan oleh nenek moyang mereka dulu. Bahasa sudah bercampur aduk dengan lohgat lain atau sudah tidak di gunakan sama sekali.

Bagi anak-anak kelahiran tahun 60an atau awal 70an di n. Sembilan terutama yang tinggal di kampung-kampung selalunya terror dalam cakap bahasa nogoghi ni. Dailek nogoghi ni mempunyai kaedahnya yang tersendiri ... seperti huruf t dihujung perkataan akan jadi k .. lambek.. copek... dokek..
Manakala huruf L dihujung selalunya di abaikan.. seperti gatal = gata, katil= kate, kenal = kona..

Abjad A biasanya di tukar jadi o.. besar= bosa..
hurus s di hujung pula jadi h ... maleh= malas, paneh=panas , kapeh = kapas.

Namun ada perkataan yang tiada dalam bahasa persuratan,, tetapi sama erti dengannya..
contoh : Ngaho = mengapa ?
poie = pergi
godang = sangat besar

Mughan ... adalah dari perkataan jemuran.

Dan mungkin juga yang di bawah ni langsung tak ada asal usul dari bahasa persuratan .. :

kopoh .... menunjukkan bedak di muka yang over putih.!!
melangok... pergi berpeleseran..
Bentong.. [ e baris bawah ], maknanya kecil , tak besar-besar.. [ utk manusia]

..... Sebenarnya orang melayu memang kaya dengan bahasa...!! Dengan kaedah ringkas di atas sesiapa pun bolehh cuba-cuba bercakap dalam loghat N.Sembilan. walau tak lengkap,, tapi dah memadai.

Semuga bahasa ini tidak akan hilang di telan zaman...