Rabu, 15 Julai 2009

3 TIP ASAS CAPAI MATLAMAT

1: KEINGINAN

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan yang kuat [ qawiyun iradah ] . Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah
pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai. Innamal a'malu binniah.. sesunggunhnya sesuatu amal itu mestilah dengan niat. Berniatlah kerana Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Rasakanlah perkara yang hendak anda buat itu besar dan anda adalah di kalangan orang-orang yang berjiwa besar.

Satu kisah yang boleh kita kongsi :

seorang lelaki pergi berjumpa seseorang dan menyatakan:

Inni laka huwaijah [ aku ada hajat kecil darimu],
maka jawabnya : fas al biha rujailan [ maka engkau mintalah pada orang yang kecil].

2: KEYAKINAN

Lagu yang sering kita dengar sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya agak rancak , tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Lagu ini sering mainkan dalam seminar-seminar motivasi untuk menaikkan semangat peserta. Ia juga menarik minat sebuah perniagaan MLM sebagai lagu tema kumpulan mereka...

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai - itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi,
matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahunadalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
3: TULISKAN MATLAMAT ANDA

Ini AMAT penting. Menurut satu kajian, dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

Ketiga-tiga tip ini adalah salah satu cara pengurusan diri. Seorang muslim yang berjaya ialah mereka yang teratur dan bersistem dalam urusan kehidupannya [ munazzam fi syuunih]. Keinginan, keyakinan dan pencatatan adalah tiga langkah asas untuk anda melonjak lebih jaaauh lagi. Baru 3 tip , sebenarnya ada banyak lagi...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan