Ahad, 16 Ogos 2009

PENGAJARAN H1N1

Menatap akhbar dan menonton talivesyen sering membuatkan dada kita berdebar dan nafas menjadi semakin kencang. Dunia di rasakan sungguh tidak aman, jenayah di mana-mana, pecah rumah, samun, ragut, bunuh, dan sebagainya. Dunia seolah-olah tidak pernah sunyi dari isu-isu yang menggemparkan. Dan antara isu hangat ialah isu ancaman pandemik yang menggerunkan.

Kita manusia makhluk yang lemah, musim kemarau ramai yang jatuh sakit , musim hujan sakit juga, hujan panas hujan panas pun sakit. Kalau di landa virus atau wabak lagi lah ramai , sampai tak muat hospital.

Satu demi satu wabak melanda penduduk dunia . Setiap kali wabak menjelma dan meragut mangsa demi mangsa cemas dan gelisah adalah reaksi spontan yang kelihatan. Kini wabak influenza A atau H1N1 [ yang disebut H one N one, sedang menghantui kita rakyat Malaysia. H1N1 yang membawa virus merbahaya dan maut, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk ujian pengesahan virus tersebut di dalam badan pesakit. Sedangkan kemerosotan ekonomi dunia adalah satu perkara yang maklum pada masa ini.

Di bawah ini di perturunkan satu artikel yang di tulis oleh Awang Selamat " dalam akhbar mingguan Malaysia 16 ogos 2009, ruang Bisik-Bisik Mingguan.

" Pada suatu ketika dulu wabak selsema babi ini di Malaydsia tidaklah berapa membimbangkan kalau di bandingkan dengan mexico, Australia dan negara serantau termasuk Singapura. Namun keadaan tersebut menjadi sebaliknya dengan peningkatan mendadak .
Singapura lebih terkawal dengan lima kes kematian sementara Malaysia mencatatkan 59 maut - berada dalam tahap mencemaskan. Kadar kematian per jangkitan akibat H1N1 Malaysia dikatakan antara tertinggi di dunia dan kedua di Asia Tenggara iaitu 1 dalam 40 kes, Thailand 1 - 119 jes dan indonesia 1 - 168.

Seramai 59 orang terkorban angkara wabak itu di negara ini sehingga petang 15 0g0s 2009. Tidakkah jumlah tersebut cukup besar? Kenapa ia boleh ke tahap itu sedangkan Malaysia bukanlah negara yang mundur.

Pada ketika Awang menghargai komitmen Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak berkenaan kes tersebut, ia sesungguhnya membuka ruang untuk kita menilai apa yang tidak kena . Dalam konsep keselamatan moden, wabak dan memerangi jangkitan sudah diletakkan sebagai ancaman utama kepada keselamatan . Tetapi pendekaan kita masih di takuk lama.

Antara cara termudah ialah media diminta jangan membesar-besarkan penularan wabak H1N1 diperingkat awal, kononnya bimbang akan menimbulkan kegemparan dan menjejaskan sektor pelancongan . Media juga diminta elak guna istilah selsema babi sedangkan istilah itu lebih menggerunkan orang ramai. Stesen penyiaran utama dunia seperti CNN dan BBC turut menggunaka istilah dengan maksud yang sama ( swine flu ).

Lihatlah apa jadi sekarang? Bukanlah Awang mencari salah sesiapa. Yang penting ambillah pengajaran daripada isu H1N1 ini. Banyak persoalan yang melingkari kita misalnya diketahui H1N1 ini sudah di tahap bahaya tetapi apa tindakan kita? Untuk menentukan samaada sekolah tutup atau buka dan larangan perhimpunan ramai, juga masih tidak jelas.

Apakah kita mahu menunggu lebih ramai mati baru mengisytiharkan darurat wabak dan langkah yang lebih konkrit? Apabila kematian sudah tidak terkawal, adalah terlambat untuk bertindak dan apakah rakyat akan dipersalahkan nanti?Lakukan post mortem yang berani untuk mengenal pasti kelemahan kita . Jika perlu belajar daripada Singapura belajarlah. "

- Awang Selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

0 ulasan:

Catat Ulasan