Sabtu, 12 Disember 2009

EID ADHA DI KAMPUNG

Orang kata di negeri Siti Wan kembang , nun di timur semenanjung Tanah Melayu ni meriah.. tak seperti negeri-negeri lain yang di sambut biasa saja.. Apakah benar bagai di kata ??
sebab bila tanya beberapa orang anak Kelantan kata mereka tak meriah mana pun, meriah lagi raya puasa. So .. yang mana satu betul? Gamaknya tertakluk kepada satu-satu wilayah atau kawasan, kalau penduduknya membudayakan menyambut aidil adha dengan meriah maka meriahlah ia, jika idak maka idaklah...

Kami rakyat pantai barat ni gitu jugalah, meriah atau tidaknya terpulang kepada yang menyambutnya. Kerana kemeriahan itu tidak semestinya dengan duit raya, kuih raya , lagu raya dan macam-macam raya lagi, tapi adalah dengan perasaan dalaman kita yang menyambutnya.

Jika kita hayati sebenar-benarnya aidil ada adalah lebih meriah di sisi agama kita, kerana hari raya diikuti pula dengan hari-hari tasyrik,, yang mana kita di galakkan supya memperbanyakkan, takbir,tasbih dan tahmid. Perlakuan tersebut cukup menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran seorang muslim. Malahan kita melakukan korban, menyembelih binatang ternakan di sepanjang hari-hari tersebut dan di bahagi-bahagikan.

Kita sering berhabisan berbelanja untuk menyambut eidulfitri, dengan pakaian, makanan, rumah, hadiah dan seumpamanya, yang kadang-kadang harganya melebihi seekor lembu. Namun kenapa kita bersifat dingin ketika tibanya eid adha untuk membudayakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam dengan ganjaran pahala yang di sediakan.

Demikianlah kita sudah tersalah konsep. Atau sudah agak sukar untuk merubah budaya yang sudah berakar umbi sejak sekian lama. Aidil Adha seolah-olah hanya hari raya kecil, sedangkan dari segi statusnya ia adalah lebih besar dari hari raya puasa.. hari raya yang kita sering sambut dengan nafsu dan selera makan yang membara. Sebaliknya sayugia kita fahami bahaya hari raya atau eid itu adalah satu ibadah untuk mendekatkan diri kita dengan pencipta.
Pada hari raya kedua eid adha yang lepas ISMA N.S telah mengadakan korban dengan menyembelih sebanyak 6 ekor lembu, menyemprnakan niat beberapa orang yang telah mendaftarkan namanya untuk ibadah mulia ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seawal 8.30 pagi perkarangan Masjid Jamek Johol telah mula di kunjungi oleh para tetamu, petugas dan ahli ISMA serta penduduk setempat.

Subhanallah... lembu-lembu yang di sembelih pasrah menyerahkan tengkuk-tengkuk mereka seekor demi se ekor untuk disembelih dengan didahului kalimah bismillah. Husnul khatimah lembu tu ye.... kita macammane?? Semuga di akhiri dengan Syahadah.. amin..!!

Gotong royong yang merupakan adab warisan melayu yang diwarisi termasuk untuk acara korban pada hari ini. Kaum adam sibuk dalam tugas-tugas kelelakian seperti menyempurnakan penyembelihan, melapah dan memotong daging, membahagi-bahagikannya serta memasak diluar. Para wanita pula menyediakan bahan-bahan untuk memasak, seperti memotong bawang, menyiang sayur, sambil berbual antara satu sama lain. Tak ketinggalan membuat sambal belacan dan merebus pucuk ubi di bahgian belakang masjid.

Menjelang tengahari sebelum zohor semua yang hadhir telah sama-sama dapat menikmati hidangan tengahari... daging segar ..!!! Dan setelah kenyang pulang pula membawa sumbangan daging korban yang mentah satu beg seorang.

Demikianlah berlangsungnya satu ibadah yang ringkas tetapi penuh makna. Bagi yang ikhlas pahala tiga dalam satu masa pasti diraih.., pahala ibadah, pahala sedekah dan pahala mengeratkan kesatuan muslimin. Jika ada rezki jumpa lagi di hari raya korban tahun hadapan dengan lembu-lembu yang lebih banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan