Khamis, 31 Disember 2009

HAJJAN MABRURA..!

Kita sudah hampir pertengahan bulan Muharam 1431 hijrah, kini tiba pula tahun baru 2010. Demikianlah putaran masa yang tidak pernah mungkir. Saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga yang pergi menunaikan haji sudah ramai yang kembali semula ke tanah air. Semuga mereka mendapat haji mabrur.. " Allahuma 'aj'alhu hajjan mabruran, sa;yan masykurao wa tijaratan lan tabur.. " ....mohon mereka doa untuk kita sama..!

Pasti seribu satu kisah yang mereka ingin kongsikan bersama. Dan kita pun amat murah untuk menadah telinga ketika ini. Di lubuk sanubari terus sering mengatakan " bila pula giliran aku untuk menjadi tetamu Ar Rahman ..??? "

Untuk menunaikan fardhu haji ini sebenarnya banyak cabarannya,, dulu dan sekarang .. cabaran sentiasa menanti. Untuk menunaikan rukun Islam kelima ini memerlukan kepada iman dan tekad yang tinggi. Jika tidak , kita mungkin akan lebih mengutamakan untuk beli rumah baru, besarkan rumah, beli kereta baru pergi melancong dan sebagainya.. alasannya tak sampai seru lagi.! Atau pergi tapi tidak menggapai prestasi yang semestinya.. nauzubillah.

Dalam entri kali ini di bawakan gambar-gambar zaman dulu-dulu. Gambar yang jarang kita lihat. Inilah gambar-gambar atau suasana musim haji tahun 1953, Malaysia belum merdeka lagi. Mereka yang pergi ke Baitullah dengan segala susah dan payah,, tidak banyak kemudahan yang ada. Bilangan mereka pun tak seramai sekarang, bersesak--. Inilah zaman nenek moyang kita dulu.

Zaman sentiasa menuju kepada perubahan, Perubahan demi perubahan. Sehingga kini Masjidil Haram telah melalui beberapa episod perubahan dan penambahbaikan, tidak lain tidak bukan untuk memberi keselesaan kepada jemaaah haji dan menampung bilangan yang bertambah saban tahun. Tempat ibadah seperti tawaf dan saie yang bertingkat. Dataran yang dibuat dari marmar yang berkualiti tinggi, hotel dan penginapan yang banyak, sistem pengangkutan dan sebagainya.

Syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis juga tidak ketinggalan menyediakan plan-pelan komunikasi untuk dinikmati.

Kita generasi kini seharusnya bersyukur . Kemudahan semakin banyak dan moden pula. Namun nilai di sisi Allah ialah nilaian ibadah itu sendiri. Ketika inilah kita ingin merasakan kehambaan kita di depan kaabah dengan perasaan yang sebenarnya .. merasakan akan kekerdilan diri kita. Ketika inilah untuk kita mengakui segala dosa, menginsafi diri. Ketika inilah juga kita cuba untuk menghayati erti pengorbanan itu sendiri yang tersirat di sebalik ibadah haji. Jika ada usia dan rezki semuga giliran kita akan sampai di tahun - tahun mendatang. Amin..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan