Isnin, 24 Januari 2011

MAWAR BERDURI DI JALAN ALLAH

.
Musafir kehidupan di atas muka bumi Allah ini terus berlalu dan berlangsung. Meninggalkan di belakangnya jejak-jejak yang jelas. Memori, kenangan, nostalgik, tidak kurang juga parut-parut kesedihan, dendam , kesal dan phobia. Namun apakah engkau rasa serik berada di dalam musafir ini? Mahukah engkau hentikan sahaja perjalanan ini. Tidak tergambarkah dalam mindamu akan destinasi indah yang menanti? 
Atau... apakah selamanya engkau akan berada di alam dunia ini? Menikmati  keseronokan, kekayaan, kemewahan dan segalanya. 
Oooh... persoalan demi persoalan. Persoalan yang berbaur emosi, bersulam kesayuan . Lambang kelemahan sebuah jiwa.. seolah - olah melihat  masa depan yang sangat kabur..
Aahhh!! Mengapa kau membiarkan perasaan menentukan masa depanmu. Sesungguhnya kita ada ALLAH Yang Maha Esa, Yang Maha Pentadbir. KepadaNyalah tempat selayaknya untuk kita mengadu, menghamburkan segala kelemahan. Allah amat suka mendengar rintihan dan keluhan hambaNya. Semakin kita merintih semakin Allah dekat dihati. Satu terapi kehidupan yang sangat mujarab.
Ketika sedang berdiri tegak, rukuk dan sujud di dalam solat mu, adakah engkau menyerahkan dirimu sepenuh hati kepadaNya. Apakah khusyukmu dicemari dan dicuri oleh syaitan dan nafsu yang sentiasa di sisi. Di sinilah letaknya nilai ubudiyyah seorang hamba..  Sebetulnya semakin kurang khusyuknya semakin kuranglah kualiti hubungan intim seseorang itu dengan Pencipta. 
Ya.. selama ini kita sering terleka. Tidak meletakkan Allah di hadapan. Sering sempit dada dengan segala bentuk ujian yang melanda,  merasa tertekan dengan posisi kesihatan, status ekonomi dan perhubungan awam. Sedangkan kesemua itu adalah umpama exersice atau vitamin untuk stamina dan kekuatan otot-otot rohani. Perlu di tempuh dengan penuh semangat, tabah, sabar dan redho. Empat sekawan yang tidak boleh dipisahkan dimana jua kita berada. 
" Ya Allah... bantulah aku untuk sentiasa mengingatimu dan bersyukur di atas segala nikmatmu. Bantulah aku dalam melakukan ibadah terbaik buatMu.. Aminnnn!!!  "
Sesungguhnya jalan menyeru kepada jalan Allah ini sangat menguji. Di atasnya ada lorong-lorong sempit yang amat mencabar. Di atasnya juga ada lurah dan bukit yang menguji kecekalan.Namun aku pasti pada setangkai mawar berduri ada embun sejuk yang menyamankan.
Benarlah seperti kata seorang penyair :
وترى الشوكة في الورود وتعمى أن ترى فوقها الندى إكليلا
“Engkau melihat duri-duri yang menghiasi batang-batang mawar. Namun engkau seolah buta untuk melihat di hujung dedaun itu ada embun yang menyejukkan”

Buat diriku, teman dan sahabat seperjalanan ...
langkah-langkah mu adalah barakah seandainya ia disalut dengan keikhlasan. Derapnya lebih rangup dengan pengorbanan . Thabat, tajarrud serta ukhuwwah adalah rencah yang amat mempengaruhi bau , rasa dan imej perjalanan ini . Yang akan menghasilkan produktiviti amal yang berkualiti tinggi. Setanding dengan jihad yang suci.

Selamat berjuang dijalan mulia ini.. sebagai tanda ketaatan kepada Yang Maha Tinggi. Demi mentahqiqkan bai'ah yang telah termeteri.

Rabu, 29 Disember 2010

SEJENAK TENTANG BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu telah digunakan sejak berzaman . Pernahkah kita mengambil tahu tentang sejarah bahasa ibunda kita ini? sebenarnya tidak rugi kita mengkajinya. Khazanah bangsa kita yang kita warisi tidak patut jika kita tidak tahu tentang asal usulnya. Selain bahasa  Melayu yang di tuturkan melalui lisan apakah tulisan yang digunakan untuk mengungkap kata-kata tersebut dalam persuratan? 

Kerajaan Melayu Melayu dengan kesultanan yang tersohor ketika itu sememangnya kaya dengan bahasa . Sebuah kerajaan ketika itu yang belum ada lagi mesin taip, fotokopi mau pun komputer mereka menggunakan kalam dan dakwat untuk menulis. Malahan lebih hebat dari kita di mana mereka telah mengabadikan sesuatu peristiwa dengan menulisnya di atas batu. Batu bersurat yang di temui di Terengganu merupakan batu bersurat yang di tulis dengan tulisan jawi yang pertama di temui di Tanah Melayu.  Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala BerangHulu Terengganu pada tahun 1899. 

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Begitu juga denga perjanjian Pulau Pinang pada tahun 1736 adalah juga ditullis di dalam tulisan jawi. Pada tahun 1812  Marsten seorang Belanda telah menulis tata bahasa Melayu untuk di ajarkan kepada orang Belanda.Ia terus di gunakan hinggalah ke saat Melaka jatuh ketangan Inggeris pada 1824. Pada tahun 1901 pula buku " The evulation of  the Malay spelling" telah di tulis oleh shalaby.Seterusnya pada 1902 kerajaan Negeri Selat telah memerintahkan wilkinson supaya mengemas kini ejaan rumi dan digunakan di sekolah-sekolah. Ini menunjukkan setelah kedatang Inggeris tulisan jawi dan rumi telah di gunakan.

Pada tahun 1956 kongres Bahasa Melayu dan Persuratan kali ke 3 telah membuat sistem ejaan baru bahasa Melayu. Ia tidak berhenti di situ sahaja, pada tahun 1957 kerajaan telah melantik sebuah jawatan kuasa ejaan dan menyelaraskan ejaan antara Bahasa Melayu dan Indonesia. Contohnya : 
jang  = yang
syabas = syabas

Sama ada kita sedari atau tidak bahawa bahasa Melayu yang kita gunakan sehingga ke hari ini banyak terpengaruh dengan  bahasa yang di guna pakai di nusantara . Bahasa kita juga banyak mencedok dari bahasa Inggeris mungkin kerana sudah biasa menggunakannya ketika di jajah.

beberapa contoh  daripada bahasa nusantara :
" aneh, awet,kaget. pamer, gembleng, jempal, lelucon, calon, lakon, lancong, lapor, perabot, tulen, dan ulet ".

Beberapa contoh dari bahasa Inggeris :
" Kabaret, panel, atom, kontraktor, gabenor, simen, tiket, subjek, kupon, teater, hipotisis, objektif, petroleum, spektru, artikel, fosil, hipokrit, bonus, forum, filem, meter."

Terdapat beberapa gugusan konsona dalam bahasa Inggeris yang dikekalkan dengan beberapa penyesuaian , contoh :
block = blok          clinic = klinik          script = skrip          Class = kelas          club = kelab  
glass= gelas          grant = geran          plan = pelan          stamp = setem

Sehingga hari ini bahasa dan tulisan Melayu terus berkembang dan  berlaku beberapa perubahan mengikut keperluan semasa. kelihatan banyak bahasa Inggeris yang telah di Melayukan dan diiktiraf untuk di gunakan sebagai bahasa Melayu.

Lantaran itu bahasa kesultanan Melayu Melaka sudah lama tidak digunakan dan tidak didengari walaupun dalam istana kecuali beberapa perkataan sahaja. Bahasa tersebut telah diketegorikan sebagai warisan Melayu klasik. seperti perkataan arakian, syahdan, sepekan, sepurnama, dan seumpamanya. Namun satu yang menarik jika kita tuturkan kembali dihadapan anak-anak kita masa kini, dan ia merupakan satu kebanggaan kita. Yang juga banyak diabadikan dalam filem-filem Melayu lama karya P.Ramlee dan yang sezaman dengannya, iaitu ketika mengisahkan tentang kehidupan dan pemerintahan di istana.

Semuga ia tidak akan pupus begitu sahaja ditelan zaman. Mungkin perlu ada beberapa anisiatif dari pihak pencinta bahasa untuk ia dipelihara atau di beri nafas baru. Tambahan pula senario yang semakin membimbangkan kini  ialah penggunaan bahasa ringkas, rojak dan istilah-istilah yang tidak menggambarkan keindahan bahasa Melayu itu sendiri, tetapi hanya lebih untuk mengungkapkan sesuatu untuk rasa seronok didengar, ada unsur lucu, santai dan seumpamanya.

Ahad, 26 Disember 2010

ELEKTRIK STATIK DI STESYEN MINYAK

Satu perkara penting yang perlu kita kongsikan di sini, beringat sebelum kena. Jangan sudah terabtuk baru terngadah... Malang tidak berbau. Disamping sentiasamemohon perlindungan dari Allah  Yang Esa.
Dengan sistem layan diri di stesyen pam minyak sebenarnya kita terdedah kepada bahaya elekrik statik, terutama ketika minyak sedang diisi.. kerana elektrik statik tersebut boleh mengakibatkan kebakaran.

150 kes dari kebakaran jenis ini  telah diselidiki dan hasilnya sangat mengejutkan.

1 - Dari 150 kes, lebih banyak terjadi pada wanita daripada lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk.

2 - Di sebahagian besar kes orang telah kembali masuk kereta ketika hos masih menuangkan petrol keluar (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran ). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam pistol hos,  api bermula, itu adalah akibat dari elektrik statik.

3 - Majoriti mereka yang terkena adalah yang  memakai kasut bertapak getah  dan memakai pakaian dari serat sintetik.

4 - Jangan gunakan telefon ketika mengisi dengan bahan bakar.

5 - Wap yang berasal dari petrol yang membakar dan menyebabkan api ketika tersentuh  dengan elektrik statik.

6 - 29 dari kes dianalisis ialah terdiri dari mereka yang  kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol petrol semasa proses pengisian petrol.Hal ini terjadi pada  kereta  yang  berlainan jenama dan model.

7 - 17 kebakaran berlaku sebelum, semasa atau akan selepas tutup tangki petrol ditanggal dan sebelum mula mengisi dengan petrol.

8 - Cas elektrik statik mungkin berlaku  ketika penumpang menggosok pakaian mereka kepada pelapis dari kerusi ketika masuk atau keluar kenderaan. Untuk mengelakkannya, dianjurkan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk . Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai dan ditutup.
.9 - Apabila  petrol tumpah atau terpercik ke tanah pembersihan hendaklah di lakukan segera, kerana , kerana stim yang sangat mudah terbakar akan dihasilkan yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik ( seperti telefon bimbit, remote kawalan, dll) atau dengan  geseran kunci  kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin , petrol tumpah harus dikumpulkan bersihkan oleh kakitangan stesyen minyak.

TIP KETIKA MENGISI MINYAK :

Berhentikan kenderaan , tarik hand break,  mematikan enjin, radio dan lampuJANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan  menutup pintu kereta keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika  bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik .

Setelah menutup pintu sentuhla BAHAGIAN DARI LOGAM  sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol.
Maklumat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya di stesyen minyak . Maklumat ini perlu disebarkan kepada SEMUA kenalan dan keluarga, terutama anak-anak dalam kereta  saat menuangkan petrol.Terima kasih untuk menyampaikan maklumat ini.

-Sumber ; buletin Shell.

Sabtu, 27 November 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Sejenak merenung Firman Allah SWT  yang maksudnya :

" Dan dari penciptaan langit dan bumi serta berbagai bahasa kamu dan warna kulit  kamu , sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu tanda kebesaran Allah swt untuk seluruh alam . "

Jelas terlihat dalam ayat tersebut bahawa Allah menyatakan bahawa tanda kebesaranNya ialah penciptaan langit, penciptaan bumi , bahasa manusia yang berbagai-bagai di muka bumi ini , juga warna kulit mereka, yang diungkapkan dalam satu ayat. Apabila kita mengkagumi penciptaan langit dan bumi kita juga sepatutnya merasa kagum dengan ilham Allah kepada manusia yang menuturkan berbagai-bagai bahasa, disamping warna kulit mereka kepada beberapa warna.

Ayat di atas juga seolah-olah ingin mengatakan bahawa bahasa itu ada kaitan dengan bangsa [ yang diungkapkan dengan warna kulit di dalam ayat tersebut]. Secara umumnya setiap bangsa memiliki bahasa mereka sendiri. Tetapi manusia tidak mampu untuk menuturkan dan memahami bahasa-bahasa tersebut kecuali sedikit sahaja. Biasanya mereka hanya mampu menguasai bahasa ibunda, bahasa kedua dan ketiga sahaja, jarang-jarang sekali yang boleh bercakap atau memahami sehingga sepuluh bahasa.

Lantaran itu bahasa adalah kebanggaan sesuatu bangsa. Bahasa adalah jiwa bangsa. Apabila mati atau pupus sesuatu bahasa itu maka akan mengakibatkan layu atau matinya sesuatu bangsa. Pendek kata bahasa adalah salah satu dari identiti sesuatu bangsa.

Apakah itu "identiti "? Identiti  berasal dari bahasa Inggeris yang maksud Melayunya ialah "jati diri ". Oleh itu semakin popular sesuatu bahasa itu di mata dunia semakin masyhurlah pula bangsa yang menggunakannya. Seperti halnya bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan bahasa Perancis dipelajari serta digunakan dengan banyakkanya kerana bangsa-bangsa tersebut merupakan bangsa yang dominan di dunia.

Bagaimana pula halnya dengan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita Malaysia? Berbanding Singapura bahasa kebangsaannya bahasa Melayu , tetapi bahasa rasmi mereka adalah bahasa Inggeris.

 Apakah kita telah meletakkannya ditempatnya yang sebenar. Sejauhmanakah kebanggaan kita dengan bahasa Melayu. Sejauh manakah keselesaan kita apabila menuturkannya di khalayak secara rasmi atau tidak rasmi?  Kalau jawapannya masih belum seratus peratus maka usaha kita untuk memartabatkan bangsa melalui bahasa adalah amat jauh lagi.

Kebanyakkan kita semakin selesa berbahasa Inggeris. Malahan semakin tinggi pendidikan kita semakin  tidak menggunakan bahasa ibunda kita sendiri. Lidah seolah jadi berbelit untuk mencari perkataan Melayu. Ini satu fenomena yang tidak boleh dipandang ringan. Kalau tidak kita yang memartabatkan bahasa dan bangsa kita sendiri siapa yang akan memertabatkannya..?

Ketika mendengar satu rancangan di radio IKIM saya amat kagum dengan Prof.Emeritus Nik Safiah Karim yang dengan tegasnya mempertahankan keluhuran Bahasa Melayu di tanahair. Kerana baginya bahasa itu melambangkan jati diri sesebuah bangsa. Beliau seorang yang memang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bersama anak, menantu dan cucu malahan dengan jiran yang berbangsa Inggeris . Walaupun anaknya seorang guru bahasa Inggeris tetapi Nik Safiah Karim menetapkan agar anak-anaknya menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dalam keluarga. Anak jirannya apabila berjumpa dengan beliau akan mengucapkan " apa khabar nenek..!"

Kita yang berbangsa Melayu  yang sepatutnya menjadi contoh kepada bangsa asing yang mendiami negara ini , mengajak mereka sama-sama menggunakan bahasa kebangsaan kita. Bukan kita pula yang memandang asing terhadap bahasa Melayu dibumi kita sendiri.

Salah seorang pendengar membuat panggilan ke radio IKIM menceriakan bahawa ketika beliau dan suami pergi ke Mekah menunaikan haji beliau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya walau pun dengan pak-pak Arab. Malahannya suaminya sentiasa berbaju Melayu lengkap bersamping setiap waktu ketika tidak dalam ihram. Pelik tapi benar.... semata-mata untuk memperlihatkan budaya dan produk bangsa sendiri kepada orang lain .

Longgarnya kita dalam menggunakan bahasa Melayu jelas terlihat sehinggalah dalam majlis-majlis resmi,  dalam forum-forum dan pembentangan kertas kerja dalam seminar. Bahasa Inggeris seolah menjadi satu kebanggaan. Kalau tidak diselitkan dengan bahasa Inggeris seolah-olah tidak ada nilai akademik. Bukan tak boleh berbahasa Inggeris, tapi biarlah berpada dan bertempat. Kalau dalam mensyuarat atau pembentangan di peringkat antara bangsa tidak mengapalah kita menggunakan bahasa yang dominan di gunakan diperingkat antara bangsa, seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Budaya bahasa rojak seharusnya dihentikan.,,, bila bercakap bahasa Melayu bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya dengan ungkapan yang penuh sopan, halus dan indah. Jika bercakap bahasa Inggeris cakapkan bahasa Inggeris sepenuhnya.

.... kalau buka sms, terutama sms yang dihantar oleh anak-anak remaja, terlalu singkat sehingga menghilangkan nilai dan keindahan bahasa itu sendiri. Malah amat membimbangkan tabiat tersebut terbawa-bawa dalam surat-menyurat atau perhubungan resmi.

Akhir kata :

yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa

Sabtu, 2 Oktober 2010

KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL 2010

Tangan yang menghayun buaian itulah yang akan menggoncang dunia..! Wanita bukan sahaja isteri atau ibu yang melahirkan malahan mereka juga adalah pencorak kepada warna dunia. Andai rosak akhlak wanita di sesuatu negeri maka akan hancur dan runtuhlah negeri tersebut. Sesungguhnya peradaban tamadun kemanusiaan telah membuktikannya.

Konvensyen wanita Islam Nasional 2010 yang berlangsung di Dewan Wawasan , Politeknik Port Dickson adalah sekelumit dari usaha untuk memberi kesedaran kepada para wanita.

"Wanita Mendepani cabaran Sosial Pasca Moden" merupakan tema yang bertepatan dengan iklim semasa. Isu ini perlu diketengahkan agar kelangsungan masyarakat kita tidak terus dihanyutkan oleh gelombang di era pasca moden, tetapi bangkit dengan penuh cekal, bergerak dengan segala bekal.
Konvensyen di resmikan dengan paluan gong oleh Datuk Hajjah Zainab , exco pembangunan wanita dan kesejahteraan keluarga NS. Tanggal 24 Julai 2010 , konwanis kali keempat telah berlangsung. Konvensyen yang di anjurkan oleh Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS.

Menonton video tema dengan penuh khusyuk dan keinsafan... barisan VIP, Ketua Wanita Isma, YB Zainab ,Tim. ketua wanita 1, Puan Maliah ( JHEAINS), tim. ketua wanita 2.

Dewan wawasan yang merakamkan segala ucpan aluan, perasmian, ceramah, pembentangan kertas kerja dan malam kesenian Islam. Perserta yang hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Hadirin terdiri dari ahli wanita Isma, guru kafa daerah P.Sickson, Seremban dan Rembau, pelajar IPT dan kolej, pelajar luar negara yang pulang bercuti serta wakil dari NGO-NGO.
Ucapan aluan Pengarah program setelah di dahului dengan ucapan aluan pengerusi acara, nyanyian lagu negaraku dan lagu Isma serta bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Dewan sesekali digemakan dengan bunyi gamelan ketika ketibaan jemputan utama dan ketika berakhirnya majlis perasmian.

Semuga konvensyen ini sedikit sebanyak akan membuka minda wanita Islam. Merasakan peri pentingnya menggilap jati diri dan memperjuangkan keutuhan bangsa dan agama. Melayu Islam tidak harus ketinggalan di dalam apa jua bidang dan aktiviti sosial, namun tidak lari dari kerangka agama, budaya dan akhlak mulia.

" MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT "

Khamis, 24 Jun 2010

jom meriahkan dan hebohkan..

BERHATI-HATILAH MENJAGA HATI
KERANA HATI ADALAH
TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH..