Ahad, 15 November 2009

JIDDIYYAH

BARANG SIAPA YANG MENGAGUNGKAN SYIAR-SYIAR ALLAH MAKA SESUNGGUHNYA ITU TIMBUL DARI KETAQWAAN HATI .

AL HAJJ : 32

Setiap tindak tanduk dan tingkah laku adalah lahir dari dalam diri seseorang. Dengan kata lain setiap perbuatan manusia itu adalah terjemahan dari yang tersurat dihatinya. Maka hati adalah raja segala anggota manusia. Seandainya suci hati tersebut lalu yang akan terhambur dari gerak geri dan tutur katanya adalah yang baik-baik jua. Jika buruk dan hodoh hatinya begitulah juga natijah yang akan lahir... kalau pun ia berlaku bertentangan dari apa yang ada dalam kalbunya itu hanyalah sementara... sifat hipokrit, pura-pura atau talam dua muka tak akan mampu bertahan selamanya. tembelang busuknya akan tersebar jua akhirnya.

Hati yang bertaqwa sahajalah yang akan mampu menghiasi persada dunianya dengan syiar-syiar Islam yang mulia. Perlakuan yang semakin mantap dan istiqomah akan menghasilkan natijah yang menakjubkan.

Siapakah gerangan manusia yang berkelakuan sebegini?? Tidak lain tidak bukan ialah sang gagah perwira menentang sayitan dan hawa nafsu,, bersunguh-sungguh mempertahankan aqidan , memperjuangkan ajaran addeen yang suci menggunakan senjata iman dan taqwa kepada Yang Maha Esa.

Bisikan-bisikan palsu yang sering menerjah ditewaskan dengan tekad yang tidak mudah di ganggu gugat. Cabaran serta halangan bisa dirempuh dengan mudah .Aduh... pendiriannya amat tegas sekali..! Iya... bila iman kian berbunga... ketaqwaan menjadi peneraju... maka kecemerlangan dan sukses dalam kehidupan seoran muslim itu akan dapat di capai.

Ketulusan niat dan tekad serta kecintaan seseorang kepada Tuhan dan agamanyalah yang akan membuatkan ia bangkit berjuang dengan sepenuh hati.

Jiddiyyah merupakan glosari abadi yang tercatat dalam kamus seorang Daie.. Segala daya dan usaha dicurahkan untuk mencapai yang terbaik dalam ibadah dan dakwahnya. Namun dari mana pula datangnya tekad dan kecintaan yang membara itu?? Ya .. datang dari kefahaman yang sohih lagi jelas terhadap agama ini. ,mendalami, menghayati lalu mentajsidkannya dalam alam nyata..

Inilah amalan bijak yang mesti kita amalkan... tidak rugi sesenpun...

Mereka yang tetap diatas budaya "jiddiyyah" ini akan terpancar hidayah di hatinya, jiwanya sentiasa cerah dan cita-citanya akan kian membangun.

استجلب نور القلب بدوام الجدّ

- RAIHLAH CAHAYA HATI DENGAN MELESTARIKAN KESUNGGUHAN

AJARILAH JIWAMU UNTUK TERBANG TINGGI,

NESCAYA IA TIDAK AKAN SUKA KEPADA KERENDAHAN.

KENALKANLAH KEPADA KEMULIAAN , NESCAYA IA AKAN MEMBENCI KEHINAAN.

RASAKANLAH KEPADANYA KESENANGAN ROHANI, NESCAYA IA AKAN MEREMEHKAN KESENANGAN JASMANI YANG KECIL,

CAPAILAH JANGKAUAN YANG PALING JAUH DARI APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN.

TIDAK PERNAH BERHENTI DARI MENGERAHKAN TENAGA

JADILAH BINTANG YANG MEMUKAU KEAJAIBAN

DAIEYYAH :

“ KECINTAAN YANG SGT KUAT TERHADAP DAKWAH,,

KEPUASANNYA PADA MISI DAKWAHNYA.

WASPADALAH TERHADAP TIDUR YANG MELALAIKAN, KERANA USIA TIDAK LAMA

BUANGKANLAH SAUFA DAN HATTA KERANA KEDUANYA PENYAKIT YANG BERBAHAYA

- MUNTALAQ

BARANG SIAPA YANG MENGENAL HAK WAKTU BERERTI DIA TELAH MENGETAHUI HARGA KEHIDUPAN, KERANA WAKTU ADALAH KEHIDUPAN

– AL BANNA

IMAM AHMAD DI TANYA :

“ BILAKAH SEORANG HAMBA MERASAKAN NIKMATNYA ISTIRAHAH? “

JAWABNYA :

“ MANAKALA IA MELANgKAHKAN KAKINYA MASUK KE SYURGA “

JIKA KAMU MENDATANGI TEMPAT TIDURMU

DI MALAM HARI UNTUK TIDUR

MAKA ENGKAU AKAN MERASAKAN KEDUA LUTUTMU MERINTIH ,

SEMUA OTOTMU TERASA KAKU

KERANA BANYAK BERGERAK DI SIANG HARI.

----- LELAH.

[ AR RAQAIQ ]

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Ramai orang yang meminati aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan
seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali.
Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya
"Anything else was secondary and an unnecessary distraction"

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali industri kita sendiri. Apakah rahsia tersirat dan tersurat mereka ? No short cut to success...

Serba sedikit gambaran tentang jiddiyyah di sini mudah-mudahan akan menyuntik semangat yang mungkin sering kali terdedah dengan penyakit futur atau lose dari aktiviti dakwah.

Sabtu, 14 November 2009

Rabu, 28 Oktober 2009

JEMPUT KE SEMAI MESRA..!!

Bagan Pinang.. DUN 31

Pemandangan- pemandangan waktu malam pilihanraya. Persiapan dan usaha terakhir dari kedua-dua belah pihak. Lawan tetap lawan.

Suasananya memang meriah mengalahkan pilihanraya umum. Manakan tidaknya pilihanraya kecil.. di hadiri oleh penyokong-penyokong dari seluruh pelusuk negara... tertumpu di situ sahaja.

Demografi di bagan Pinang yg berbilang kaum bolehlah dianggap spt model kecil utk negara Malaysia (cuma peratusan penduduk India dan cina terbalik-yg mana India lebih ramai).

Perang poster...

Tanpa poster tak rasa berlawan pulak...

Poster antara senjata untuk memancing undi.. Ada yang di tampal, di sangkut , di gantung dan di kibarkan...
Harapan BN mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor, 54, semalam akibat jangkitan dalam darah. Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil pa 11 okt lalu. Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Adat bertanding.. ada menang ada kalah >>> Namun semua yang bertanding mengharapkan kemenangan.

BAHASA NOGOGHI...

" Antara tanda kebesaran Allah bahawa Dia telah menciptakankan langit dan bumi dan menjadikan kamu berbeza dari segi bahasa dan warna kulit, sesesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi seluruh alam " .. Surah Rom.

Lidah merupakan satu anugerah yang di berikan oleh Allah kepada manusia . tiada manusia yang hidup di dunia ini yang tidak berlidah. Hatta yang bisu pun punya lidah walau tidak boleh bertutur. Kerana selain untuk bercakap lidah di gunakan untuk merasa makanan.

Dari lidah yang unik itulah terbitnya dailek dan loghat bahasa yang pelbagai, bahasa dituturkan mengikut daerah , negeri, negara dan rantau di mana seseorang itu berada... atau puak, bangsa, kaum dan keturunan seseorang itu. Dalam pendidikan kanak-kanak mengatakan bahawa di dalam otak seorang bayi itu ada satu channel untuk bahasa. Kanak-kanak akan boleh bertutur dalam beberapa bahasa jika di cipta channel tersebut sejak ia kecil oleh ibu bapanya melalui pembelajaran dan pembiasaan . Inilah keajaiban otak..!!

Bahasa negoghi... kini nampaknya sudah semakin haus dan hakis. Anak-anak sudah mula tidak menuturkannya seasli yang di tuturkan oleh nenek moyang mereka dulu. Bahasa sudah bercampur aduk dengan lohgat lain atau sudah tidak di gunakan sama sekali.

Bagi anak-anak kelahiran tahun 60an atau awal 70an di n. Sembilan terutama yang tinggal di kampung-kampung selalunya terror dalam cakap bahasa nogoghi ni. Dailek nogoghi ni mempunyai kaedahnya yang tersendiri ... seperti huruf t dihujung perkataan akan jadi k .. lambek.. copek... dokek..
Manakala huruf L dihujung selalunya di abaikan.. seperti gatal = gata, katil= kate, kenal = kona..

Abjad A biasanya di tukar jadi o.. besar= bosa..
hurus s di hujung pula jadi h ... maleh= malas, paneh=panas , kapeh = kapas.

Namun ada perkataan yang tiada dalam bahasa persuratan,, tetapi sama erti dengannya..
contoh : Ngaho = mengapa ?
poie = pergi
godang = sangat besar

Mughan ... adalah dari perkataan jemuran.

Dan mungkin juga yang di bawah ni langsung tak ada asal usul dari bahasa persuratan .. :

kopoh .... menunjukkan bedak di muka yang over putih.!!
melangok... pergi berpeleseran..
Bentong.. [ e baris bawah ], maknanya kecil , tak besar-besar.. [ utk manusia]

..... Sebenarnya orang melayu memang kaya dengan bahasa...!! Dengan kaedah ringkas di atas sesiapa pun bolehh cuba-cuba bercakap dalam loghat N.Sembilan. walau tak lengkap,, tapi dah memadai.

Semuga bahasa ini tidak akan hilang di telan zaman...

Jumaat, 9 Oktober 2009

ROH IBADAH ...

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : " Wahai Rasulullah sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu amat banyak, dan tidak semuanya bisa aku laksanakan. Maka, beritahulah aku sesuai yang Engkau ingin aku lakukan dan bisa ku tekuni, dan janganlah Engkau memberi yang banyak kepadaku yang membuatkan aku melupakannya".

Dalam riwayat lain " Sesungguhnya syaria-syariat Islam telah cukup banyak bagiku, sedangkan aku sudah tua, maka beritahulah aku sesuatu yang bisa aku tekuni."

Maka Rasulullah menjawab:
لا يزال لسانك رطبا بذكرالله
" hendaklah lidahmu selalu basah oleh zikrullah."
- HR. At Tamizi. Ibn Majah dan Ahmad.

Di Riwayatkan dari Muazbin Jabal, bahawa dia berkata : " Saya bertanya kepada Rasulullah apakah yang paling dicintai oleh Allah swt? Rasulullah saw menjawab : " engkau mati dalam keadaan lidahmu basah oleh zikrullah." [ HR. At tabrani dalam mu'jam Al Kabir dan Ibnu Hibban.]

Lantaran itu jadikanlah seluruh kehidupan kita ibadah dan sentiasa dalam keadaan mengingati Allah . Sentiasa merasakan kasih sayang Allah. di samping amat berhati-hati terhadap muraqobah Allah.

Ibadah itu unik... ia memerlukan kepada hati dan anggota jasmani. Solat contohnya , solat yang sempurna rukunnya, tertib rukuk dan sujudnya namun masih tidak mampu untuk di katakan sempurna apabila tidak di sertai 'kehadiran hati'. Dalam kamus Islam kehadiran hati di kenali sebagai " khusyuk". Lalu apalah maknaya sujud dan rukuk tanpa kehadhiran hati??

Di sinilah letaknya keunikan tadi.. Ada parameter multi dimensi dalam perlaksanaan ibadah. Yakni nilai sejati suatu ibadah tidak dinilai hanya dengan pergerakan fizikal sahaja. Kekhusyukan hati wujud dari keberesan hubungan denganRabbnya.. yang merupakan ruh ibadah itu sendiri.
kekusyukan dalam solat, keikhlasan dam berinfak dan dalam ibadah-ibadah lain, adalah petunjuk kepada kehadiran hati tersebut.

Yang membimbangkan kita ialah pada titik ruh ibadah, inilah kita sering kecundang. Kita sering tertipu dengan aktiviti fizikal semata, malah sering terjebak pada rutinasi ibadah tanpa ruh! Sedangkan .. apalah erti solat tanpa kusyuk? apalah erti sedekah tanpa keikhlasan .

Ya, ibadah, sesungguhnya adalah indah dan nikmat. Dapatkah kita bayangkan, bahawa dalam solat, saat membaca Al FAtihah, sebenarnya terjadi dailog antara seorang hamba - yang serba lemah - dengan Allah, pencipta yang Maha Kuasa? atau, dalam keheningan sepertiga malam, seorang yang tenggelam khusyuk bertahajjud.

Sabtu, 26 September 2009

Pecah berderai

Inna lillai wa inna ilaihi roji'un... Segalanya milik Allah, kita hanya peminjam. Bila tiba tempoh masanya ia akan di ambil oleh empunyanya yang hakiki.. Tidak perlu di kesalkan atau 'kalau, kalau' begini dan begitu.. kerana segala itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan. Redhalah dengan segala yang terjadi. Masih banyak lagi barang-barang pinjaman kita yang mesti kita jaga dan syukuri.

26 september 09, bersamaan 6 syawal 1430, sebutir batu singgah di permukaan mungil cermin belakang Viva ku. Namun mesin rumput yang menyebabkab batu itu terpelanting masih meneruskan tugasnya memesin rumput. Sehinggalah hati sang pemesin rumput yang sedang rajin pagi itu seakan terasa lain. " Abu Naufal" tersentak melihat cermin kereta yang hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri seolah bergerak dan berombak,, lalu di tekuni bola matanya sekali lagi.. Aduh..!! pecah berderai cermin kereta..

Qonun sebab musabab telah berlaku.. biasanya sebelum memesin rumput kereta akan di alihkan keluar pagar, dan rumput biasanya di trim bahagian atas saja tapi pagi tu ditarah sampai ke akarnya. Musim eid begini sakunya yang sudah robek menjadi semakin robek. ..!!

Baru teringat kereta yang baru diperbaharui perlindungan takaful pada april lalu tidak di ambil untuk cermin sekali. so.... bayarlah sendiri... malang memang tak pernah berbau. Jangan lokek dan kedekut untuk takafulkan cermin tu... walau pun tak diwajibkan oleh JPJ. Konsep takaful perlu kita fahami, iaitu jika berlaku sesuatu musibah bayaran akan kita terima dari tabung takaful.. sebaliknya jika tiada apa-apa terjadi maka dapatlah pahala sedekah... tak ke berbaloi?

semai mesra2010

more about "semai mesra2010", posted with vodpod