Isnin, 13 Julai 2009

MENGGAPAI MATLAMAT UMPAMA MENDAYUNG SAMPAN

Visi dan misi seringkali kita lakarkan untuk mencapai hala tuju. Matlamat, hadaf atau ghayah maupun objektif adalah prediket-prediket yang menggambarkan sesuatu cita dan harapan. Untuk sampai kepada matlamat pasti di sana ada rintangan . Kesungguhan dan ketabahan hati seseorang adalah penentu kejayaan.

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.

Tiba-tiba, datang ombak... menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung.Tetapi, ombak menolak lagi... lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain...

Sampai, kita give up... and kata... alamak, susahnya nak capai pulau yang tu... takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain.... dan lain... dan lain...

Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Tetapi, akibat "ombak" yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain... sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan