Sabtu, 20 Jun 2009

KISAH NAIK BASIKAL

Ingat tak semasa mula-mula belajar naik basikal dulu?? Pasti seronokkan..! Selagi tak pandai selagi itulah kita cuba dan cuba. Pagi petang siang malam fikiran asyik teringat nak naik basikal. Selalu menangis berebut basikal nan sebuah dengan adik beradik. Kadang-kadang sepupu dan jiran pun suka menyakat jugak.. Masa dulu semua basikal besar, ada palang di tengah, mana ada roda kecil di kiri kanan tayar.. semangat tak pernah luntur untuk belajar naik basikal.

Ada kalanya terjatuh. Ada kalanya terlanggar pokok. Dan yang agak dahsyat sikit ialah ketika terjatuh longkang. Namun tak jemu untuk meneruskan perjuangan. Luka dan terkehel tu perkara biasa. Kalau turun bukit kadang-kadang terjajar ke bawah, sebab berek puutus!!

Pernahkah anda terfikir apakah rahsia semangat yang tidak pernah luntur belajar naik basikal tuh..! Sebab basikal baru ke? sebab nak jadi pelumba basikal ke? tidak.. tidak.. Sebenarnya seseorang yang tidak pernah menyerah kalah dan mengalah itu tersemat nun di dalam hatinya bahawa aku boleh..!!, aku mampu untuk berjaya...!! Cuba sekali tak boleh , cuba lagi , cuba dua kali tak boleh cuba lagi , sehinggalah berkali-kali, walau berpuluh kali malah beratus dan beribu kali. Akhirnya akan berjaya..!

Maka sesuatu yang berlaku atas diri anda itu adalah apa yang anda fikirkan. Think positif.. jika anda fikir anda boleh memanglah anda boleh,, percayalah bahawa anda boleh..!! kalau buat kerja sekerat jalan, hangat-hangat tahi ayam kata orang takkan sampailah kita kepada matlamat dan tujuan. Alang- alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..!! kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya...

Peristiwa yang kita lalui ketika zaman kanak-kanak tak salah untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran bila kita dah dewasa. Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar kita. Kenapalah bila dah dewasa ni kadang-kadang kita sering mengaku kalah, kecewa dan putus asa. Mungkin pada permulaan pekerjaan kita tu kita tak pasang niat betul-betul. Sedangkan masa budak-budak dulu kita bukan main hero lagi.

Fa'tabiru ya ulil albab..

2 ulasan:

  1. teringat kenangan lama di bangku sekolah..time cuti balik kg..belajar naik basikal palang arwah tuk ya

    BalasPadam
  2. basikal memang menyimpan banyak nostalgia..

ilhamhainy berkata...

teringat kenangan lama di bangku sekolah..time cuti balik kg..belajar naik basikal palang arwah tuk ya

UN berkata...

basikal memang menyimpan banyak nostalgia..

Catat Ulasan