Isnin, 21 Disember 2009

syeikh Al Qardhawi di Malaysia

Setiap tahun rakyat muslim Malaysia akan menyambut tahun baru hijrah. Juga merupakan cuti umum seluruh negara. Seperti yang di maklumkan bahawa Al Allamah professor Dr.yusof Qardhawi terpilih sebagai tokoh maal hijrah pada tahun 1431 ini.

Sehari selepas beliau menerima anugerah tersebut, pada 19 dis2009 sekali lagi kakinya melangkan masuk ke dewan plenary di PICC Putra Jaya.Kali ini adalah untuk di hadiri umum dalam satu muhadharatul kubro [ muhadharah perdana] menemui berbagai lapisan rakyat Malaysia, iaitu secara rasmi anjuran Jakim Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh timbalan menteri di jabatan Perdata Menteri iaitu Dr.Mashitah Ibrahim . Beliau sendiri telah memilih tajuk fiqh jihad untuk dikupas pada muhadharah tersebut.

Pada hari ni juga adalah berlangsungnya karnival sukan PEMBINA di padang UKM,, tapi si putera sorang ni memang kurang sikit dalam bab sukan ni.. tambahan pula dah pernah menjalani penukaran injap jantung kepada injap sintetik..

Bab jihad yang di bentangkan bagi saya agak berat juga untuk di fahami oleh orang-orang awam. Mudah-mudahan mereka tidak ada kekeliruan atau salah faham. Kerana Prof mula-mula menceritakan seerah period Makkah yang memang ketika itu tidak dibenarkan melawan sehingga ada yang syahid seperti keluarga Yassir.. Ketika itu tidak disyariatkan jihad qital,, takut-takut orang faham selamanya demikian. maklumlah perkara ni kalau tersilap akan silap fahamlah tentang konsep jihad tu. Beliau menyentuh bentuk-bentuk jihad, seperti jihad nafs, jihad Qital. Bagi saya ia memerlukan pengamatan yang baik bukan dengar sambil lewa. Kena faham bahawa syariat jihad berlaku ketia period Madinah yang memerlukan berkorban dengan jiwa, harta dan nyawa.

Bagi saya hari ini adalah hari bertuah kerana dapat menetap wajah Asy Syeikh dari dekat dan real [ duduk di barisan hadapan sekali,, barisan vip].Kami tige beranak bukanlah vip pun tapi pegawai Jakim yang mengenali zauj yang mempersilakan kami duduk di kerusi tersebut. Memang abu naufal pun datang atas jemputan rasmi iaitu mewakili majlis fatwa NS... so tumpang semangkuk..

Memang niat untuk melihat Al Qardhawi, seawal lepas subuh kami dah bersiap utk ke putra Jaya. Masa tiba dewan memang masih belum ramai yang hadir. Selain itu adalah untuk mengajar putera kami tentang kasih dan cinta kepada alim ulama'. Sebelum ni pada tahun lepas di multaqa' alumnai al Azhar di klcc sempat bersalaman dengan Dr.Wahbah Zuhaili.
Sebahagian besar yang hadir adalah dari kalangan anak-anak muda mahasiswa mahasiswi pengajian tinggi. Ada juga yang datang mewakili jabatan masing-masing . Di akhir program para syabab berebut-rebut untuk bersalaman, ada yang sempat memeluk dan mengucup dahi syeikh, dan ada yang hanya sempat bersalam.

Sekali pandang suasana ini amat melapangkan dan menggembirakan perasaan, kerana masih ramai dikalangan kita yang masih berada di landasan atau zon kasihkan ilmu dan ulamak. Namun bila di perhalusi lagi , sedih dan gulana melihat sebenarnya lebih ramai anak-anak muda yang rosak, berpeleseran dan tidak tahu matlamat hidup di luar sana.

Kehadhiran Al Allamah juga antara lainnya adalah untuk menghabiskan usianya dalam menyeru umat manusia ke jalan Allah. Kesungguhan dan kegigihan beliau amat dikagumi. Pada sebelah malam nanti prof dapat jemputan dari kerajaan PKR selangor pula untuk menyampaikan ceramahnya di masjid Shah Alam.... kehadhiran sudah pasti hangat.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan