Ahad, 20 Oktober 2013

ROH YANG BANGKIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Roh dan jasad yang kita miliki harus dibangunkan . tidak wajar jasad dibiarkan merana derita kurus kering tanpa makanan minuman kerehatan rawatan dan seumpamanya. Lebih-lebih lagilah roh . Walau pun ia tidak boleh dilihat susuk atau jisimnya namun kita tetap merasakan kehadhirannya. Roh juga mengalami jatuh bangunnya, mengalami kesihatan yang memuaskan atau menderita sakit.

Apakah tanda atau indikator kepada roh yang bangkit atau roh yang sihat ? sebenarnya kita mampu untuk mengukurnya melalui tingkah laku seseorang, melalui tabiat dan perangainya.

1. Wajhun toliq : wajah yang ceria.
roh yang bangkit akan terserlah melalui air muka seseorang. kemanisan wajahnya, atau keceriaannya menggambarkan dalamannya juga demikian. Mereka tidak diulit perasaan sedih berdukacita. Kerana orang yang rohnya bangkit sentiasa redha di atas setiap ketentuan Allah. Tidah pernah mengeluh di atas kesusahan. Menghadapi segala ujian kehidupan dengan dada yang lapang.

Sebaliknya mereka yang Rohnya jatuh sering akan terpancar diwajahnya raut-raut duka. susah untuk tersenyum. Jauh sekali bermanis muka. wajahnya seakan-akan kelat . Rohnya mungkin tidak di didik agar menerima kehidupan ini dengan sabar dan redha. sering menyalahkan takdir dan orang lain. Serba tidak kena apabila bertemu dengan manusia.

2. Mudah untuk memuji .
Ramai orang yang sangat mudah mengeji dari memuji. Lidahnya seolah berat untuk melontarkan pujian kepada seseorang. Berbanding orang yang jiwa atau rohnya bangkit, tiada masaalah baginya untuk menghulurkan pujian. Suka menghargai budi bahasa orang lain. Rasa bahagia dengan kejayaan orang lain. Inilah karakter seorang yang rohnya bangkit. Tidak suka mengamalkan nilai-nilai negatif dalam pergaulannya.

3. Tidak berminat kepada konflik
Sentiasa menjauhkan diri dari sebarang konflik . tidak berminat berkonflik. sentiasa memaafkan orang lain dan suka meminta maaf. tidak berminat untuk membesar-besarkan isu yang kecil sehingga menjadi besar dan panas. Cukup berhati-hati dalam muamalah.

Tiga perkara di atas mungkin boleh ditambah lagi menjadi 4 ,5 ,6 dan seterusnya. Yang penting ialah istiqomah dalam perbuatan-perbuatan yang baik . Jika tiga perkara ini tidak kita miliki bagaimana pula kalau hendak ditambah lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan