Khamis, 20 Ogos 2009

Sekilas kehidupan.

[ Asiah Awatiff - Permata pasangan Asma'Khalid dan Aiman Rosli - Jordan ]

Kehidupan terus berlalu dan berlalu.. sama berlari dengan detik dan masa. Dari saat di lahirkan sehinggalah ketika ini sudah sekian banyak dairi kehidupan yang telah tercatat dan akan terus tercatat [ sama ada secara formal atau tidak formal] sehinggalah ke suatu masa yang telah di tentukan oleh Allah SWt buat semua yang bernama insan. Setiap marhalah dan fasa yang di lalui mempunyai signifikan yang tersendiri , mempunyai makna tersendiri.
Hakikatnya kehidupan ini punya tangga-tangga yang perlu kita jejak satu persatu, sesuai dengan misi dan visi yang telah kita lakarkan secara fardi atau jamaiyy.

Menatap wajah-wajah mungil di sini mengingatkan kembali nostalgia lalu. Tidak terlintas di benak fikiran untuk berkahwin dan beranak ketika masih di universiti... Namun salahkah untuk berkahwin ketika masih study?? Jawapannya pasti ada pro and kontra. Bagi kami bekas pelajar Al Azhar isu kawin masa belajar ini sudah jadi perkara biasa. Senior kami dulu dulu sudah memulakan budaya kawin muda ni dan generasi kami pula mengikuti, seterusnya oleh genarasi kini. Untuk excelent belajar bukan seratus peratus bergantung kepada status single atau berkahwinnya seseorang .

[Yahya bin Suhaib Arrumy - Mesir . Cahaya mata pasangan Uswah Hasanah dan Suhaib Arrumy]

Tanggung jawab akan bertambah apabila terbinanya bait muslim, sekali gus menuntut kedua-dua pasangan untuk belajar di madrasah kehidupan ini dengan matang.. berkorban serta bersusah payah. Semasa mula-mula menjejakkan kaki di bumi Mesir 16 tahun yang lalu terasa amat kagum melihat kakak-kakak Madam, rasa respect kat mereka. Tengok bagaimana mereka menguruskan masa belajar, menguruskan rumah, menguruskan anak dan mengikuti program-program. Ada yang ambil Pengajian Islam dan ada yang ambil perubatan.

[ Sofiyyah - anak kedua pasangan Kauthar dan Mus'ab - Mesir ,
pakai baju nenek kirim dari Msia ke tu..?]

Sebenarnya semasa duduk di perantauan yang jauh dari ibu bapa dan tiada muhrim, pasangan yang berkahwin inilah yang banyak membantu kami anak-anak dara. Pergi klinik malam-malam, urusan tuisyen dan sebagainya banyak di bantu oleh mereka. Tak manis malahan tak syrie anak-anak dara bebas berurusan ke sana ke mari, terutama waktu malam. Hatta masa nak menunaikan haji dulu pun ana menumpang kak Midah dan suaminya Haris, student Pahang [ sekarang dah lama lost kontek .. huu hu ].

Amat terasa kemanisan ukhuwah ketika di perantauan. Tempat ibu bapa dan adik beradik di ganti oleh teman-teman. Masa bersalin , tak ade orang tua tunjuk ajar. Masa tu sistem komunikasi belum canggih, taliphon kena pegi kat 'central', tiada handphone untuk sms. Setakat anak pertama, kedua , malahan ketiga pun bukanlah masaalah besar bagi pasangan yang masih belajar. Maklumlah masih muda , semangat kuat, fizikal pun kuat. Kami di Mesir bukanlah negara yang maju, hidup tidak mewah, so kami biasa lasak.. bila balik Malaysia anak-anak dah semakin membesar, nak tumpu pulak pada kerjaya dan kehidupan baru alam pekerjaan .. langkah-langkah yang telah di atur awal, bukan baru nak mula belajar hidup..[ jimat umur namanya].

Mana-mana kengkawan yang kawin awal dua puluhan sekarang anak-anak mereka sudah bujang dan sudah jadi anak gadis. Malahan sudah berkahwin dan menimang cucu...! [ ini bukan promote, tapi pengalaman..].

Keadaan sebegini memang biasa di kalangan pelajar luar negara, negara Timur tengah mau pun Barat. Tapi bagi student dalam negara peratusannya agak kecil.. kenape ye... mungkin sistem uni mereka agak ketat kot..! Atau mereka ni dah di brain wash supaya study.. study... jangan fikir bende lain.. [ kesian..!!]. Nampak phobia mereka... lagi pesimis.

Bukan nak bangga ,, tapi satu realiti yang mungkin memerlukan kajian terperinci. Dan bagi yang kawin awal, masa study luar negara tu dah ada jawapan ke kalau di tanya?? Jangan main ikut-ikut je, orang kawin kita kawin, orang ok kita tak ok.. Nanti jadi fitnah pulak.. Ape pun biarlah kita jelas apa saja yang kita buat,, " Faham" - rukun pertama tuh...!

Pasal kewangan dan belanja?? Ini soalan subjektif.. jawapannya kena bentuk easay.. lain orang lain keadaannya, lain caranya, dan bergantung juga pada negara mana mereka berada, biasiswa apa mereka dapat, tahun berapa pengajian mereka dan sebagainya,, kait-mengait.. tak boleh jawab spontan kat sini...!!

[ bergambar dengan beberapa orang student yang akan berangkat ke Mesir dan Jordan baru baru ni, Dayah, Kinah and the geng - buat sikit jamuan wida']

Tengok muka-muka adik-adik di atas , teringat masa nak ke Mesir 16 tahun yang lalu. Ceria dan gembira belaka . Semuga niat dan tekad akan menentukan kelangsungan pengajian di mana saja yang menjadi pilihan. Jauh perjalanan luas pengalaman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan