Ahad, 16 Ogos 2009

APA YANG KITA PERLU FIKIRKAN ??

Sejak penghujung April yang lalu berita kematian sering ku terima, satu persatu hinggalah ke hari ini. Seorang jiran yang tinggal di lorong rumah kami / selang lima buah rumah telah pergi ke Rahmatullah setelah bertarung sekian lama dengan kanser payu dara, meningglkan suami tercinta dan tiga orang anak lelaki yang masih berumur 1 hingga enam tahun. Pergi meninggalkan segalanya. meninggalkan rumah , harta, anak, suami dan saudara. Seorang bekas Paramugari dan isteri kepada seorang Pilot, anak kelahiran Kuala Lumpur. Masih muda. Namun usia bukan ukurannya. Allah akan memanggil hambanya bila-bila masa yang telah di tentukan waktunya tidak tercepat atau terlambat walau sesaat.

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum
[ Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu ].

Seterusnya seorang tetangga disebelah rumah mertua. Wanita berusia awal tujuh puluhan yang telah kematian suami, tinggal berseorangan , di temui telah meninggal dunia seorang diri di dapur rumahnya. Jiran tetangga mula syak apabila sarapan yang langgan secara harian yang tidak diambil oleh arwah yang di sangkutkan di luar rumahnya oleh si penghantar apabila sudah jenuh memanggil. Apabila Gilirannya menghantar makanan tengah hari di dapati sarapan pagi itu masih tidak di usik ia terus merasakan sesuatu, lalu memanggil anak jiran sebalah [ ibu bapanya belum balik kerja], mereka intai di celah-celah dinding papan , dan mendapati arwah telah "tiada" .... Arwah sebenarnya sudah dua hari demam dan tidak keluar dari rumah.

Ketiga bapa seorang teman, Dr.Fadilah Ashari. Ayahnya seorang yang sihat, tidak ada penyakit, tiba-tiba mengadu sakit dada, masuk wad dan diberi bantuan oksijen, akhirnya meninggal pada tengah malam pada 27 rejab 1430. Pada tarikh ini isnin 3 ogos , Negeri sembilan cuti israk Mikraj. [ Dr.Fadilah syak ayahnya terkena wabak H1N1, yang ketika itu masih baru dan belum ada banyak tindakan hospital].

25 Julai , dua orang anak saudara pupu sebelah suami meninggal serentak apabila kereta yang di pandu oleh abangnya kemalangan melanggar tembok ketika pulang dari mandi perigi air panas Kg.Lada. Mereka di dalam kereta tersebut tiga orang, abang meninggal di hospital Tampin dan adiknya meningkal dalam perjalanan ke hospital Seremban, seorang lagi kawan mereka hanya cedera ringan. Abang seorang penguat kuasa di Jheains, manakala adiknya seorang guru KAFA, berusia 19 tahun. Demikianlah kisah pulangnya dua orang syabab dari kampung Kuala Dadih , Sawah Raja, Rembau. Ibunya ( Pn. Rafah) merupakan sepupu suami menerima takdir ketentuan tersebut dengan redha bersama suaminya Hj. Zakaria, seorang pengusaha travel Haji dan Umrah.

13 0g0s, Suhaimi b. Abu Hassan sepupuku sebelah ibu, meninggala kerana serangan jantung, masih muda. Meninggalkan tiga orang anak dan seorang masih dalam kandungan. Ibunya busu Normah adalah salah seorang ibu saudara sabitku yang masih ada , dengan mak Ido.

14 ogos, kami penduduk Lavender Heights di gemparkan oleh berita kembalinya Pn.Rohaya, isteri En.Hamka, imam surau . Beliau telah disahkan mendapat jangkitan virus H1N1. dan telah beberapa hari berada di icu hospital Pakar Salam dan Columbia. Arwah meninggalkan 6 orang anak. Beliau merupakah guru di sekolah Men.Seri Pagi , Senawang. Takziah kepada seluruh keluarga arwah.
Kullu nafsin zaaiqatul maut...
- setiap jiwa akan merasai mati..!!

Demikianlah berakhirnya perjalanan hidup mereka yang telah pergi menyahut panggilan Illahi. Kita pun begitu jua. Masing-masing menunggu giliran, cuma tak tahu yang ke berapa,, yang pastinya akan ke sana juga.

Dalam suasana wabak H1N1 yang sedang menular sekarang sepatutnya kita tidak boleh rasa aman. Kerana wabak ini tidak memilih bulu dan tidak memberi amaran awal. Yang penting kita jaga sebab-sebab yang boleh membawa kepada jangkitan dan yang paling penting berdoa dan bertawakal kepada Allah setiap masa. Ini adalah salah satu dari bentuk ujian yang Allah berikan kepada kita, Allah ingin menguji sejauh mana keimanan dan pergantungan hambaNya kepadaNya.

Fa iza maradhta fa huwa yasyfin.
- apa bila kamu sakit maka Dia [ Allah] lah yang akan menyembuhkan.

Sama-samalah kita mohon kepada Allah agar di jauhkan dari segala bala dan wabak, berdoa, munajat dan solat hajat. Dan semuga Allah merahmati semua roh yang telah kembali kepadaNya.

Allahummaghfirhum, warhamhum wa'fu 'anhum ... amin.

Justeru itu apa jua insiden yang berlaku,, kita mesti lebih dahulu ingat Allah. Ingat prestasi amal dan ketaatan kita kepadaNya. Ingat sejauh mana perjuangan dan pengorbanan yang telah kita curahkan untuk Islam. Kebimbangan yang amat sangat terhadap penyakit fizikal yang sedang mencari mangsanya, namun apakah juga kita bimbang tentang penyakit sosial yang berleluasa di seluruh negara sekarang? Apakah langkah-langkah pencegahan yang kita telah ambil terhadap penyakit sosial yang menyebabkan "kematian hati itu" ? Yang juga pasti mengganggu sistem ekonomi, sosial dan politik negara.

Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyala perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang 'gah' dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. [ Dr.Maza].

Satu lagi yang juga tidak boleh di pandang remeh ialah di sarankan kepada ibu bapa atau ketua keluarga supaya mengambil polisi takaful sebagai perancangan kewangan dan perlindungan keluarga. Masa belum berlaku apa-apa musibah ramai di kalangan kita yanag suka bertangguh dan leka, bila musibah datang menimpa barulah faham,,,. Bersistem dalam urusan adalah satu ciri peribadi muslim,,, maka bersistemlah.! Rancang awal.

1 ulasan:

  1. semoga mereka yg kembali ke rahmatullah mendapat limpah dan rahmatNYA..Tindakan segera harus diambil jika ada ahli keluarga mengadu sakit.

    BalasPadam

ilhamhainy berkata...

semoga mereka yg kembali ke rahmatullah mendapat limpah dan rahmatNYA..Tindakan segera harus diambil jika ada ahli keluarga mengadu sakit.

Catat Ulasan