Isnin, 11 April 2011

JOM MAIN...

Dalam era pasca modenisasi ini gaya hidup kita masyarakat Malaysia banyak mengalami perubahan. Perubahan dalam banyak sudut. Sudut kekeluargaan, pergaulan, pemakanan, tidak ketinggalan juga dari segi permainan. Permainan?? Apa pentingnya topik permainan untuk kita bincangkan di sini? Apakan permainan itu satu keperluan? Sedangkan hari ini rata-rata kita mementingkan kecemerlangan akademik. Mengejar straight 'A' dalam setiap peperiksaan. Malahan ibu bapa selalu marah-marah apabila anak bermain.

Ohh anak-anak mesti stress .. belajar, belajar dan belajar. balik sekolah tuisyen, malam tuisyen , hujung minggu pun tuisyen lagi.. kesian anak-anak tu mereka tidak ada masa untuk diri mereka sendiri. Pergi sekolah bawa beg yang sarat dan berat, balik rumah kena pergi kelas KAFA, home work banyak.

Apakah tulisan ini untuk menyebelahi anak-anak? beri muka kepada mereka, bila keputusan peperiksaan teruk siapakah yang perlu dipersalahkan? Baik,, bertenang.. bertenang. Inilah fenomena semasa yang perlu kita hadapi dengan bijak. Era pasca modenisasi sememangnya berlainan dengan zaman sebelum Jepun atau era selepas merdeka.

Kesan yang ketara yang kita boleh lihat ialah di mana ramai anak-anak masa kini yang anti sosial. Ini adalah akibat kurangnya pergaulan mereka dengan teman-teman dan orang-orang sekeliling. Mereka sekolah dari pagi sampai petang. Atau bila berada dirumah aktiviti mereka adalah bersifat in-door. Bermain play station, menonton talivisyen malahan ramai yang ada akaun face book. Aktiviti-aktiviti seperti ini sebenarnya tidak sihat untuk perkembangan anak. Mereka sepatutnya aktif dan cergas, meneroka alam sekitar dan bersosial.

Kalau kita imbas kembali permainan zaman 70an yang popular seperti bermain layang-layang, bermain congkak, teng-teng, galah panjang, konda kondi  ada nilai akademik dan nilai sosialnya yang tersendiri disamping faedah fizikal dan kesihatan yang tidak boleh disangkal lagi. Namun ia mungkin janggal pada kanak-kanak zaman kini, tak up to date konon..

                                                   satu dua tiga lekuk...

Sebenarnya ini adalah anggapan yang salah. Kalau di luar negara, terutama negara-negara maju mereka lebih menitik beratkan belajar sambil bermain, Keadaan tersebut membuatkan pelajar-pelajar relax dan tidak tertekan, hasilnya mereka lebih ceria dan kreatif, berbanding dengan anak-anak yang banyak di ajar secara teori dan dalam suasana yang tertutup. Mereka mengenal alam hanya melalui gambar dan video. Secara realnya mereka tidak pernah lihat apatah lagi untuh menyentuhnya. Anak-anak hari ini hanya menyanyikan lagu riwayat kupu-kupu, tapi sayang mereka tidak pernah melihat sendiri bagaimana rupa kepompong dan ulat beluncas.

Akhirnya anak-anak kita pada masa depan akan menjadi generasi seminar dan kursus, semua perkara mesti diseminarkan dan dikursuskan. Kerana sepanjang usia kehidupan mereka pengalaman kehidupan amat kurang. Ketokohan tidak tergilap sejak kecil.. seperti juga sifat berani, cerdik dan tahan lasak . Lantaran itu keperibadian mereka tidak kukuh, jati diri mereka tidak boleh dijamin,, ia hanya terbentuk apabila dewasa melalui seminar-seminar atau kelas-kelas pengajian, bukan sudah sebati dari awal lagi. Tidak hairan hari ini kaki rasuah itu adalam pemimpin itu sendiri, tidak hairanlah pengkhianat bangsa itu adalah orang yang bergelar pemimpin.

Sebelum fenomena ini menjadi lebih tenat sebagai individu yang berwawasan kita mesti bertindak pro aktif. Sebagai ibu bapa atau yang memegang jawatan dalam masyarakat seharusnya membuat sesuatu, buat satu action plan. tidak hanya berserah kepada keadaan atau menyerahkan tengkuk kepada sistem yang sedia ada. Masih ada ruang untuk kita memperbaiki keadaan walau tidak dinafikan ia selalunya menuntut kepada pengorbanan dan kecekalan.

Bermain adalah satu hak kanak-kanak yang semakin dinafikan ke atas mereka. Barat memperkenalkan kepada kita sistem pembelajaran yang exam oriented, tapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak mempraktikkannya dinegara mereka sendiri. Mereka menjadikan kita pasif dan anti sosial dengan cara halus.
                                                                      seronoknya main....

Walaubagaimanapun semua yang kita hendak lakukan mestilah dengan besederhana,, seimbang .. tidak berlebihan dos atau kurang. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak mereka, memantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.. Memastikan rohani, jasmani, emosi dan sosial anak-anak berada dalam keadaan baik.

Sesekali membawa anak-anak keluar bermain di taman, berkelah di pantai, mendaki gunung maupun meredah hutan. Pengalaman - pengalaman tersebut penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Malahan sekarang terdapat badan-badan yang menganjurkan kem jati diri, perkhemahan dan seumpamanya. Ibu bapa sepatutnya merebut peluang ini, kenapa perlu berkira demi kebaikan anak-anak,,,,?/

encem-encem anak-anak ni...

1 ulasan:

  1. Memang benar permainan sekarang menjadikan anak-anak lebih pasif, selain kurang berinteraksi dengan alam, kurang berfikir tentang kejadian alam dan Maha Pencipta. Tidak keterlaluan untuk dikatakan hidup mereka hanya tuisyen, exam, facebook dan PS. Menjadi ibu bapa adalah tanggungjawab yang berat, terutamanya zaman sekarang.. it's easier said than done.

    BalasPadam

insyirah berkata...

Memang benar permainan sekarang menjadikan anak-anak lebih pasif, selain kurang berinteraksi dengan alam, kurang berfikir tentang kejadian alam dan Maha Pencipta. Tidak keterlaluan untuk dikatakan hidup mereka hanya tuisyen, exam, facebook dan PS. Menjadi ibu bapa adalah tanggungjawab yang berat, terutamanya zaman sekarang.. it's easier said than done.

Catat Ulasan