Dengan sistem layan diri di stesyen pam minyak sebenarnya kita terdedah kepada bahaya elekrik statik, terutama ketika minyak sedang diisi.. kerana elektrik statik tersebut boleh mengakibatkan kebakaran.
150 kes dari kebakaran jenis ini telah diselidiki dan hasilnya sangat mengejutkan.
1 - Dari 150 kes, lebih banyak terjadi pada wanita daripada lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk.
2 - Di sebahagian besar kes orang telah kembali masuk kereta ketika hos masih menuangkan petrol keluar (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran ). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam pistol hos, api bermula, itu adalah akibat dari elektrik statik.
3 - Majoriti mereka yang terkena adalah yang memakai kasut bertapak getah dan memakai pakaian dari serat sintetik.
4 - Jangan gunakan telefon ketika mengisi dengan bahan bakar.
5 - Wap yang berasal dari petrol yang membakar dan menyebabkan api ketika tersentuh dengan elektrik statik.
6 - 29 dari kes dianalisis ialah terdiri dari mereka yang kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol petrol semasa proses pengisian petrol.Hal ini terjadi pada kereta yang berlainan jenama dan model.
7 - 17 kebakaran berlaku sebelum, semasa atau akan selepas tutup tangki petrol ditanggal dan sebelum mula mengisi dengan petrol.
8 - Cas elektrik statik mungkin berlaku ketika penumpang menggosok pakaian mereka kepada pelapis dari kerusi ketika masuk atau keluar kenderaan. Untuk mengelakkannya, dianjurkan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk . Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai dan ditutup.
.9 - Apabila petrol tumpah atau terpercik ke tanah pembersihan hendaklah di lakukan segera, kerana , kerana stim yang sangat mudah terbakar akan dihasilkan yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik ( seperti telefon bimbit, remote kawalan, dll) atau dengan geseran kunci kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin , petrol tumpah harus dikumpulkan bersihkan oleh kakitangan stesyen minyak.
TIP KETIKA MENGISI MINYAK :
Berhentikan kenderaan , tarik hand break, mematikan enjin, radio dan lampuJANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan menutup pintu kereta keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik .
Setelah menutup pintu sentuhla BAHAGIAN DARI LOGAM sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol.
Maklumat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya di stesyen minyak . Maklumat ini perlu disebarkan kepada SEMUA kenalan dan keluarga, terutama anak-anak dalam kereta saat menuangkan petrol.Terima kasih untuk menyampaikan maklumat ini.
-Sumber ; buletin Shell.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan