Isnin, 24 Mei 2010

KOC UNTUK WANITA DALAM PERKHIDMATAN KOMUTER

koc wanita di bawah pengawasan seorang pegawai lelaki

poster-poster dalam komuter

Banner di tempat menunggu wanita

salah satu stesyen komuter

Sesekali lepaskan tangan dari stereng kereta. Parking dan pegi beli tiket di stesyen KTM ada juga baiknya. Dapat melihat dan mengetahui senario semasa. Sekarang komuter Seremban - Rawang sudah ada koc khas untuk wanita. Baru je pelancarannya, bannernya masih cantik berkilat lagi.
Bagi wanita dan remaja puteri yang sememangnya menjadikan komuter sebagai pengankutan harian mungkin boleh menarik nafas lega. tak perlu bersesak sesak dengan kaum Adam lagi, hendak-hendak jika waktu perdana seperti waktu balik pejabat, hujung minggu atau sewaktu cuti atau musim perayaan.

Al maklumlah jika keadaah bersesak-sesak antara lelaki dan perempuan dalam koc yang padat kurang macam ikan sardin dalam tin tentulah pelbagai perkara boleh berlaku. Maruah tak terjaga, terdedah kepada perbuatan tak bermoral oleh orang yang tak bermoral . Tambahan pula tanahair kita Malaysia ni masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa, di tambah pula dengan para lelaki Indon, Bangla juga Afrika. Memang tak selesa dibuatnya.

Lantaran itu anisiatif mengadakan koc khas untuk wanita tu amatlah sesuai dan wajar sekali. Kalau berimpit pun dengan perempuan, boleh tolak ansur lagi. Masa mula-mula naik tu rasa lega, lapang kepala.

Tapi...
Yang nak geramnya masih ada lagi spesis yang tak reti bahasa. Selamba je masuk duduk, sedangkan terpampang kenyataan "koc untuk wanita sahaja sepanjang masa" di tingkap tingkap komuter. Dalam pelbagai bahasa lagi, bahasa melayu, Tamil, cina, bahasa Arab pun ada.

Itulah dia... tak sensitifnya masyarakat kita. Buat tak reti. Masa di stesyen Seremban tu bolehlan ringan mulut bagi tahu" ini koc untuk wanita encik,," tapi bila komuter dah bergerak dan mendarat di stesyen demi stesyen takkan setiap kali tu nak bersuara. Itulah kali pertama pengalaman naik koc wanita tu.

Kali kedua... seminggu selepastu, ada sedikit perubahan , di mana ada seorang pegawai bertugas untuk menjaga koc tersebut dari di ceroboh oleh orang lelaki. Tapi kesian dia macam boring je duk dalam koc tu, dia seorang je lelaki.

Demikianlah realiti kita. Jika tiada kesedaran dari dalam hati, peraturan apa pun di buat masih belum pasti lagi natijahnya. Sewenang-wenang je langgar peraturan. Kalau ada pemerhati agak ok, kalau tak de k.o..

Sesungguhnya peraturan dan undang-undang belum cukup . Mesti ada satu asas dan prinsip lain yang menjadi dasarnya. Iaitu prinsip akhlaq yang sejahtera yang lahir dari kefahaman agama. Kerana itulah juga apabila Rasulullah menyampaikan ajaran Islam di Mekah perkara utama yang di tekankan ialah Aqidah. 13 tahun di Mekah baginda hanya fokus kepada aqidah. Sewaktu kerajaan Islam terbina di Madinah dengan aqidah mantap para individu Islam barulah diturunkan peraturan, perundangan dan sistem muamalat. Nampak cantikkan...

Macam nak bina bangunan lah, mesti buat faundationnya yang kukuh dulu barulah sistem lain boleh berfungsi dengan baik, lifnya, pintunya, tingkapnya, bumbungnya dan seterusnya. So,,, dalam kita nak membina jati diri kita perkara utama yang kita kena selesaikan dulu ialah Aqidah. Percaya kepada tuhan, merasakan kewujudanNya. Rasa takut dan bersalah jika menyalahi perintahnya. Atas aqidah yang betul akan terbinanya pula akhlaq, muamalah dan segala sistem yang lain.

Begitu juga dalam pendidikan anak-anak, berbuih mulut kita bercakap tapi mereka buat acuh tak acuh. Puncanya ialah asas aqidah dan agama yang lemah.

Maka tidak boleh tidak kita kena kembali kepada penghayatan agama. Kembali kepada Islam yang syumul . Bermula dengan pembentukan peribadi, keluarga dan masyarakat. Jika hanya peraturan dan undang-undang sana sini manusia akan rasa tertekan, terkongkong dan bosan yang akhirnya mereka akan memberontak.

2 ulasan:

  1. kalau dekat Cairo, mesti lelaki2 yang tak sengaja / 'ter'sengaja masuk koc perempuan ni kena sound dgn penumpang2 perempuan; "lissayyidat!!" (utk perempuan!!) :)

    BalasPadam
  2. kat Malaysia ni lain dari Cairo... sbb mrk sendiri pun dah biasa dgn ikhtilat dan sikap mrk tak suka kecoh2.

insyirah berkata...

kalau dekat Cairo, mesti lelaki2 yang tak sengaja / 'ter'sengaja masuk koc perempuan ni kena sound dgn penumpang2 perempuan; "lissayyidat!!" (utk perempuan!!) :)

UN berkata...

kat Malaysia ni lain dari Cairo... sbb mrk sendiri pun dah biasa dgn ikhtilat dan sikap mrk tak suka kecoh2.

Catat Ulasan