Rabu, 28 April 2010

SIAPA KITA. ??..??

Subahanallah... sangat unik tubuh manusia ini. Kejadiannya amat menakjubkan..! Namun siapa sebenarnya empunya segala itu ?? Mata siapa punya? Allah...
Telinga siapa punya Allah...
Otak siapa punya ?Allah..
Organ-organ dalaman yang mulltifungtion tu sape punye?? Allah...

So .. apa maknanya yang ada pada kita ni?? Apa hak kita ??

Maknanya semua yang kita ada ni adalah harta Allah.. Allah yang punya....
Kita pinjam saja...
Tak boleh ubah suai... tak boleh rosakkan,.. dan tak boleh buat sesuka hati.. semua ada syaratnya. Kita mesti guna dengan baik,, mesti jaga,, dan yang penting kita bangunkan, imarahkan harta Allah ini. Kerana Allah jadikan ia bukanlah sia sia.
Kalau mata Allah punya...
Telinga Allah punya..
Semua Allah punya....
Kita sape punya???????
ALLAH.......

Kita sering kagum mengkaji anotomi tubuh manusia. Manusia mengkaji sejak dahulu hingga sekarang. Berbagai menfaat yang mereka dapat hasil dari kajian tersebut, seperti mengelakkan dari kerosakkannya, merawatnya jika sakit, mengetahui hubungkaitnya dengan anggota yang lain dan sebagainya,

Bahkan mereka sampai ke peringkat pakar, pakar mata, pakar hidung, pakar Darah, pakar jantung dan sebagainya. Namun mengapa masih ramai yang tidak menemui siapa penciptanya yang sebenar??

Adakah patut ?? adakah patut......??

Tidakkah kita terlintas untuk mengetahui, mengenal, mendekatkan diri kepada Pencipta yang Maha Agung ini? Anggota-anggota yang kita ada, kita hanya leka mengkaji keunikannya saja tetapi tak pernah terdetik ke untuk mengetahui mesej penciptaan ini...

Al kisah.....
Seorang suami yang pergi bermusafir keluar negara.. meninggalkan isteri dan anak-anak. Apabila terasa rindu atau sesuatu yang memerlukan si isteri mengutus surat kepada si suami. Menceritakan kisah mereka yang di tinggalkan, menyatakan khabar anak-anak yang semakin membesar, keperluan dan karenah mereka. Malahan melaporkan status kewangan yang semakin teruk dan penyakit yang dialami.

Suami menerima surat dengan gembira,,, seronok denga ketibaan sebuah warkah dari isteri tercinta. Lalu beliau leka membelek-belek surat tersebut Dengan khusyuk. Memerhatikan kertas jenis apa yang di gunakan , dakwat dan pen jenama apa yang di gunakan. Dan tulisan bentuk apa yang di tulis. Apabila ada orang bertanya apa isi surat dari isterimu itu...?? Dia masih lagi mengisahkan tentang fizikal surat tersebut. Mendetailkan berapa pragraph yang ada di dalamnya. Berapa bilangan ayat dan perkataan.

Apabila di tanya dan di tanya lagi dia masih terus memuji-muji kehebatan susuk surat tersebut, dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya... ia tenggelam dengan luaran surat tersebut tanpa memperdulikan isi dan mesej yang hendak disampaikan... orang apakah ini?? Mungkinkah orang g**a??

Apa gunanya aqal yang dianugerahkan Allah untuk kita??
Untuk memahami bahawa kita adalah HAMBANYA.
Untuk berfikir bagaimana untuk berbakti kepadanya.....

Apa yang ada di alam ini segalanya adalah TANDA kebesaran Allah belaka. Lantaran itu hanya membataskan diri dengan menilik dan membelek ciptaan-ciptaan ini semata-mata,,, tanpa kita kembali kepada Allah adalah sia-sia, tidak cukup begitu saja , naikkan lagi darjat anda... ketahap yang paling tinggi di sisi Allah swt.

'TIDAK AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADAKU.."

Sabtu, 24 April 2010

Rabu, 21 April 2010

FIKIR SIKIT....

Semua orang belajar.
semua orang membesar:
tetapi tidak semua orang menjadi dewasa.
Selagi hidup bersama masa, , maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak bersama usia.

Lima perkara pokok yang membentuk wajah dunia ialah realiti,
kebenaran,
ilmu
, sejarah
dan diri.
Realiti
merujuk kepada persoalan tentang hakikat kewujudan dunia, sama ada dunia ini hanya semata juzuk kebendaan ataupun mempunyai dimensi yang lebih dari itu.
Kebenaran
merujuk kepada pengesahan terhadap realiti dunia, dan ini bergantung kepada sumber kebenaran, sama ada ia legenda dan mitos, periwayatan, akal, ataupun wahyu.
Ilmu
merujuk kepada titik temu diri dengan kebenaran dari segi padanan kebenaran dengan diri dan sebaliknya.
Sejarah
merujuk kepada dunia sebagai persada titik temu segala yang terdapat di dalamnya, dan titiktemu ini memberikan satu gambaran tentang perencanaan dunia, termasuk sama ada ia mempunyai corak yang berulang ataupun ia bersifat rambang.
Diri
merujuk kepada persoalan tentang kewujudan jati seseorang, seperti persoalan tentang sama ada kejatian dirinya adalah melalui kelahiran ataupun ianya bergantung kepada faktor persekitaran, seperti budaya dan sejarah.

Rabu, 31 Mac 2010

HEBAHAN ; SEMINAR PASCA 60 TAHUN TREGEDI NATRAH

PERKHEMAHAN YANG INDAH

Isy... isy.. isy.. poie mano? Tompek tu keras..!!! Kalau emak poie bekhemah anak di rumah macammana..?/ tok sah bawak baby tu tinggalkan ngan wan...
- caabaaraann..!!

Sape kata orang perempuan mesti 24 jam duk kat dapur, memasak, mengemas rumah dan sebagainya... Kami sesekali nak keluar juga menjenguk alam, bermesra dengan kedamaiannya,,!
Mencari kekuatan untuk langkah ke hadapan, mencari kelemahan diri, mengenal Illahi Rabbi.

Di keheningan Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau ,Ns, jelas kelihatan tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha pencipta. Deruan air terjunnya, kedamaian hutannya, kehijauan suasana bisa menggamit suatu ketenangan.

Perkhemahan yang di isi penuh dengan pelbagai aktiviti, yang dipasak dengan disiplin Islami mampu memberi sedikit bekal untuk perjalanan ini. Mengukir kenangan abadi, mengukuh ikatan hati. Di sinilah erti persahabatan teruji, nilai kasih sayang termeteri. Kasih sesama insan demi mencapai redha Illahi.

Kekuatan fizikal dan mental diuji moga ia bertambah kental lagi. Semuga aktiviti lasak ini dapat melahirkan serikandi serba boleh.

Menuruni cerun bukit... bukan perkara biasa bagi anak milenium yang serba senang hidup mereka. Buka semata keseronokan yang mereka cari di sebalik aksi ini... Di sini ada nilai ketaatan, nilai setia kawan, kerjasama, kebijaksanaan dan ukhuwah. Mereka yang suka hidup sendiri, selfish, akan teuji keegoannya.

Mereka yang jauh dari Tuhan akan merasakan ingin mendekatkan diri denganNya.. maklum sajalah dalam hutan begini berbagai kemungkinan boleh terjadi, berbagai makhluk yang berbagai spesis yang berkongsi alam dengan kita sama ada halus, kasar, berbisa, membelit dan sebagainya tidak mustahil akan menjelma..

Seawal program doa masuk hutan telah kami panjatkan bersama kehadrat yang Esa.. " wahai bumi tuhanku dan tuhanmu adalah Allah...."

Berkampung di kaki Gunung ini walau tidak mendakinya sudah cukup melahirkan keinsafan bagi mereka yang ikhlas keperkhemahan ini. Menghancurkan perasaan individualistik, kedaerahan dan kenegerian. Kita semua sama. Walau peserta dari berbagai lapisan usia namun semua saling takaful, tafahum dan taawun. Dari anak dara belasan tahun hinggalah yang sudah menjangkau setengah abad, tidak jadi masaalah untuk hadhir ke sini. Satu pengalaman yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang mengalaminya. Perkhemahan wanita ISMA Zon Selatan.

Masing-masing datang dengan izin suami dan wali. Meninggalkan rutin harian. Mewakilkan sementara tugas mengasuh anak kepada ayahnya.

Bagiku, seorang anak desa , yang sudah biasa mencari kayu api di kawasan ladang getang, mencari cendawan ketika musim hujan di pepohon yang rebah, yang sudah biasa mandi sungai saban hari ketika alam kanak-kanakku... tapi ketika ini .... ketika usiaku semakin senja, ketika sendiku semakin longgar, urat sarafku sering lengoh ... yang sudah lama meninggalkan alam anak kampung tradisional , hatta berjalan kaki pun jarang sekali, kemana-mana berkereta, tidak pernah menggiling cili menggunakan batu giling, tidak lagi mengangkut air dari perigi.... segalanya senang dan mudah... suasana seperti ini perlu ku lalui kembali. Agar erti susah itu dirasai, erti syukur dihayati. Anak kampung tak usah berlagak sombong.!

Wanita dan para puteri serikandi...
Anda adalah harapan ummah. Bakal menerajui dunia dengan tangan kananmu sambil tangan kiri menghayun buaian. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara : Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati.

Ibnu Ummar pernah berkata kepada Abu Zar : Jadilah di dunia ini seolah-olah seorang yang dagang atau bagai sang musafir, apabila waktu pagi janganlah kamu menunggu petang, dan apabila waktu petang janganlah kamu menunggu pagi.

Jadikan perkhemahan ini satu kelaianan. Lain dari yang lain. Unik... Kalau di khemah sana bercampur sang teruna dan dara. Jadikan khemahmu khemah muttaqin. Jika mereka bersorak sorai , bertepuk tangan bergembira kosong, jadikan masa gembira mu ini penuh makna dan kesopanan. Ambillah mutiara-mutiara hikmah di mana jua kalian temui di sepanjang perjalanan ini.

Memang ukhuwah itu indah. Ukhuwah yang menyebabkan pertemuan itu manis, yang menyebabkan makanan itu lazat. Masak bersama.. walau berlauk telur dadar, sambal sardin, ikan masin dan berulam timun namun ia bagaikan masakan istana zaman silam.

Peliharalah apa yang telah kalian dapat di sini sebaiknya , kerana di sana ada sang penyamun yang sentiasa mencurinya, dari kalangan kealpaan nafsu dan tipu muslihat syaitan. Semuga obor kasih yang telah terbina seteguh gunung itu mampu kita pertahankan bersama..

Sayonara..,,, ini uhibbukunna fillah.

Khamis, 11 Mac 2010

TAK KENAL ATAU TAK TAHU?

Siapa nama adik ? Nama saya Urkhan. AAh Urkhan??! Apa makna urkhan tu? tak pernah dengar pun.

Demikianlah nasib si jundi ni setiap kali namanya di tanya oleh orang yang tak mengenalinya. Gharib dan asing bagi masyarakat Melayu dengan nama tu. Apakah nama tu memang pelik atau apakah sempenanya sehingga jundi ini diberi nama sedemikian?

Bukanlah gerangan hamba untuk memperkenalkan si kecil yang kacak ni.... tapi sekadar nak berkongsi rasa. Perasaan, bahawa kita sering mengulangi kegemilangan nenek moyang se Islam kita dalam menerajui dunia namun tidak ramai kita mengetahuinya secara detail.

Ramai di kalangan kita yang sudah hadam dengan "ISK'. Sering mendendangkan lagu " Adakah Kau Lupa ". Sememangnya "ISK" telah sedikit sebanyak membangkit jiwa anak-anak muda untuk bangkit semula menegakkan panji-panji Islam. Namun alangkah indah dan sempurnanya kita menganalisa pendetailannya secara personal? Buka balik buku-buku sejarah dan seerah bila-bila lapang. Melihat kembali senario perjuangan yang telah diukir ummat Islam, sejarah kepahlawanan dan gemilangan pejuang Islam. Kita mengenali Seolahuddin Al Ayyubi, Muhammad Al Fateh, Nuruddin Zinki . Apakah sekadar itu?

Bagi para daieyah dan pencinta Islam saya menyeru kepada mereka dan diri saya sendiri agar menghapuskan title buta seerah dari dairi kita. Jom kita selongkar kembali khazanah sejarah kita. Dari zaman sebelum kebangkitan Islam sehinggalah kepada kejatuhan khalifah Islamiyyah pada tahun1924 yang silam. Semuga ia akan mampu serba sedikit meniup semangat juang kita generasi hari ini.

Khalifah Islamiah berakhir pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Soalan bonus,,, Siapakah pengasaas kerajaan Turki Uthmaniyyah ? Tak Tahu..? tak pe..jumpa di entri akan datang.

Khamis, 18 Mac 2010