Rabu, 9 September 2009

GAMES SINDROM

Zaman berubah, tradisi pun berubah... Sekali air bah sekali pantai berubah..!! Lain ulu lain parang lain dulu lain sekarang, lain padang lain belalang... ini lah realiti yang terjadi dewasa ini. Tamadun dan kebudayaan manusia sering di pengaruhi oleh suasana persekitaran dan pencapaian semasa. Teknologi IT yang kian meledak membawa bersamanya pengaruh-pengaruh yang mewarnai kehidupan. Tempiasnya merenjis ke setiap sudut.

Permainan tradisonal kini hanya tinggal kenangan . Peralatannya beransur menjadi antik. Gasing, layang -layang , konda kondi, teng-teng, guli, galah panjang dan congkak semakin dilupakan. Tak best...!! itu jawapan anak-anak apabila di cadangkan untuk bermain sebagai mana ibu dan ayah main masa kanak-kanak dulu. Atau mereka akan tertanya-tanya,, macammana, macammana mainnye??

Ironinya kanak-kanak zaman melinum ini lebih terpaut hatinya dengan permainan elektronik, seperti play station, game komputer dan seumpamanya. Hatta anak-anak remaja yang bosan berada di rumah akan memilih cyber cafe untuk mengisi masa lapang dan bereakrasi. Di masa-masa tertentu perniagaan cyber cafe sememangnya laris oleh golongan baru nak mengenal hidup ini. Mereka jika tidak di bimbing akan terus terleka, berfoya-foya dengan alam game yang bervariasi . Ibu bapa semestinya peka dengan dunia anak-anak dan remaja mereka.

Dalam catatan ini, 10 sebab saya nak main game ini di buat oleh seorang kanak-kanak darjah satu,,, sedang kemaruk dengan game. berusaha meletakkan 10 sebab itu apabila di minta, dengan harapan ia akan menjadi releven pada fikiran orang dewasa..!

So... bagaimana nak menangani sindrom yang melanda ini?? Bagi ibu yang anak-anaknya masih kecil atau sudah dewasa mungkin tidak merasakan seriusnya perkara ini. Bagi ibu bapa yang sedang menghadapinya mestilah bijak dan tegas. Bertarik tali dengan anak-anak pastikan tidak ada yang cedera , pastikan ia berlaku dalam suasana harmoni dan penuh pengajaran. Ibu bapa mesti matang menangani ragam anak-anak zaman serba mencabar ini. [jangan pula ada ibu bapa yang sama kemaruk dengan anak-anak...!!]. Maklumlah game-game yang ada di pasaran amat menarik hati dengan berbagai efeck teknologi komputer.

Apabila di suruh solat, di suruh baca Al Quran atau buat home work dan ulangkaji pelajaran anak-anak akan segera membuatnya dengan harapan bila mereka minta untuk bermain game yang mereka sentiasa tungggu tunggu itu akan di penuhi. Anak-anak sekarang memang pandai politik..!! Ibu bapa jangan tak perasan..! Orang tua yang lebih dulu makan garam ni mestilah peka dan tahu taktik-taktik terkini para anak-anak dan remaja.

Bukan kita terus sekat, tapi membenarkan dengan syarat-syarat dan disiplin. Aqidah dan pengajaran agama Islam adalah asas utama dalam pembentukan akhlak anak-anak. Anak-anak yang jiwanya kosong dari agama akan susah di kawal , melawan dan melenting. Tanamkan dalam diri anak-anak nilai masa, nilai akhlaq dan harga diri. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Siapakah yang bertanggung jawab terhadap pendidikan anak-anak kalau bukan ibu bapa mereka. Usah biarkan , filem, game dan artis menjadi guru dan fokus mereka.

Anak-anak adalah amanah, generasi pewaris yang akan memjadi pemimpin di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan