Sabtu, 15 Ogos 2009

SAYANG.. BAGUS... HATI-HATI.....

Komuter adalah kenaikan ku yang nombor dua selepas kereta. Tengok keadaan.. ada masa drive ada masa jadi penumpang komuter. Kedua-dua ada positif dan negatifnya.. tak pe kita mesti jadi serba boleh.

Sebenarnya yang nak cerita kat sini ialah satu hari pada 10 ogos lepas hamba nak ke Bangi ke sebuah 'acedemy' [ ada sikit urusan ], lantaran hari tu komuter jadi pilihan. Sementara menunggu komuter sampai duk sebelah seorang wanita yang agak vateran , katanya nak ke HUKM... nak ambik ubat kalsium untuk tulang .. doktor kata tulang makcik ni dah nak reput . .. mak cik ni bongkok, keturunan bongkok .... " Ubat nama fosamax ke makcik? celahku, ha ah.. [ sebenarnya aku pun pernah doktor beri ubat tu.. tua rasanya aku ni ].Terpegun juga tengok, dengan usia senjanya masih bersemangat gagah ke destinasi yang agak jauh sendirian. Katanya bila sampai Bandar Tasik Selatan nanti mak cik akan turun dan ambik teksi ke HUKM, tadi datang bawa kete sampai stesyan KTM ni... [ rupenya boleh drive... tanpa bercermin mata ].
Bila komuter sampai kami pun naik , makcik tu duduk di hujung , kemudia menggamitku supaya duduk di sebelahnya ... kami duduk bersebelahan. Masa ni hambe meneruskan lagi temubual dengan warga emas yang istimewa ni. " Berapa umur mak cik..? " " OO.. mak cik dah tujuh puluh tigo.. pencen tahun lapan puluh tigo maghen." Rupa-rupanya mak cik ni ialah seorang guru pencen, di sebuah sekolah kebangsaan di Rembau. Orang Rembau, tapi beli rumah di Seremban dan bila pencen duduk seremban. " Rumah kat rembau sape duduk cik? " Tak do.. dah runtuh dah tangganya, mak cik duduk Seremban , Pak cik dah lama meninggal, dah tujuh belas tahun... pencen guru Besar di sekolah Kebangsaan Penajis, Rembau. Mak cik pun pencen di sekolah yang sama, tapi guru biasa je.."

Begitu tabahnya hati mak cik ini.. sudah bertahun hidup tanpa suami. Tidak di kurniakan anak. cuma bela seorang anak saudara lelaki, sudah berkeluarga , dialah yang mengambil tahu urusannya, tapi tinggal di KL. " Dia tak tau mak cik ke HUKM ni.. kalau dia tau mesti dia hantar,, saja mak cik tak nak beritau.." Betapa kuat semangatnya.. dari segi fizikalnya nampak masih sihat. Katanya dia tiada penyakit darah tinggi, kencing manis mau pun jantung. " Mak cik makan selera.. Ustaz kata Nabi makan sikit aje, tak dapat acik ikut de...". Orangnya bertubuh sederhana tidak gemuk tidak kurus, tidak tinggi dan tidak rendah. Bertudung labuh. Dalam hatiku orang tua yang dah menopaus dan dalam al Quran di sebud "AL Qawa'id" ni elok taat menutup aurat,, sedangkan orang-orang muda yang wajib menutup aurat dedah sana-dedah sini, dah tua baru nak tutup aurat?? sempat ke tua??

Elit rupanya mak cik ni... menurutnya ayahnya juga dulu guru.. masa zaman Jepun pernah nak di bom oleh jepun dari helikopter ketika di dalam kereta bersama seorang kawannya waktu perjalanan nak pergi ambil gaji di Seremban dari Rembau. Tapi sempat masuk menyelam dalam sungai dan selamat. " Pernah tak mak cik makan ubi.. masa zaman Jepun dulu..? " Tak... sebab mak dan ayah mak cik ada sawah sendiri..".[ Mungkin luaslah sawahnya tu.. sampai simpanannya mencukupi ].

Komuter telah merentasi beberapa perhentian, tak lama lagi akan sampailah ke stesyen UKM yang hambe nak turun. " Mak cik dah pencen ni tak boring ke >>? " Tak... tak cukup masa, hari-hari mak cik pegi belaja [ belajar agama di byk tempat dengan beberapa orang ustaz], mak cik pastikan sembahyang lima waktu di masjid berjemaaah".. Hebat mak cik ni,, berusaha untuk menghabiskan sisa-sisa usianya dengan yang terbaik... kita belum tau lagi dah tua sok macam mana..

" Mak cik .. apa petua mak cik masa mengajar dulu?? Mengajar budak sekolah rendah, dengan perangai yang macam-macam ? " " Macik maghen gaghang.. selalu budak-budak kena cubit.. tapi budak-budak dulu lain.. nakal-nakal pun dengar kata, budak sekarang jangan."

" Tiga benda masa mengajar jangan tinggal , sayang .. bagus... hati-hati... kalau murid buat kerja yang elok, kemas, betul, kita ucapkan 'sayang..' 'Bagus..'. Kalau suruh dia buat kerja di papan hitam " hati-hati... hati-hati ye..." . Tak pernah hambe dapat petua ni sebelum ni untuk kawal kelas. Masa buat Dip.Ed dalam subjek pedagogi tak jumpa teori ni, dalam sabjek psikologi secara umum saja. Yang mak cik ni cakap memang dari pengalamannya. Ialah.., pengalaman orang lama perlu kita hargai.

Teori kasih sayang ini sebenarnya merupakan khazanah warisan nenek moyang kita turun temurun. Orang Melayu memang terkenal dengan lemah lembut dan sopan santunnya. Di sulami pula dengan agama dan akhlak Islam ia menjadi lebih lengkap dan sempurna. Walau pun seorang yang garang namun sifat lemah lembut tetap ada. Inilah kelebihan orang Melayu Islam. Satu rumpun bangsa yang telah menerima Islam sejak berkurun dulu , dan kekal sehingga kini. Bahkan Islam merupakan kemegahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan