Khamis, 31 Disember 2009

HAJJAN MABRURA..!

Kita sudah hampir pertengahan bulan Muharam 1431 hijrah, kini tiba pula tahun baru 2010. Demikianlah putaran masa yang tidak pernah mungkir. Saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga yang pergi menunaikan haji sudah ramai yang kembali semula ke tanah air. Semuga mereka mendapat haji mabrur.. " Allahuma 'aj'alhu hajjan mabruran, sa;yan masykurao wa tijaratan lan tabur.. " ....mohon mereka doa untuk kita sama..!

Pasti seribu satu kisah yang mereka ingin kongsikan bersama. Dan kita pun amat murah untuk menadah telinga ketika ini. Di lubuk sanubari terus sering mengatakan " bila pula giliran aku untuk menjadi tetamu Ar Rahman ..??? "

Untuk menunaikan fardhu haji ini sebenarnya banyak cabarannya,, dulu dan sekarang .. cabaran sentiasa menanti. Untuk menunaikan rukun Islam kelima ini memerlukan kepada iman dan tekad yang tinggi. Jika tidak , kita mungkin akan lebih mengutamakan untuk beli rumah baru, besarkan rumah, beli kereta baru pergi melancong dan sebagainya.. alasannya tak sampai seru lagi.! Atau pergi tapi tidak menggapai prestasi yang semestinya.. nauzubillah.

Dalam entri kali ini di bawakan gambar-gambar zaman dulu-dulu. Gambar yang jarang kita lihat. Inilah gambar-gambar atau suasana musim haji tahun 1953, Malaysia belum merdeka lagi. Mereka yang pergi ke Baitullah dengan segala susah dan payah,, tidak banyak kemudahan yang ada. Bilangan mereka pun tak seramai sekarang, bersesak--. Inilah zaman nenek moyang kita dulu.

Zaman sentiasa menuju kepada perubahan, Perubahan demi perubahan. Sehingga kini Masjidil Haram telah melalui beberapa episod perubahan dan penambahbaikan, tidak lain tidak bukan untuk memberi keselesaan kepada jemaaah haji dan menampung bilangan yang bertambah saban tahun. Tempat ibadah seperti tawaf dan saie yang bertingkat. Dataran yang dibuat dari marmar yang berkualiti tinggi, hotel dan penginapan yang banyak, sistem pengangkutan dan sebagainya.

Syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis juga tidak ketinggalan menyediakan plan-pelan komunikasi untuk dinikmati.

Kita generasi kini seharusnya bersyukur . Kemudahan semakin banyak dan moden pula. Namun nilai di sisi Allah ialah nilaian ibadah itu sendiri. Ketika inilah kita ingin merasakan kehambaan kita di depan kaabah dengan perasaan yang sebenarnya .. merasakan akan kekerdilan diri kita. Ketika inilah untuk kita mengakui segala dosa, menginsafi diri. Ketika inilah juga kita cuba untuk menghayati erti pengorbanan itu sendiri yang tersirat di sebalik ibadah haji. Jika ada usia dan rezki semuga giliran kita akan sampai di tahun - tahun mendatang. Amin..!

Isnin, 21 Disember 2009

syeikh Al Qardhawi di Malaysia

Setiap tahun rakyat muslim Malaysia akan menyambut tahun baru hijrah. Juga merupakan cuti umum seluruh negara. Seperti yang di maklumkan bahawa Al Allamah professor Dr.yusof Qardhawi terpilih sebagai tokoh maal hijrah pada tahun 1431 ini.

Sehari selepas beliau menerima anugerah tersebut, pada 19 dis2009 sekali lagi kakinya melangkan masuk ke dewan plenary di PICC Putra Jaya.Kali ini adalah untuk di hadiri umum dalam satu muhadharatul kubro [ muhadharah perdana] menemui berbagai lapisan rakyat Malaysia, iaitu secara rasmi anjuran Jakim Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh timbalan menteri di jabatan Perdata Menteri iaitu Dr.Mashitah Ibrahim . Beliau sendiri telah memilih tajuk fiqh jihad untuk dikupas pada muhadharah tersebut.

Pada hari ni juga adalah berlangsungnya karnival sukan PEMBINA di padang UKM,, tapi si putera sorang ni memang kurang sikit dalam bab sukan ni.. tambahan pula dah pernah menjalani penukaran injap jantung kepada injap sintetik..

Bab jihad yang di bentangkan bagi saya agak berat juga untuk di fahami oleh orang-orang awam. Mudah-mudahan mereka tidak ada kekeliruan atau salah faham. Kerana Prof mula-mula menceritakan seerah period Makkah yang memang ketika itu tidak dibenarkan melawan sehingga ada yang syahid seperti keluarga Yassir.. Ketika itu tidak disyariatkan jihad qital,, takut-takut orang faham selamanya demikian. maklumlah perkara ni kalau tersilap akan silap fahamlah tentang konsep jihad tu. Beliau menyentuh bentuk-bentuk jihad, seperti jihad nafs, jihad Qital. Bagi saya ia memerlukan pengamatan yang baik bukan dengar sambil lewa. Kena faham bahawa syariat jihad berlaku ketia period Madinah yang memerlukan berkorban dengan jiwa, harta dan nyawa.

Bagi saya hari ini adalah hari bertuah kerana dapat menetap wajah Asy Syeikh dari dekat dan real [ duduk di barisan hadapan sekali,, barisan vip].Kami tige beranak bukanlah vip pun tapi pegawai Jakim yang mengenali zauj yang mempersilakan kami duduk di kerusi tersebut. Memang abu naufal pun datang atas jemputan rasmi iaitu mewakili majlis fatwa NS... so tumpang semangkuk..

Memang niat untuk melihat Al Qardhawi, seawal lepas subuh kami dah bersiap utk ke putra Jaya. Masa tiba dewan memang masih belum ramai yang hadir. Selain itu adalah untuk mengajar putera kami tentang kasih dan cinta kepada alim ulama'. Sebelum ni pada tahun lepas di multaqa' alumnai al Azhar di klcc sempat bersalaman dengan Dr.Wahbah Zuhaili.
Sebahagian besar yang hadir adalah dari kalangan anak-anak muda mahasiswa mahasiswi pengajian tinggi. Ada juga yang datang mewakili jabatan masing-masing . Di akhir program para syabab berebut-rebut untuk bersalaman, ada yang sempat memeluk dan mengucup dahi syeikh, dan ada yang hanya sempat bersalam.

Sekali pandang suasana ini amat melapangkan dan menggembirakan perasaan, kerana masih ramai dikalangan kita yang masih berada di landasan atau zon kasihkan ilmu dan ulamak. Namun bila di perhalusi lagi , sedih dan gulana melihat sebenarnya lebih ramai anak-anak muda yang rosak, berpeleseran dan tidak tahu matlamat hidup di luar sana.

Kehadhiran Al Allamah juga antara lainnya adalah untuk menghabiskan usianya dalam menyeru umat manusia ke jalan Allah. Kesungguhan dan kegigihan beliau amat dikagumi. Pada sebelah malam nanti prof dapat jemputan dari kerajaan PKR selangor pula untuk menyampaikan ceramahnya di masjid Shah Alam.... kehadhiran sudah pasti hangat.!

Khamis, 17 Disember 2009

WARISAN PENCAK SILAT YANG MASIH KEKAL

Pada 13 dec lepas adalah berlangsungnya majlis menyambut menantu anakanda Muhammad Nur Arif [putera Bongsu] di kediaman abang Long dan kak long di kampung Masjid di Gemas. Sekali lagi ia menjadi medan pertemuan keluarga , kerabat dan kenalan. "Barakallahu laka wa barakallahu 'alaika wa jama'a bainakuma fil khair" ..Amin.

Kali ini pencak silat turut dijemput untuk meraikan pengantin. jom Tengok video nie... hebat juga anak-anak muda ni.. memanglah Allah jadikan mereka gagah,, so tak de alasan untuk tak pergi berjihad apabila tiba seruan..

kalau zaman sekarang musuh dah guna senjata berteknologi canggih.. adakah ia alasan untuk kita melupuskan budaya silat dalam senarai warisan. Tak salah kalau kita suburkan semangat ke perwiraan ni. Tubuh yang sihat dan tahan lasak adalah salah satu ciri keperibadian muslim. Mereka yang selalu beriadah akan memiliki stamina yang tinggi berbanding yang duk berselimut di rumah atau berkerumun di depan tv atau khusyuk dengan permainan video game.

Kalau stamina tak de mungkin tak larat nak pikul senjata dan bom dan mungkin otak juga akan slow untuk mengatur strategi dan mendepani teknologi itu sendiri..

'Sesungguhnya orang yang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah."

PROF AL QARADHAWI TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT ANTARA BANGSA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Syawal dan aidil fitri sudah di rayakan, begitu juga eadil adha dan ibadah korban sudah selamat di laksanakan. Hari ini satu lagi public holiday untuk seluruh rakyat malaysia [ walau pun ada pekerja swasta yang terpakasa pegi keje] untuk berhenti sejenak merenung kembali satu episod dalam perjalanan dan perjuangan Rasulullah saw iaitu Hijrah.

Hijrah baginda diabadikan kisahnya .Sempena itu ia telah di jadikan sebagai permulaan kalendar Islam, yang merupakan idea Khalifah Islam yang kedua iaitu Saidina Umar AlKhatab. Begitu bijak seorang khalifah mencipta sesuatu yang bermenfaat untuk kita ummat Islam sekelian alam.

Sempena hijrah ini tv1 Malaysia telah menyiarkan siaran secara langsung sambutan secara rasmi maal hijrah [begitulah sejak beberapa tahun]yang berlangsung di Putera Jaya . Antaranya adalah untuk menyampaikan anugerah tokoh maal hijrah peingkat kebangsaan dan peringkat antara bangsa. Tokoh maal hijrah peringkat kebangsaan jatuh kepada Dr.Mohd.yusof b. Mohd.Noor, berasal dari Trengganu.

Sementara tokoh antara bangsa pula yang terpilih ialah Alallamah Dr.prof.Yusof Abdullah Al Qaradhawi, pengerusi Persatuan Ulamak sedunia. Semuga kita mengenali tokoh ini dengan leBih dekat lagi. Terlalu banyak kitab-kitab hasil tulisan beliau yang boleh di dapati dipasaran. Kalau di Kuala Lumpur pergi sahaja di Pustaka Indonesia berhampiran Masjid India, pasti di sana akan terdapat koleksi kitab beliau, walau pun dalam versi Indonesia. Sempena kunjungan Prof .Dr.yusof Qardhawi juga akan di adakan muhadharahnya di PICC Putera Jaya pada 19 dec 2009.Beliau telah menerima wang tunai sebanyak Rm 100,000 [ rm 90k daripada kerajaan Malaysia, selebih dari badan lain ].Beliau ada tokoh semasa yang di segani dan agak lantang. Seorang ulmak berkelulusan Usuluddin di universiti Al Azhar dengan keputusan cemerlang.

Sudah sampai keusia senja kelihatannya Syeikh ini, sayu melihat ketibaannya di KLIA [tengok kat tv] yang di sorong dengan kerusi roda, dan naik ke pentas menerima anugerah dari Sultan Kedah dengan bertongkat. Namun apabila di jemput untuk memberi ucapan, jelas bahawa fizikalnya yang sudah dimamah usia itu tidak melemahkan semangatnya,Asy Syeikh masih bersemangat untuk memberi ucapan, menghamburkan kalimah-kalimah hak.

Beliau menyeru agar menjadikan Rasulullah saw sebagai uswah dan quwah. Menyeru umat Islam agar kembali kepada Al quran dan sunnah sepenuhnya. Kelahiran Baginda Muhammad saw adalah rahmatan lil 'alamin.

Bertuah rakyat Malaysia dapat bertemu ulamak besar ini,, namun malanglah sekiranya hanya sekadar bertemu dan menatap wajahnya tetapi tidak menghayati perjuangan dan tidak memahami hasrat hatinya yang mengajak kita kepada mengamalkan dan memperjuangkan ad deen Islam ini.

Nak sebut di sini majlis anugerah tersebut juga di selangi dengan persembahan-persembahan oleh beberapa kumpulan,antaranya ialah persembahan lagu salamat-salamat yang di dendangkan oleh kumpulan brothers, Yaasin juga muncul, [teringat ketika di mesir lagu ini didendangkan oleh orang Mesir dengan tarian gelek dan goyang punggung] syabas kumpulan Brothers telah memurnikan lagu ini. Antaranya ialah "gurindam" oleh Anis Salwa Salahuddin.. Antaranya lagi ialah pantomen yang mengisahkan pertengkaran antara manusia dan syaitan yang mana manusia itu lelaki dan syaitan itu adalah seorang artis wanita. Apa nak jadi... bercampur aduk. Umat Islam dan bukan Islam di khuatiri akan terus keliru dengan Islam jika budaya ini berterusan...

Sabtu, 12 Disember 2009

EID ADHA DI KAMPUNG

Orang kata di negeri Siti Wan kembang , nun di timur semenanjung Tanah Melayu ni meriah.. tak seperti negeri-negeri lain yang di sambut biasa saja.. Apakah benar bagai di kata ??
sebab bila tanya beberapa orang anak Kelantan kata mereka tak meriah mana pun, meriah lagi raya puasa. So .. yang mana satu betul? Gamaknya tertakluk kepada satu-satu wilayah atau kawasan, kalau penduduknya membudayakan menyambut aidil adha dengan meriah maka meriahlah ia, jika idak maka idaklah...

Kami rakyat pantai barat ni gitu jugalah, meriah atau tidaknya terpulang kepada yang menyambutnya. Kerana kemeriahan itu tidak semestinya dengan duit raya, kuih raya , lagu raya dan macam-macam raya lagi, tapi adalah dengan perasaan dalaman kita yang menyambutnya.

Jika kita hayati sebenar-benarnya aidil ada adalah lebih meriah di sisi agama kita, kerana hari raya diikuti pula dengan hari-hari tasyrik,, yang mana kita di galakkan supya memperbanyakkan, takbir,tasbih dan tahmid. Perlakuan tersebut cukup menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran seorang muslim. Malahan kita melakukan korban, menyembelih binatang ternakan di sepanjang hari-hari tersebut dan di bahagi-bahagikan.

Kita sering berhabisan berbelanja untuk menyambut eidulfitri, dengan pakaian, makanan, rumah, hadiah dan seumpamanya, yang kadang-kadang harganya melebihi seekor lembu. Namun kenapa kita bersifat dingin ketika tibanya eid adha untuk membudayakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam dengan ganjaran pahala yang di sediakan.

Demikianlah kita sudah tersalah konsep. Atau sudah agak sukar untuk merubah budaya yang sudah berakar umbi sejak sekian lama. Aidil Adha seolah-olah hanya hari raya kecil, sedangkan dari segi statusnya ia adalah lebih besar dari hari raya puasa.. hari raya yang kita sering sambut dengan nafsu dan selera makan yang membara. Sebaliknya sayugia kita fahami bahaya hari raya atau eid itu adalah satu ibadah untuk mendekatkan diri kita dengan pencipta.
Pada hari raya kedua eid adha yang lepas ISMA N.S telah mengadakan korban dengan menyembelih sebanyak 6 ekor lembu, menyemprnakan niat beberapa orang yang telah mendaftarkan namanya untuk ibadah mulia ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seawal 8.30 pagi perkarangan Masjid Jamek Johol telah mula di kunjungi oleh para tetamu, petugas dan ahli ISMA serta penduduk setempat.

Subhanallah... lembu-lembu yang di sembelih pasrah menyerahkan tengkuk-tengkuk mereka seekor demi se ekor untuk disembelih dengan didahului kalimah bismillah. Husnul khatimah lembu tu ye.... kita macammane?? Semuga di akhiri dengan Syahadah.. amin..!!

Gotong royong yang merupakan adab warisan melayu yang diwarisi termasuk untuk acara korban pada hari ini. Kaum adam sibuk dalam tugas-tugas kelelakian seperti menyempurnakan penyembelihan, melapah dan memotong daging, membahagi-bahagikannya serta memasak diluar. Para wanita pula menyediakan bahan-bahan untuk memasak, seperti memotong bawang, menyiang sayur, sambil berbual antara satu sama lain. Tak ketinggalan membuat sambal belacan dan merebus pucuk ubi di bahgian belakang masjid.

Menjelang tengahari sebelum zohor semua yang hadhir telah sama-sama dapat menikmati hidangan tengahari... daging segar ..!!! Dan setelah kenyang pulang pula membawa sumbangan daging korban yang mentah satu beg seorang.

Demikianlah berlangsungnya satu ibadah yang ringkas tetapi penuh makna. Bagi yang ikhlas pahala tiga dalam satu masa pasti diraih.., pahala ibadah, pahala sedekah dan pahala mengeratkan kesatuan muslimin. Jika ada rezki jumpa lagi di hari raya korban tahun hadapan dengan lembu-lembu yang lebih banyak.

Khamis, 10 Disember 2009

KEROPOK UDANG ROTA

Biasa makan keropok ni???...... sedap?? ...... suka???

Harganya pun adalah harga mampu beli , maklumlah makanan ringan.. budak sekolah pun boleh beli di mana-mana. Mudah di dapati ,, di kedai runcit, di pasar raya , di kantin sekolah , mamak jual roti dan sebagainya. Memang di sukai ramai.. antara menu hari jadi kadang- kadang. atau sering di nikmati ketika menonton taliveisyen , perge berkelah atau bekalan ketika pergi berjalan-jalan.

Memang banyak senek-snek yang sama spesis dengannya, kaya dengan perisa dan garam..!! mencuit rasa.!

Tapi.... cukuplah tu.. stooooopppp!!!
Jangan beli lagi, jangan jual, jangan hadiah pada sesiapa, jangan belanja kawan dan jangan bawa masuk dalam rumah kita apatah lagi di simpan sebagai stok?? kenapa pulak ye..? suka hati orang lah...!

Ketahuilah...
Kandungan bahawa kod E 110 dalan ingredientnya tu adalah berasal dari lemak menatang yang Allah haramkan dalam Al Quran. So... kalau nak beli tu jangan ikut sedap je.. check dulu kandungannya. Sama juga spt Pringles, Appolo dan lain-lain.

Makanan yang kita makan itulah yang akan menjadi darah daging kita.. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang : " sesungguhnya daging yang tumbuh berasal dari makanan yang haram maka neraka adala lebih utama untuknya . " Justeru itu beringatlah.

Influebza H1N1 yang melanda sudah cukub sebagi iktibar kepada kita. bukan semesti kita ambil direct masak kari atau masak kicap,, tapi juga terkandung sebagai bahan perasa, pengawet atau pengimbang dalam makanan-makanan seharian kita. Tahan sikit perasaan dari menjamah keropok yang sudah terang-terang ana kod tersebut. Sama-samalah kita nikmati makanan yang lazat-lazat di syurga kelak.

Beri tahu anak-anak, kaum kerabat, sahabat hamdai dan semua orang yang kita kenal. Jadilah muslim yang bertanggung jawab dan sentiasa peka.

Nak tau E kod2 yang mengandungi lemak2 binatang haram tu ... sila baca dan bila dah tau ni jangan buat-buat tak tahu atau buat-buat lupa ye.. amalkan ilmu yang anda miliki :

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1

E

100

16

E

280

31

E

434

46

E

482

2

E

110

17

E

300

32

E

435

47

E

483

3

E

120

18

E

301

33

E

436

48

E

491

4

E

140

19

E

325

34

E

440

49

E

492

5

E

141

20

E

326

35

E

441

50

E

493

6

E

153

21

E

327

36

E

470

51

E

494

7

E

160

22

E

334

37

E

471

52

E

495

8

E

161

23

E

335

38

E

472

53

E

542

9

E

210

24

E

336

39

E

473

54

E

570

10

E

213

25

E

337

40

E

474

55

E

572

11

E

214

26

E

422

41

E

475

56

E

631

12

E

216

27

E

430

42

E

476

57

E

635

13

E

234

28

E

431

43

E

477

58

E

904

14

E

252

29

E

432

44

E

478

59

E

920

15

E

270

30

E

433

45

E

481