Rabu, 9 September 2009

AL BAQA' LILLAH..

Setiap pertemuan ada perpisahan, yang hidup pasti akan mati. Kehidupan kita di dunia ini hanya sekadar musafir lalu, singgah sebentar mencari bekalan. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun... Al Fatihah....buat saudaraku se Islam , Allahyarhamah Dr Norfiza bt Isa. Telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Ramadhan yang mulia tanggal 8 Ramadhan 1430 hijrah bersamaan 30 ogos 2009, hari ahad. Perginya tak kembali lagi... Semuga mendapat kerehatan di syurga Allah setelah bertarung dengan virus H1N1 dan koma di hospital KPJ Seremban selama 21 hari. Allah lebih menyayanginya.

Meninggalkan ibu dan ayah serta suami tercinta. Satu ketentuan Illahi yang tidak mampu disanggah lagi. Usia muda 43 tahun bukan alasan, namun panggilan Illahi seruan ijbari, yang tidak akan tercepat maupun tertangguh walau sesaat. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Allahummaghfir laha wa afiha wa'fu'anha.. Amin.

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.50 pagi di KPJ. Beliau adalah seorang doktor dihospital yang sama di bahagian emergency dan pesakit luar. Rakah sejawatnya Dr Zainah, juga di jangkiti wabak yang sama , namun telah sembuh. Di zaman gadisnya arwah seorang yang aktif dan memberi sumbangan kepada perkembangan dakwah semasa, seorang yang komited.

Ramai rakan dan taulan, jiran tetangga dan saudara mara datang bekunjung ,, untuk kali terakhir.. sedih dan sayu merupakan lumrah satu majlis kematian. Namun ku lihat ibunya seorang yanga amat tabah dan pasrah. Suami arwah kelihatan amat sedih dengan pemergian isteri tersayang , walaupun pasangan bahagia ini tidak dikurniakan zuriat,, Allah maha mengetahui segala hikmah tersirat.

Jenazahnya ku mandikan bersama rakan yang lain, Dr.Norizam, Dr.Rohaya dan ustazahMurni serta ibunya dan ibu saudaranya... hati-hati.. bersarung tangan , memakai mask dan apron. Ku jirus air mutlak di tubuhnya yang pasrah. Semuga beliau sejuk sehinggalah di alam barzakh berbekalkan iman dan taqwa kepada Allah.Di semadikan di perkuburan Islam Paroi, bersebelahan stesyen minyak Mobil. Sesungguhnya kematian adalah sebuah peringatan..!

Di kala ini ku teringat seorang sahabat seangkatan ketika di bumi Mesir, arwah Kak su [Normizan Khamis] mendahului kami dan di semadikan di dibumi anbiyak. Tinggal serumah di syaah 104, imarah 79, masakin Osman, Madinat Nasr, Cairo. Mengidap SLE yang serius, sehingga mengalami kegagalan buah pinggang, Meninggal dunia ketika kami pelajar tahun satu menduduki hari pertama peperiksaan. Demikianlah Allah memilih sesiapa sahaja di kalangan kita.
Yang pergi sudah tentu pergi, bagi kita yang tinggal gunakanlah segala peluang yang ada untuk bekalan akhirat. Al Baqa' lillah taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan