Isnin, 25 Januari 2010

KOBANNA

Jemput kepada semua warga Malaysia terutama Melayu yang berusia lewat 18 tahun ke atas untuk hadhir ke konvensyen ini. Sudah sekian lama kita berada di dalam kemelut demi kemelut politik . Isu demi isu yang terpaksa kita telan. Namun sampai bilakah ini perlu untuk kita biarka ia terus berlaku. Bimbang ia akan menjadi semakin parah .Kita sering melaungkan slogan perpaduan, dan terkini 1 Malaysia. Ke mana sebenarnya hendak kita tuju. Apakah kita hanya berserah kepada keadaan untuk menentukan masa depan negara kita? Apa sumbangan kita sebagai Melayu Islam dalam melakar agenda bangsa.

Kita sebagai bangsa Melayu harus faham , harus mengerti tentang cintakan watan. Di mana jati diri kita orang melayu dalam mempertahankan bangsa dan agama. Pengalaman penjajahan sudah di rasai oleh nenek moyang kita terdahulu, wallau sudah merdeka dan terlepas dari cengkaman penjajahan namun agenda mereka ke atas bangsa Islam tidak pernah padam. Kalau nak ikutkan waktu sekarang lebih mudah untuk mereka kembali menjenguk dan mengikut jejak langkah kerabat mereka dulu. Manakan tidak.. budaya, gaya hidup dan fikiran kita sudah lama di jajah , hanya tunggu masa untuk masuk menapak.

Sebenarnya bahang penjajahan ini bukan hanya dinegara kita, ia adalah agenda global yang terancang. Asy Syahid Hassan Al Banna seorang tokoh yang amat merasakan peri pentingnya kita bangsa Islam ini untuk bangkit semula. Walau berbangsa Arab Mesir, namun beliau meluahkan idea dan gagasannya untuk seluruh ummat Islam. Dengan harapan ummat Islam akan kembali berada di bawah satu sistem khalifah.

Lantaran itu apakan gagasan yang beliau lontarkan untuk menyelamatkan ummah ini? Apakah releven untuk kita guna pakai di zaman kini? Maka marilah kita luangkan masa untuk mendengar serba sedikit perbincangan yang berkaitan dengannya di konvensyen yang di anjurkan khas untuk membuka minda kita. Moga akan terpecah kepompong kita yang selama ini kita rasakan hebat. Agar kita melihat semua penjuru alam yang luas ini. Moga akan terungkai tali-tali yang mengekang untuk kita melangkah jauh selama ini, yang menyebabkan kita hanya sering memikirkan perkara-perkara kecil kononnya untuk suvival dan kehidupan yang stabil. Dalam masa yang sama umat terus tenat, fasad terus menjadi parah, kejatuhan akhlak , kegawatan ekonomi, percaturan politik dan sebagainya.

Demi kasihnya kita kepada watan bangsa kita tidak seharusnya berdiam diri atau terus hanyut mengukir sejarah baru yang hodoh coraknya.

Apakah yang akan di bincangkan nanti ? Memandangkan masa hanya sehari sahaja , pasti tidak mampu untuk mengupas semuanya . Tapi sudah cukup sekadar membuka minda kita. Sebanyak 3 kertas kerja yang akan di bentangkan :

Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Ustaz Mohd Rusdi bin Haji Alias.
Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Ustaz Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman.
Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni.

Konvensyen ini adalah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia [ISMA] sebuah NGO Islam. Mungkin anda tidak mengenali siapakah pembentang-pembentang kertas kerja di atas, tapi itu bukan alasan atau halangan untuk anda tidak hadhir. Selagi kita tidak dengar, tidak menghayati serta memahami fikrah yang ingin di sampaikan oleh Asy Syahid Hassan Al Banna yang ingin di ketengahkan itu selagi itulah kita tidak dapat menilainya.

Bertemu kita di sana ...

TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
TARIKH : 30 JANUARI 2010
PENDAFTARAN : 8.00 AM
TAMAT : 5.30 PTG.

sila layaran laman web ini untuk maklumat lanjut ; http://www.kobanna.ismaweb.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan