Rabu, 31 Mac 2010

PERKHEMAHAN YANG INDAH

Isy... isy.. isy.. poie mano? Tompek tu keras..!!! Kalau emak poie bekhemah anak di rumah macammana..?/ tok sah bawak baby tu tinggalkan ngan wan...
- caabaaraann..!!

Sape kata orang perempuan mesti 24 jam duk kat dapur, memasak, mengemas rumah dan sebagainya... Kami sesekali nak keluar juga menjenguk alam, bermesra dengan kedamaiannya,,!
Mencari kekuatan untuk langkah ke hadapan, mencari kelemahan diri, mengenal Illahi Rabbi.

Di keheningan Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau ,Ns, jelas kelihatan tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha pencipta. Deruan air terjunnya, kedamaian hutannya, kehijauan suasana bisa menggamit suatu ketenangan.

Perkhemahan yang di isi penuh dengan pelbagai aktiviti, yang dipasak dengan disiplin Islami mampu memberi sedikit bekal untuk perjalanan ini. Mengukir kenangan abadi, mengukuh ikatan hati. Di sinilah erti persahabatan teruji, nilai kasih sayang termeteri. Kasih sesama insan demi mencapai redha Illahi.

Kekuatan fizikal dan mental diuji moga ia bertambah kental lagi. Semuga aktiviti lasak ini dapat melahirkan serikandi serba boleh.

Menuruni cerun bukit... bukan perkara biasa bagi anak milenium yang serba senang hidup mereka. Buka semata keseronokan yang mereka cari di sebalik aksi ini... Di sini ada nilai ketaatan, nilai setia kawan, kerjasama, kebijaksanaan dan ukhuwah. Mereka yang suka hidup sendiri, selfish, akan teuji keegoannya.

Mereka yang jauh dari Tuhan akan merasakan ingin mendekatkan diri denganNya.. maklum sajalah dalam hutan begini berbagai kemungkinan boleh terjadi, berbagai makhluk yang berbagai spesis yang berkongsi alam dengan kita sama ada halus, kasar, berbisa, membelit dan sebagainya tidak mustahil akan menjelma..

Seawal program doa masuk hutan telah kami panjatkan bersama kehadrat yang Esa.. " wahai bumi tuhanku dan tuhanmu adalah Allah...."

Berkampung di kaki Gunung ini walau tidak mendakinya sudah cukup melahirkan keinsafan bagi mereka yang ikhlas keperkhemahan ini. Menghancurkan perasaan individualistik, kedaerahan dan kenegerian. Kita semua sama. Walau peserta dari berbagai lapisan usia namun semua saling takaful, tafahum dan taawun. Dari anak dara belasan tahun hinggalah yang sudah menjangkau setengah abad, tidak jadi masaalah untuk hadhir ke sini. Satu pengalaman yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang mengalaminya. Perkhemahan wanita ISMA Zon Selatan.

Masing-masing datang dengan izin suami dan wali. Meninggalkan rutin harian. Mewakilkan sementara tugas mengasuh anak kepada ayahnya.

Bagiku, seorang anak desa , yang sudah biasa mencari kayu api di kawasan ladang getang, mencari cendawan ketika musim hujan di pepohon yang rebah, yang sudah biasa mandi sungai saban hari ketika alam kanak-kanakku... tapi ketika ini .... ketika usiaku semakin senja, ketika sendiku semakin longgar, urat sarafku sering lengoh ... yang sudah lama meninggalkan alam anak kampung tradisional , hatta berjalan kaki pun jarang sekali, kemana-mana berkereta, tidak pernah menggiling cili menggunakan batu giling, tidak lagi mengangkut air dari perigi.... segalanya senang dan mudah... suasana seperti ini perlu ku lalui kembali. Agar erti susah itu dirasai, erti syukur dihayati. Anak kampung tak usah berlagak sombong.!

Wanita dan para puteri serikandi...
Anda adalah harapan ummah. Bakal menerajui dunia dengan tangan kananmu sambil tangan kiri menghayun buaian. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara : Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati.

Ibnu Ummar pernah berkata kepada Abu Zar : Jadilah di dunia ini seolah-olah seorang yang dagang atau bagai sang musafir, apabila waktu pagi janganlah kamu menunggu petang, dan apabila waktu petang janganlah kamu menunggu pagi.

Jadikan perkhemahan ini satu kelaianan. Lain dari yang lain. Unik... Kalau di khemah sana bercampur sang teruna dan dara. Jadikan khemahmu khemah muttaqin. Jika mereka bersorak sorai , bertepuk tangan bergembira kosong, jadikan masa gembira mu ini penuh makna dan kesopanan. Ambillah mutiara-mutiara hikmah di mana jua kalian temui di sepanjang perjalanan ini.

Memang ukhuwah itu indah. Ukhuwah yang menyebabkan pertemuan itu manis, yang menyebabkan makanan itu lazat. Masak bersama.. walau berlauk telur dadar, sambal sardin, ikan masin dan berulam timun namun ia bagaikan masakan istana zaman silam.

Peliharalah apa yang telah kalian dapat di sini sebaiknya , kerana di sana ada sang penyamun yang sentiasa mencurinya, dari kalangan kealpaan nafsu dan tipu muslihat syaitan. Semuga obor kasih yang telah terbina seteguh gunung itu mampu kita pertahankan bersama..

Sayonara..,,, ini uhibbukunna fillah.

2 ulasan:

  1. Slm alayk ustzh norlida..keyf haluk ya ustzh..lm sgt tak jumpe ustzh..rindunyer..ustzh..jelez tengok pic mukhym tu..sedihnye tk dpt p hari tu....

    BalasPadam
  2. w.salam... dan salam rindu, alhamdulillah ana fil khair.. terbayang bagaimana ye di akhirat nanti kita jelez tengok ahli syurga dengan nikmat hakiki yang mereka perolehi... !! Moga kita juga di kalangan mereka!! Amin YA RAAABBBBB...!!

Rabiatul 'Adawiah Mohd Hosni berkata...

Slm alayk ustzh norlida..keyf haluk ya ustzh..lm sgt tak jumpe ustzh..rindunyer..ustzh..jelez tengok pic mukhym tu..sedihnye tk dpt p hari tu....

UN berkata...

w.salam... dan salam rindu, alhamdulillah ana fil khair.. terbayang bagaimana ye di akhirat nanti kita jelez tengok ahli syurga dengan nikmat hakiki yang mereka perolehi... !! Moga kita juga di kalangan mereka!! Amin YA RAAABBBBB...!!

Catat Ulasan