Khamis, 11 Mac 2010

TAK KENAL ATAU TAK TAHU?

Siapa nama adik ? Nama saya Urkhan. AAh Urkhan??! Apa makna urkhan tu? tak pernah dengar pun.

Demikianlah nasib si jundi ni setiap kali namanya di tanya oleh orang yang tak mengenalinya. Gharib dan asing bagi masyarakat Melayu dengan nama tu. Apakah nama tu memang pelik atau apakah sempenanya sehingga jundi ini diberi nama sedemikian?

Bukanlah gerangan hamba untuk memperkenalkan si kecil yang kacak ni.... tapi sekadar nak berkongsi rasa. Perasaan, bahawa kita sering mengulangi kegemilangan nenek moyang se Islam kita dalam menerajui dunia namun tidak ramai kita mengetahuinya secara detail.

Ramai di kalangan kita yang sudah hadam dengan "ISK'. Sering mendendangkan lagu " Adakah Kau Lupa ". Sememangnya "ISK" telah sedikit sebanyak membangkit jiwa anak-anak muda untuk bangkit semula menegakkan panji-panji Islam. Namun alangkah indah dan sempurnanya kita menganalisa pendetailannya secara personal? Buka balik buku-buku sejarah dan seerah bila-bila lapang. Melihat kembali senario perjuangan yang telah diukir ummat Islam, sejarah kepahlawanan dan gemilangan pejuang Islam. Kita mengenali Seolahuddin Al Ayyubi, Muhammad Al Fateh, Nuruddin Zinki . Apakah sekadar itu?

Bagi para daieyah dan pencinta Islam saya menyeru kepada mereka dan diri saya sendiri agar menghapuskan title buta seerah dari dairi kita. Jom kita selongkar kembali khazanah sejarah kita. Dari zaman sebelum kebangkitan Islam sehinggalah kepada kejatuhan khalifah Islamiyyah pada tahun1924 yang silam. Semuga ia akan mampu serba sedikit meniup semangat juang kita generasi hari ini.

Khalifah Islamiah berakhir pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Soalan bonus,,, Siapakah pengasaas kerajaan Turki Uthmaniyyah ? Tak Tahu..? tak pe..jumpa di entri akan datang.




2 ulasan:

  1. URKHAN....INGAT ARWAH MAK SUKA MENGGELAR SI CILIK INI 'POPCORN'....SONANG DEN NAK NYOBUT...SONANG DEN NAK INGAT

    BalasPadam
  2. Allahummaarhamha wa'fu 'anha... terlalu banyak kenangan bersama allayarhmh,sejak dari kecil-kecil lagi sampailah beliau sendiri mendahului kita.

    BalasPadam

Khamis, 11 Mac 2010

TAK KENAL ATAU TAK TAHU?

Siapa nama adik ? Nama saya Urkhan. AAh Urkhan??! Apa makna urkhan tu? tak pernah dengar pun.

Demikianlah nasib si jundi ni setiap kali namanya di tanya oleh orang yang tak mengenalinya. Gharib dan asing bagi masyarakat Melayu dengan nama tu. Apakah nama tu memang pelik atau apakah sempenanya sehingga jundi ini diberi nama sedemikian?

Bukanlah gerangan hamba untuk memperkenalkan si kecil yang kacak ni.... tapi sekadar nak berkongsi rasa. Perasaan, bahawa kita sering mengulangi kegemilangan nenek moyang se Islam kita dalam menerajui dunia namun tidak ramai kita mengetahuinya secara detail.

Ramai di kalangan kita yang sudah hadam dengan "ISK'. Sering mendendangkan lagu " Adakah Kau Lupa ". Sememangnya "ISK" telah sedikit sebanyak membangkit jiwa anak-anak muda untuk bangkit semula menegakkan panji-panji Islam. Namun alangkah indah dan sempurnanya kita menganalisa pendetailannya secara personal? Buka balik buku-buku sejarah dan seerah bila-bila lapang. Melihat kembali senario perjuangan yang telah diukir ummat Islam, sejarah kepahlawanan dan gemilangan pejuang Islam. Kita mengenali Seolahuddin Al Ayyubi, Muhammad Al Fateh, Nuruddin Zinki . Apakah sekadar itu?

Bagi para daieyah dan pencinta Islam saya menyeru kepada mereka dan diri saya sendiri agar menghapuskan title buta seerah dari dairi kita. Jom kita selongkar kembali khazanah sejarah kita. Dari zaman sebelum kebangkitan Islam sehinggalah kepada kejatuhan khalifah Islamiyyah pada tahun1924 yang silam. Semuga ia akan mampu serba sedikit meniup semangat juang kita generasi hari ini.

Khalifah Islamiah berakhir pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Soalan bonus,,, Siapakah pengasaas kerajaan Turki Uthmaniyyah ? Tak Tahu..? tak pe..jumpa di entri akan datang.




2 ulasan:

ilhamhainy berkata...

URKHAN....INGAT ARWAH MAK SUKA MENGGELAR SI CILIK INI 'POPCORN'....SONANG DEN NAK NYOBUT...SONANG DEN NAK INGAT

UN berkata...

Allahummaarhamha wa'fu 'anha... terlalu banyak kenangan bersama allayarhmh,sejak dari kecil-kecil lagi sampailah beliau sendiri mendahului kita.

Catat Ulasan