Sabtu, 26 September 2009

Pecah berderai

Inna lillai wa inna ilaihi roji'un... Segalanya milik Allah, kita hanya peminjam. Bila tiba tempoh masanya ia akan di ambil oleh empunyanya yang hakiki.. Tidak perlu di kesalkan atau 'kalau, kalau' begini dan begitu.. kerana segala itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan. Redhalah dengan segala yang terjadi. Masih banyak lagi barang-barang pinjaman kita yang mesti kita jaga dan syukuri.

26 september 09, bersamaan 6 syawal 1430, sebutir batu singgah di permukaan mungil cermin belakang Viva ku. Namun mesin rumput yang menyebabkab batu itu terpelanting masih meneruskan tugasnya memesin rumput. Sehinggalah hati sang pemesin rumput yang sedang rajin pagi itu seakan terasa lain. " Abu Naufal" tersentak melihat cermin kereta yang hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri seolah bergerak dan berombak,, lalu di tekuni bola matanya sekali lagi.. Aduh..!! pecah berderai cermin kereta..

Qonun sebab musabab telah berlaku.. biasanya sebelum memesin rumput kereta akan di alihkan keluar pagar, dan rumput biasanya di trim bahagian atas saja tapi pagi tu ditarah sampai ke akarnya. Musim eid begini sakunya yang sudah robek menjadi semakin robek. ..!!

Baru teringat kereta yang baru diperbaharui perlindungan takaful pada april lalu tidak di ambil untuk cermin sekali. so.... bayarlah sendiri... malang memang tak pernah berbau. Jangan lokek dan kedekut untuk takafulkan cermin tu... walau pun tak diwajibkan oleh JPJ. Konsep takaful perlu kita fahami, iaitu jika berlaku sesuatu musibah bayaran akan kita terima dari tabung takaful.. sebaliknya jika tiada apa-apa terjadi maka dapatlah pahala sedekah... tak ke berbaloi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan