Metro.. seperti komuter di Malaysia yang menjadi transpot harian untuk kami ke Jami'ah dulu kini sudah diberhentikan perkhidmatannya [ tak pasti kenapa]. Kenderaan paling popular dizaman kami dulu, murah dan mudah. Kerana kebanyakan tempat tinggal akhawat pada ketika itu adalah di imarah-imarah yang berada di sepanjang laluan metro. Masakin osman, omar Afendi dan di Rabaah Adawiah merupakan kawasan yang diminati akhawat.
Kalau dulu akhawat mungkin agak mudah sikit dari segi pengangkutan [ bayangkan amat jarang akhawat naik bas ketika tu,,], kediaman di kawasan yang hampir dengan kuliah, lebih selesa , duduk di imarah-imarah yang ada lif . Suasana Madinat Nasr ketika tu pun adalah merupakan bandar baru, yang masih baru dan tidak padat. So.. bagi saya ,, keadaan sekarang ini amat berbeza.
Bila di bandingkan dengan adik-adik sekarang ni -betapa selesa dan manjanya generasi kami ketika tu.. -
Allah takdirkan generasi hari ini berada dalam suasana sedemikian rupa pasti mempunyai seribu satu macam hikmah disebaliknya. Mereka akan lebih teruji dengan kehidupan yang memerlukan kecergasan , kecekalan malahan sifat qana'ah. Mereka memang layak... Melihat mereka yang aktif keluar masuk, turut naik tangga dengan selambe jer. Bergerak cergas dari satu bandar ke satu bandar, dari satu muhafazoh ke satu muhafazoh.
Inilah istimewanya mereka ni.. walaupun biasa dengan kehidupan selesa di Malaysia namun mereka tidak ada masaalah untuk menyesuaikan diri di negara asing ini. Bagiku tarbiah fadiyyah atau syahsiyyah muslimah yang mantap yang mereka perolehi membuatkan segalanya beres belaka.. syabas akhawat!!! namun poses ini perlu berterusan dan di teruskan..! Sesungguhnya syurga Allah itu ghaliyyah... tidak akan dimasukkan hambanya tanpa di uji.. ujian?? ya.. ujian ada bermacam bentuk dan kategori.
Bandar-bandar lain tempat kami selalu berkunjung dulu memang tak sempat untuk ku jejaki, entah macam mana pula senarionya ye.. Roxy, Medan Gamek, Garden city, Mohandiseen .. tak terbayang bagai mana wajah barunya.
Akhawat tak perlu hujung minggu pergi Darmalak atau sayeda Zainab atau Atabah untuk beli ikan. Agak mudah... jimat masa. Akhawat boleh gunakan masa untuk ilmu dan aktiviti dakwah dan tarbiah dengan lebih aktif.
Satu perkara yang agak rasa cemburu kat depa ni yang tak dapat kami rasa ialah mereka boleh pergi belajar mengaji Al quran dengan ustazah-ustazah, menghafal dan mengambil sanad. Ambillah peluang yang terbentang luas ni.. rugi kalau tak pegi belajar..
Buat masa ni kos yang paling popular ialah Dirasat Islamiayyah dan perubatan,, sama naik mereka. .. tapi sesekali tengok pelajar perubatan sudah memenangi populasi mereka. Wah.. balik sebagai doktor yang hafaz Al Quran dan dapat tarbiah lagi... alhamdulillah. Sesungguhnya bumi Allah ini luas, usahlah kecewa dengan rahmat Allah, bersyukur dan bermujahadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan